Extended LAM?

Dalam tempoh 10 bulan tidak period/pregnant ini, aku seringkali mengatakan bahawa ianya adalah hasil daripada kesan LAM. Kerana aku tidak mengamalkan apa-apa perancang mahupun kaedah ‘barrier’ (cuma guna kaedah barrier ini sebelum azri 6 bulan). Selepas itu tidak ada sebarang kaedah yang digunakan (dah plan untuk projek kedua,hihi). Dan aku masih kekal amenorrheic hingga kini. Dan aku suka mnggunakan istilah “LAM yang effektif” walaupun setelah selepas 6 bulan masih tidak preggy lagi. Sehinggalah, aku terdengar bahawa ada yang mengatakan yang LAM itu hanya boleh dikirapakai sebelum baby 6 bulan. Jika sudah, ianya bukan LAM lagi, maybe nasib-nasiblah.

Sehinggalah aku korek-korek info mengenai extended LAM yang menjadi persoalan aku adakah ianya apply atau sekadar anggapan aku semata-mata. LAM ini berkait rapat juga dengan return of ovulation kerana lagi lama seseorang itu berada dalam keadaan lactational amenorrhea, lagi kurang kebarangkalian untuk kembali period dan seterusnya pregnant. Amenorrhea yang bermaksud ketiadaan haid dalam kitaran reproduktif wanita. Wanita yang amenorrhea dalam tempoh penyusuan ini dipanggil Lactional Amenorrhea atau amenorrhea kerana menyusukan anak. Harus diingat, wanita juga boleh kekal amenorrhea walaupun bukan dalam tempoh penyusuan sebagai contoh pengambilan ubat-ubat seperti pil perancang sebagai contoh Depo provera, micronor dan sebagai dan pil-pil perancang yang mengandungi progesterone. Disamping itu, wanita yang menghidapi PCOS (poly-cystic ovarian syndrome) juga akan kekal amenorrhea.

Sebagai permulaan pada sesiapa yang belum faham apakah itu LAM, ianya adalah singkatan untuk Lactational Amenorrhea Method. LAM adalah salah satu kaedah perancang keluarga yang semulajadi akibat daripada penyusuan secara esklusif. Telah terbukti bahawa kaedah ini mencapai kadar efektif sehingga 98-99.5% tetapi ianya akan betul2 berkesan jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi iaitu:

  1. Bayi masih berumur dibawah 6 bulan
  2. Belum lagi datang period setelah melahirkan
  3. Menyusukan bayi 24 jam tanpa sebarang makanan tambahan yang lain
Ketiga2 ini adalah kriteria yang perlu ada untuk teknik LAM secara umumnya. Jika salah satu tidak dipenuhi, teknik ini tidak akan mencapai tahap efektif seperti diatas. Dan begitu apabila bayi telah meningkat selepas 6 bulan, LAM juga tidak lagi diguna pakai dan kaedah perancang keluarg yang lain adalah disarankan. Kini tempoh LAM tidak lagi terhad kepada 6 bulan. Kini beberapa kajian telah dibuat berkenaan keatas modifikasi tempoh LAM yang sedia ada ke LAM-9 (nine months variants) dan ada juga sehingga LAM-12.

“…we are now exploring what we call LAM II, a new more flexible method. Some centers have already begun independently to experiment with “LAM 9,” a nine-month variant, and women who have self-selected to extend LAM are being studied in several settings..”

[Sumber: The Lactational Amenorrhea Method (LAM): Another Choice for Mothers, La Leche League]

Menurut kajian yang dijalankan, bahawa extended boleh dilaksanakan jika breastfeeding pattern yang rigid diteruskan setelah bayi berusia 6 bulan. Dalam erti kata lain, penyusuan yang kerap dan konsisten. Walaupun solid food telah diperkenalkan. Dalam kes ini, ibu-ibu memberikan penyusuan terlebih dahulu sebelum solid food. Dan kekerapan itu haruslah konsisten seperti mana pada awal2 penyusuan dahulu. Dan tanpa disedari, ramai juga yang kekal amenorrhea sehingga 12 bulan. Dan jika ditanya pada ibu-ibu yang kekal amenorrhea sehingga 9-12 bulan itu sudah tentu jawapan yang boleh kita jangkakan berbanding yang kekal amenorrhea sehingga 6 bulan.

“..The extended version of LAM (e.g, LAM-9, MAMA-9, LAM-12) are based on amenorrhea and maintenance of high frequency pattern of breastfeeding, with fully or nearly fully breastfeeding and with breastfeeding before each supplemental feed..”

[Sumber: Can the lactational amenorrhea method (LAM) use be extended beyond six months?]


“..The likelihood of LAM being effective beyond six months increases when women breastfeed intensively during the first six months and when they breastfeed immediately prior to each feeding of supplement..”

[Sumber: Research confirms LAM’s effectiveness, UN Research]

Secara kesimpulannya, kesan daripada menggunakan LAM dengan effektifnya, disamping mengurangkan kebarangkalian untuk tidak pregnant tanpa menggunakan ubat-ubatan (contraceptive pils) dan sekaligus dapat meneruskan proses penyusuan itu dengan lebih lama lagi. Dengan syarat, KEKERAPAN penyusuan itu ditingkat dan meneruskannya dengan pemerahan yang KERAP apabila tidak bersama bayi. Wallahualam. Kita hanya mampu merancang tapi kalau dah rejeki dari Allah S.W.T nak buat cemana ye dakk, LAM tak LAM!

6 thoughts on “Extended LAM?

  1. mamanoa says:

    HMM..menarik..tapi tha..ku rasa ku bulan ni cam xkna jer..last month da period bulan ni cam x jer..adakah disebabkan BF & pam, so monthly ku pun cam xteratur..rasa cam xder yg MELEKAT laaa…huhhu..jgn..anak kecik lagi..

  2. Hayatie says:

    mamanoa: hah..kan ku dah tulis kat artikel pasal BF dan menstruation tu, gi study balik..ekekek!. once kalau ko dah period, means ko dah kembali fertile dan period akan selepas2 tu. Tapi period mu akan jadi tidak teratur, kdg2 skip 1-2 bulan, kdg2 lama plak..sepanjang tempoh penyusuan selagi ko menyusu. Cuma maybe masa ko datang fes period tu, mungkin pattern BF+pumping ko tak teratur dan tak kerap, so ada ruang untuk menstrual cycles take place..wallahualam…

  3. asmaa says:

    saya masih tak dtg period lagi….
    no. 1 dan 2 dah lalui…no. 3 masih lalui lagi… mgkn saya menyusukan anak 24 jam tak yatie, tu yg x dtg period🙂

  4. Hayatie says:

    Asmaa: yup..jika lagi kerap menyusu lagi lewat lah kebarangkalian untuk period tu..

  5. kakngah says:

    eerr…. LAM tu aper???

  6. Hayatie says:

    Kak ngah: LAM tu Lactational Amenorrhea Method, dah ku tulis perlahan2 diatas tu…hihi, mu nak kena tambah power spek lagi ni..ekekeke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: