Merdeka!!

“Si baju hijau..sedang bertugas…diperbatasan..peluru tak bermata..harus waspada..!!”.

Haha, tak habis2 dengan baju askar ni lagi. Gambar ni dah lama. Kebetulan aku godek2, macam nak tempek gambar ni sempena hari kemerdekaan negara yang ke-??erkk, ke berapa ekk…ke-52!. Kata semangat! Walaupun erti kemerdekaan itu tidak setebal dan membara seperti orang-orang sebelumnya yang lebih merasai erti kemerdekaan tersebut. Yang pasti ungkapan “merdeka” itu kini hanya tidak lebih dari sebuah ungkapan tanpa pengisian yang sepatutnya.

Lebih memalukan, walaupun lantang melaungkan kemerdekaan, tetapi disebalik ungkapan itu adalah pemikiran yang masih belum ‘merdeka’. Pemikiran yang masih dijajah. Dijajah oleh perasaan hasad dengki yang sentiasa ada dikalangan “orang-orang kita”. Sindrom “tidak boleh tengok orang lain lebih”. Oleh sebab itu, lebih ramai ‘orang-orang’ kita yang ada PhD ni. Kadang-kadang aku gelak sebab ada juga orang yang “panas bontot/macam kena belacan dan terus melatah meraban-raban” bila ada orang lain yang mula maju. Wah entri emo lagi? Tidak, sekadar berbicara realiti kehidupan dikalangan “orang-orang kita”. Aku berdoa sangat2 mudah-mudahan keluarga ku bukanlah dikalangan orang-orang yang begitu.

Sekian, salam “kemerdekaan” dari aku sekeluarga. Semoga orang-orang kita lebih ikhlas dalam perjuangan….. Untuk renungan, “Jika kita beri satu pada orang lain, insyallah, Allah akan beri dua kepada kita, mudah2han, usah lokek!’

6 thoughts on “Merdeka!!

  1. Rantong says:

    Juga salam kemerdekaan kepada anda.
    _____________________
    View Profile: Rantong™

  2. Hayatie says:

    Salam kemerdekaan juga buat saudara rantong yer!

  3. luvhaziq says:

    merdeka!merdeka!merdeka

  4. .: Leen-Awie :. says:

    Salam, saya baru jer jumpa blog awk ni.. baca satu persatu entry awk.. hmm, mmg solute sgt2 la kat awk ni.. selalunya dgr utk direct feed. ni baca cerita awk yg mmg EP sy sungguh teruja!! syabas sbb dah smpi 10 bulan…

    alhamdulillah saya pun berjaya xclusive bf ank saya smpi la ni 15 bulan.. pam time keje, simpan stok.. wa.. mcm2 dugaan tau! sy ni plak bukan kerja dlm opis. selalu turun site.. tapi alah bisa tegal biasa.. alhamdulillah rezeki anak dan tekad serta semangat yg menggunung…

    mula2 dulu sy pun EP jugak.. sampai 6 bulan baru bb dpt terima direct.. alhamdulillah, berkat usaha.. pada saya direct atau EP tak kisah. yg penting usaha nak bagi susu ibu kat ank.. tak effect pun pengeluaran susu.. cuma schedule mmg kene ikut.. segala rules kene ikut.. dan niat insya Allah ada hasilnya…

    good luck!

  5. Hayatie says:

    Luv: Happy merdeka untuk uolls sefamili juga yer🙂

    Leen-awie: Wah..setelah 6 bulan awak dapat juga kembali direct. Saya lagi kagum dengan awak! Betulkan, kalau kita betul2 berkeyakinan dan bersemangat tiada apa yang mustahil. Cuma saya tidak secekal untuk train dia kmbali direct seperti mana secekalnya saya mengepam (Walaupun rasanya seperti sudah 150% usaha, namun masih lagi kdg2 rasa terkilan dan berfikir adakah usaha ku itu masih belum cukup sebenarnya)

  6. Cik Dee says:

    kat mana beli baju askar ni?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: