Happy 10 m.o. to Azri

Cam biasa, tiap2 bulan mesti ada entri macam ni punya. Semalam 23hb genap azri 10 bulan. 10 bulan azri means 10 bulan EP, Yeay! Besar dah anak ibu. Seronok sangat tengok dia. Kalau rasa malas2 nak pam, tengok dia terus bersemangat balik, tak jadi penyakit M nak singgah lama2, hua hua! Apa progress azri setakat 10 bulan ni, walaupun tak berapa banyak, adalah beberapa perkara2 baru yang yang azri mula berlajar, contohnya:
  • Azri dah pandai duduk sendiri, belum merangkak lagi tu pasal masuk pertandingan bayi merangkak masa Hari Susu Ibu tempohari, awal2 dah out,hihi. Kalau mengesot oklah lagi, cuma dia masih ada malas2 lagi.
  • Selain daripada baru duduk2. Dia dah mula nak meniti2. Aiihh merangkak belum, nak berdiri dah! Lompat kah, wakaka.
  • Suka jerit-jerit. Dah pandai cakap “arrrggghh” tak kasi orang amik barang yang dia tengah syiok pegang geget2. Wahh kecit2 dah pandai ‘arghh’ ye, dah becauu nanti jangan buat gitu tau, doce tau!
  • Suka mengigit. Especially kalau pegang tangan, bahu, telinga orang. Mentang2 gigi dah ada 7 batang, ni pun lagi 3 coming soon…
Walaupun azri tak banyak progress dari segi fizikal, tapi Alhamdulilah sepanjang 10 bulan, dari segi kesihatan tak banyak ragamnya, senang ibu menjaga azri. Azri pun belum pernah demam atau sakit-sakit lagi hingga setakat ini, alhamdulillah, semoga azri akan terus membesar dengan sihat dan kuat! Berkat doa ibu. Mungkin Allah mempermudahkan lagi perjalanan EP ibu ni, syukur!Eheh, apa kes tetiba nih!. Sesajer nak nak tempek gambar ibu azri pula ke nak tunjuk tudung rm10 baru beli tu, huhu. Dulu aku tak suka sangat tudung jenis ini, sebab rasa nampak bolat lagi muka aku tak sedar sebenarnya memang dah sedia bolat, nak salahkan tudung. Tapi now aku rasa terbalik lak, bila aku pakai tudung ni, aku nampak lebih slim skit (repeat: sedikit je) tang muka tu la kalau compare bila pakai tudung bawal. Dapat le tercover sket lelamaks2 kiri kanan, bawah dagu sumer. Ye kah! ke aku yang perasan..

8 thoughts on “Happy 10 m.o. to Azri

  1. ummiluqman says:

    cantik tudung..mana beli? hehe

  2. kakngah says:

    dulu aku pun xsuke tudung spesis camtu. rasa cam kembang kek kiri kanan dek spek ugly betty aku nih.. skali dh pakai.. ok lak rasanya. yg penting.. terus sarung jek.. xyah nk ejas2 awning.. hiks!

  3. Azrina bt Mohd Tajul Ariffin says:

    Aaaa Yatie skrg aku dah banyak tudung gitu senang. Aku ni dah ler semua buat sorang kalut2 punya pasal terus sarung takyah nak oter2 tudung buh pin kiri kanan hahahah. Aisyah nak nyusu pon senang.

  4. Ely Hasrul says:

    ahhah dh nk jln la tu azri.. sami dulu merangkak terus jalan.. duduk pon xpandai hahahaha

  5. nikhazifah says:

    mikhail pun dah boleh meniti..siap lepas2 tangan berdiri sndiri. tak sampai 2 saat trs bumm jatuh..tapi dia pandai pilih tmpat..kalo ats tilam @ toto je dia brani lps tangan..

  6. Hayatie says:

    ummiluqman: hihi, cantik kah, beli dengan member je rm10.

    Kak ngah: hah, tula tak kenal maka tak cinta ye dakk..ketuk pale kita skit..huhu

    Ina: ye betul, mana sempat nak gosok2 ni hah, apetah lagi nak berpin2 keronsang, klu pakai keronsang, nnti anak dok tarik2..

    Ely: ye kah..hhoho, harus aku train lagi bersungguh2 ni..ekekek

    nik: wah, bijak yer mikhail,..

  7. asmaa says:

    cepat azri cepat….boleh nolong ibu kat rumah…tak kisahlah azri mana satu yg pandai, yg penting azri belajar ye….

    geram nengok pipi gebus azri tu…nak je ku picit lah yatie…hehehe

  8. Hayatie says:

    asmaa: ye, lagi dia tolong sepahkan barang2 je adalah skang..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: