Perihal Buka Puasa

Puasa kali ni tak tahu kenapa tiap kali buka, aku memang takda selera nak makan makanan yang lain. Setiap kali pegi param (pasar ramadhan) kat rumah aku ni, yang aku cari nasi ayam, samosa, nasi ayam. Eheh, macam lah aku pergi. Sebenarnya mak aku yang hari-hari pergi param tu. Dekat giler dengan rumah aku ni, jalan kaki je. Kalau sesiapa yang duduk berhampiran Kajang ni mesti tahu param kat area rumah aku ni. Aku tak tahu kah nama official param ni, maybe param taman Delima kot. Sebabnya, param ni kira otailah diantara param2 lain (dah lama). Orang yang berniaga pun ramai. Ramai orang disekitar2 area saujana impian, Sungai long, balakong dan kawasan2 yang sewaktu dengannya akan ke param sini. Setiap tahun, kalau bulan puasa sure sesak giler kawasan rumah aku ni. Sebab orang beli2 parking kereta sampai depan2 rumah aku.


Cite pasal menu nak buka, tiap kali mak aku tanya nak apa, aku jawab nak nasi ayam dengan samosa. Perrgh, samosa dia memang sedap giler! Aku memang tak selera makan lauk-pauk luar ni. Kecuali kalau kami masaklah kat rumah. Yang sudah semestinya kami agak malas nak masak, termasuklah mak aku sebab param depan rumah je…huhu! Selain makanan itu, air soya mesti mau pekena. Hari-hari bedal air soya. Bagus juga bulan2 puasa ni dapat soya fresh. Kalau tak pelantak soya kotak tu je la. Alhamdulilah, susu pun taklah kaput sangat. Hubby aku borong kurma yuta kat Tesc@ satu katun nak bawak balik bp, katanya kat sana tak jumpa kurma yuta lagi, kalau dah ada pun sure mahal. So aku bedal gak makan walaupun kurma bukan feveret aku.

Sepanjang beberapa hari berbuka ni, aku makan nasi ayam je lah dengan samosa kalau tak masak sampai mak aku lak yang jemu tengok aku makan yang sama jer hari-hari. Kalau sahur memang kena masak, tapi yang jalan lauk2 kicap, sardin, sambal dan telur masin kena ada. Pastu minum susu+oat, kuih-kuih balance semalamnya buka. Series aku sebenarnya tak larat nak masuk banyak-banyak subuh-subuh ni, nak makan nasi tu pun aku dah rasa macam full je tapi ku telan gak, even minum susu+oat tu pun rasa nak termuntah, pastu nak minum air masak lagi..aduhh, sudahnya, terkencing-kencing juga.

13 thoughts on “Perihal Buka Puasa

  1. kakngah says:

    param dpn mata..
    apa lg.. terjah jek la..
    tp.. btl la.. aku pun muak tgk ko mkn benda sama hari2.. hihihi!!

  2. nikhazifah says:

    beb, bkn setakat kakngah,pale otakku naik sengal baca ko makan nasi ayam ngn samosa hari2..takan sampai sebulan mu nak makan benda tu je..

    bak sini samosa singgit..den nak torai gak!!

  3. Aishah says:

    nik : hahah aku pun fenin mber x jemu ker? aku mil masak nasi ayam kelmarin pun aku cam aduh nasi ayam ker, takda ke asam pedas ker, sup pucuk with sambal belacan ker…adeh..
    tha: boleh ko teguk oat lagi ek setelah ngadap nasi..
    aku sahur nasi + kopi radix+ air masak tak pun
    roti + kopi radix+air masak…tak larat la nak masuk byk2 tu pun aku rasa nak kuar balik…

  4. Hayatie says:

    Kak ngah: Tu yang aku heran tu…adakah fenomena menyusu yg sebabkn ku jadi ginih…huhu

    nik: haha, meh ler dtg sini, pas pekena skali, sure hari2 mu sanggup dtg dari klang nk pekene samosa…ekekek!

    aishah: aku dah takleh sebenarnya..tapi dek kerana kang risau susu low plak, kena la aku telan je..huhu.

  5. izzahazfar says:

    hahha..
    tul kak..
    kalau ikut hati…mana la nak larat makan nasi+susu pepagi buta..demi anak ni nak tak nak telan jugakla..

  6. Ely Hasrul says:

    duhhh terus aku lapo!

  7. nikhazifah says:

    kalo aku ulang alik dari klang ke kajang hari2..mau sengal hati lakiku kat ku..ku yang masak hari2 (ceh!! nak bagitau juga kat orang)pun dah naik gila pikir nak masak apa..kata je lakiku tak kisah masak apa..alik2..lauk ni je ke nik…hayyoo..takkan nak masak keli kencur hari2..org jawa pun blh muntah..
    opss..dah terlebey…

  8. asmaa says:

    baca2 artikel yatie…ada sardin…
    aduu…terliur nak makan…kat ofis memasing dok msk sardin…saya cari sardin PERTIMA…kedai nun jauh 45 minit nak sampai…huhuhu….

    ape pun tie, masak @ beli sama je tie…ape yg penting…kenyang perut…hehehe

  9. Hayatie says:

    izzahazfar:..sebab perut memang tengah kembung dengan air sampai ke pagi…mana tak nya, buka je malantak air,soya,air sampai ke pagi..huhu

    Ely: haha…caitttt, makruh2..hihi

    Nik: mu try wat bubur budu lak tengok cemana..leh pegi tak..ekekke

    Asmaa: ye betul..cuma kalau beli2 tu..kena spare fulus lebih skit la..tapi kalau orang dlm rumah skit, baiklah beli, kalau ramai tak berbaloi nak beli..huhu

  10. Zimah's Depart says:

    salam kak..

    sama la cam saya..sahur tu xlarat nak mkn byk2..so saya minum oat + segelas air masak je..xbleh masuk dah..tp alhamdulillah..hasil tenusu bleh kata membanggakan..

  11. Hayatie says:

    zimah: Ye betul..kenyang semalam tak habis lagi..hehe!

  12. cintaKusayangMu says:

    aah la mu ni..lalu je kn nk mkn menu yg same ari2….
    ni selera ape ni??jeng jeng jeng….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: