Puasa dan Penyusuan

Bulan Ramadhan bakal menjelang, sudah pasti mendatangkan kegusaran kepada ibu-ibu yang menyusu. Pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran. Yang paling utama adalah ‘cukupkah susu ku nanti?’ Termasuklah diriku tapi aku buat2 cool aje, taknak fikirkan sangat cukup ke tak ke, larat ke dak ker. Sebagai persediaan mental aku sentiasa surf info-info mengenai penyusuan ketika dibulan puasa. Dan aku terjumpa satu soal-jawab mengenainya di satu laman blog ini. Dan yang kebetulan sama dengan info yang mamanoa paste di forum aku. So aku pun nak share juga info yang aku baca ni mengenai hukum & fakta penyusuan ketika berpuasa.

Dari segi hukumnya bagi wanita hamil dan menyusukan anak:

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

[Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/]

Penulis ini juga menerangkan bagaimana keadaan-keadaan dimana ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu-ibu yang menyusu jika berpuasa. Dimana keterangan-keterangan beliau disokong dengan beberapa link research yang telah dijalankan engenai penyusuan semasa bulan puasa. Ianya amat cukup jelas dan meyakinkan.


“Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Dehidrasi

Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.”


Dan punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.


Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract


“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract


Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.


Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”


Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract


Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya.

[Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/]

Setelah membaca-membaca penjelasan beliau maka agak kuranglah kegusaran sama ada mahu berpuasa atau tidak. Terpulang pada diri sendiri. Dan satu lagi, aku terbaca dalam satu buku fardhu ain dibahagian puasa, diantara orang yang tidak wajib berpuasa adalah:

“Perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak dibolehkan tidak puasa tetapi wajib qada setelah berhenti menyusukan anak itu. Kalau dia dalam keadaan hamil dan sesudah itu menyusukan anak sepanjang tahun, tidak wajib qada atasnya tetapi wajib fidyah atau puasa yang ditinggalkan itu” [Sumber: Asas-asas fardhu Ain, Ustaz Sulaiman Endut (JAWI)]

Aku agak musykil dengan ayat kedua itu “hamil dan menyusukan anak sepanjang tahun” tidak wajib qada’ pula. Adakah sesiapa yang faham, leh tolong esplen untuk diriku yang blur ni.🙂

9 thoughts on “Puasa dan Penyusuan

  1. Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" says:

    Islam ni agama yg sentiasa memudahkan kita utk beribadat, its up to us to beribadat ke tak kan?

    last ramadhan i tak puasa 3 hari coz of BF, lepas pam susu i almost pitam. insyaallah tahun ni better coz dah over a month i dok berpuasa & so far so good, susu cukup & i pun ok.

    janji jgn lupa sahur, makan kurma byk2, makan benda berkhasiat, take vitamin if necessary & lots of water, kan?

  2. asmaa says:

    alhamdulillah tak lama lagi ramadhan akan tiba… ini tahun kedua ramadhan dalam keadaan BF anak. insyaallah semuanya akan berjalan dengan sempurna…sama-sama kita doakan untuk diri sendiri dan anak2, semoga mereka pun mendapat khasiat susuibu dlm keadaan berpuasa.

  3. az says:

    tq yatie for d info.tiap hari sy mesti bukak blog yatie untuk tgk n3 baru. tahun ni first time sy BF baby & berpuasa. harap2 smua ibu2 yg BF dpt menjalankan ibadah puasa dgn jayanya dan dlm masa yg sama meneruskan perjuangan BF.

  4. puan punyer says:

    kalau ikut pernyataan 'hamil dan kemudian menyusukan anak sepanjang tahun' maknanya hamil semasa dalam bln Ramadhan pastu dier susukan anak, dlm Islam kan ada menganjurkan menyusu sampai dua tahun bermakna puasa tahun dpn poon dier masih menyusukan anak jadi x wajiblah dier qada puasa. itu my just my opinion. pakar agama tolong bantu

  5. mamanoa says:

    tha..ikut aper yg aku baca la kan..yg part ni "Kalau dia dalam keadaan hamil dan sesudah itu menyusukan anak sepanjang tahun, tidak wajib qada atasnya tetapi wajib fidyah atau puasa yang ditinggalkan itu" – maknanyer yg non-stop ada anak la..hamil..pastu bf anak 2thn..pastu hamil balik…kira mmg xder masa or gap tuk poser la..so org mcm ni kna byr fidyah, sbb diorg mmg xder masa n x berkemampuan nk poser sbb xlarat

    sbb yg 1st limb tu refer kat mommy yg bf tp ader gap or stop bf da..so diorg kna ganti poser,sbb berkemampuan tuk poser..xder alasan kater dehidrasi wat so eva..
    this is my 2sense

  6. yuyun says:

    thanx for this info..saya first time bf baby and kadang2 terfikir gak camne time puasa nanti nak bfkan baby. rasanya kalau kite sahur dengan betul, minum banyak air, InsyaAllah boleh kan..

  7. Ely Hasrul says:

    tau Tie tahun nih aku excited plak sbbnye tahun lps aku nye preparation:

    1. membeli pump manual utk pam diwaktu mlm (spectra3 tinggal kt opis)
    2. mengambil fenugreek(suppliment cubaan pertama huhuhu)
    3. mkn kurma dan minum dgn byknye pas buka and SAHUR! (time bujang xkuasa nk sahur)
    4. doa siap pesan kat sami, mami pose so sama2 la sabar kalu susu tu kureng ke ape
    5. tanamkan kat kepala, puasa kalu tak larat buka. xpayah nk susah2 ati rasa bebanan ke ape. so xstress jiwa tak kacau hehehehe

    Alhamdulillah xpasal2 susu nye production lagik byk mengalahkn time tak pose. stok melampau. konon nk pam time mlm pon xjadik hahahaha. sungguh la amazing. tinggal? ade tinggal pose 6 hari sbb kena IBS and mmg xdpt diselamatkan kalu anto spital dh kena masuk air time tuh ehheheh, time tu aku mmg xperiod, sami umur setahun sbln baru period. jadik mmg 6 hari tu totally sbb xlarat berpuasa

    tahun nih preparation aku sama aje CUMA bezanye last week utk sekian kalinye sami top up fm kat nurseri. sehari leh bekal dia 10oz aje.

    tapi ini kata2 dari ibu yg direct feeding, utk kes ko maybe lein sket kot.. maklumle nk kena pam sentiasa.. insya allah cukup susu and mintak2 dpt lebeh aminnnn

  8. Hayatie says:

    mama-miya: betul3x…last year ku masa pose ku peknen, tinggal juga..still tak berganti lagi..aiyo, berganda la pose & fidyah ku…Tapi klu ikut statement diatas pose ku tahun lepas takyah qada, sbb pas hamil, bersalin terus menyusu sepanjang tahunn…..nak kena chek ni

    Asmaa: Yup..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T hendaknya yer..Ku festime nih..huhu

    Az: Ku sama juga, festime menempuh ramadhan dalam keadaan menyusukan anak. Kena set mental juga untuk ramadhan ini..

    puan punyer: ku pun berpahaman seperti mu juga..tapi nak kena check dgn pakar juga ni…

    mamanoa: oo begitu pula ye..mungkin juga. hmm..ku still lagi konpius ni…

    yuyun: yup, yang penting kita kena mind set dulu dan usaha buat seperti yang telah disyorkan. Larat2 tak blakang citer..pape spt kata mama-miya islam itu mudah kan…

    ely: wah..bagus mind set kamu ini, betulx….insyallah, akan aku tanamkan fokus yang postitif camana aku EP ni camtu juga nak tempuh pose ni..yakin boleh!…

  9. noraherni says:

    bab ayat 'menyusukan sepanjang tahun ni kita tak boleh pandang remeh sebab ada kondisi2nya

    "menurut ku (Dr Yusuf al-Qaradhawi), wanita tersebut cukup dengan memberi makan orang miskin tanpa mengqada'. Ini ditujukan kepada wanita yang setiap tahun hamil atau menyusu anak sehingga tidak mempunyai kesempatan untuk mengqadha'. Contohnya pada tahun ini dia hamil, pada bulan puasa berikutnya ia menyusu, dan tahun selanjutnya hamil lagi…. dan seterusnya. Maka setiap tahun dia berada didalam pusingan hamil dan menyusu. Kalau wanita tersebut diwajibkan qada' seiap hari yang ditinggalkan, maka bererti dia akan berpuasa secara terus menerus. Hal ini memang menyulitkan. dan Allah tidak mahu meletakkan kesulitan kepada hamba-hambnya" [Fatawa Muaasyarah 1/302].

    maknanya, kalau kita hamil selang setahun atau hampir setiap tahun, dan dlm masa yg sama selang tahun itu kita menyusukan anak sepanjang tahun, maka inilah jumhur ulama..tidak perlu mengqada' kerana ia menyukarkan si ibu, cuma perlu bayar fidyah. Islam itu tidak menyusahkan penganutnya.

    Tp kalau setakat selang duatahun baru mengandung semula dan sebagainya, aku rasa better jgn pandang remeh, gantilah walaupon 5 tahun sudah berlalu. Wallahua'lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: