Akhirnya…

Akhirnya rekod tanpa demam selama 10 bulan sudah boleh tutup. Semalam, selepas berbuka, on the way aku nak tidurkan dia seperti biasa aku da rasa badan dia sedikit panas. Yang bestnya, senang betul dia nak tidur tak macam biasa. Letak, minum susu terus lelap, susu pun tak sempat habis. Dari pukul 8.30 dia tidur straight sampai pukul 11 pun tak bangun2. Sebab selalu time2 ni dah nak minum susu yang 2nd round pula. Aku pulak yang kejutkan dia minum susu. Bila dia terjaga, dia minum susu tapi terus tergigil2, badan pun dan naik panas. Check termometer dah 39.5c. Aku call hubby, dan immediately hubby ku balik dari batu pahat, pukul 12am gerak, kol 2a.m dah sampai. Still suhu azri 39.5, kami terus bawa ke KPJ specialist, sebab tu je yang paling dekat.

Sian kat azri, first time tengok dia macam tak selesa. Tapi alhamdulillah dia takda la fussy sangat. Doc kata, cuma demam biasa. Tak tahulah sebab apa, maybe sebab nak tumbuh gigi lagi kah. Sebab ada gigi bawah yang on the way nak tumbuh, atas pun. Lebih kurang 8-9 batang la keseluruhannya. Sebab semenjak wabak ni, memang azri tak pernah keluar rumah dah lebih kurang sebulan jugalah, atas pesanan hubby ku. Hari ni nampak macam demam dia dah kebah skit. Suhu badan pun dah back tu 35-36c tapi still ada lagi ngada2 tu. Oleh kerana ini first time kami melalui situasi ni so agak cemas dan risau juga. Cool fever pun takda spare dekat rumah! Dalam demam tu masih digagahi juga nak main2 macam biasa tapi tak lama pastu nak mintak dukung je. Hopefully my azri will get better soon. Boring tengok dia lemau je tak ceria seperti selalu.





11 thoughts on “Akhirnya…

  1. kyra says:

    hye hayatie..saya sngt perlukan opinion/advice on exclusive pumping ni.saya nak tanya few q's tapi tatau nak hantar kat mana so i guess just letak kat comment ni je la.saya still dalam pantang but baby dah reject nipple sebab earlier saya dah bg susu FM sebab susu saya lambat keluar.saya dah jumpa LC dia suggest utk stop bg baby susu badan skang n start buat stock so bila dah cukup 90oz boleh stop susu FM for good.tapi saya sekali pump dapat sket sngt,kadang2 < 1oz.huhu..fyi,saya baru je start pump every 2-3 hrs.before this dah set mind badan mmg tade susu,breast tak bengkak so pump ikut suka je la.plis help me.awak dulu cane?mmg terus dapat 2 botol penuh ke?

  2. ummiluqman says:

    yatie…haritu pun Luqman demam sbb nak tumbuh gigi atas yg dua kat depan tu..tp alhamdulillah sehari je sembuh.. ok azri get well soon..

  3. CuppyCakeMommy says:

    cian azri..tinggi betul tu..azri kalau pas jap pun tak demam ke?

  4. Hayatie says:

    kyra: u jumpa LC mana?..nope, i pun dulu tak start terus dpt penuh 2 botol. I pun start dari bawah…dari 10-15 oz jer perday n now min 30 oz. Semuanya perlukn usaha..but first u kena ada mental yg positif dan kuat!..anything u can always email ne at hayatiehashim@yahoo.com or add ym….good luck yer n be strong…!

    ummilugman: thanks, tu ler..tapi ni dah gigi yg ke-8 pun..

    Cuppycakemommy: yup..tak pernah…ni lah kali pertama..

  5. nikhazifah says:

    ala..lemau nye azri aunty ni..cian tengok..yatie, jaga elok2 azrie..

  6. Liz says:

    la, turn azri pulak yg demam. mmg srg musim budak demam agaknya.

    anakku tiba2 ada ruam sikit kat muka n blkg badan. ku dah risau, takut campak. ke roseola? aa… minta2 la tu kesan demam biasa je. aminnnn.

    semoga azri cepat sembuh!

  7. luvhaziq says:

    siannya la azri.ku doakan dia cepat sembuh

  8. Mama Shinta Musraika says:

    salam..

    lama juga baru azri kena demam. tulah rahmat susuibu kan..🙂

    mudah-mudahan azri cepat sembuh sepenuhnya.

  9. Ely Hasrul says:

    ala siannye azri… seb beik xkena admitted. bagus azri baru sekalik demam. sami kalu ikutkan tiap bulan demam (selang 2 bln kompom buat blood test sian abg cik tuh). beselah bak kata mama miya nurseri tmpt bakteria membiak hehehehe. paed dia plak asik ckp 'he's catching up'. tp mmg time xkeje aritu sami sihat je duk umah.. pg nurseri hari ketiga dah batuk chessss..

    harap azri cpt2 sihattt minum susu byk2.. kudos to mr hubby yg pantas sampai umah..

  10. asmaa says:

    pecah rekod jugak ye azri…
    sian anak bila kena demam…
    demam tumbuh gigi memang meragam…
    sakit tu nak tumbuh gigi…

  11. Hayatie says:

    nik: tq, auntie nik!

    liz: dah amik darah belum? azri takda tanda2 ruam2 gitu, tapi kalau sehari dua lagi tak kebah gak nak bawa lagi ke hosp.

    Luv: Thanks auntie luv!

    mama_shinta: tu la,ingat buleh buat rekod setahun..huhu..anyway, thanks!

    ely: tu lah kalau antar ke nursery mmg takleh nak elak la demam2 camni..tapi bukan nursery, kalau duduk umah pun kalau tak jaga betul pun kena gak. Tapi ni nasiblah dia dah besar skit..

    asmaa: tu la asmaa, dah 7 batang tumbuh sebelum ni, elok je dia, nak masuk ke-8 ni macam terkena lak. Agaknya lain-lain gigi, lain2 ragamnya kot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: