Jom Pekena

Entri dmost santai petang-petang sambil minum teh Red Dates & longan In-comix. Maybe ramai yang dah tahu longan dan kurma dikatakan boleh membanyakkan susu badan. Ada yang mengambil longan dan kurma itu dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang try longan kering lah, longan yang original lah dan macam-macam lagi. Itulah semangat seorang yang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Bersusah-susah mencari berbagai-bagai jenis galactagogues untuk membanyakkan air susu badan yang tak pernah dimakan pun sanggup ditelan janji ianya boleh menbanyakkan air susu.

Aku dengar pasal red dates with longan tea ni di forum si. Puas merata aku aku cari tak jumpa-jumpa. Maybe scope pencarian aku hanya tertumpu pada giant, econsave dan tesco di area rumah aku ni. Ni pun aku beli dekat kedai maryaaa semasa opening kedai beliau tempohari. Aku minum ni satu hari satu kali sahaja time petang-petang. Alhamdulillah, badan aku serasi nampaknya. Tak macam kes habbatus sauda dulu yang buat susu ku drop habis. Ada peningkatan oz dari yang sebelum-belumnya walaupun tak banyak. Normally sebelum aku try teh ni, aku hanya dapat 28-30 oz jer. Tapi selepas consume teh ni, total pam untuk satu hari leh dapat 30-32 oz.

Rasanya pun sedap sangat. Rasa teh dia pun mild je. Menurut penerangan dibelakang pack ini, ianya boleh membantu sistem penghadaman & limpa yang sihat, menghasilkan sel-sel darah merah dan mengekalkan ketenangan. Wahh, patutlah acikk ala-ala blues, hihi! Ianya dah siap2 di campur gula, so kita takyah nak letak gula lagi. Kalau aku minum, aku suka guna mug yang besar atau yang panjang. So secara tak langsung aku minum air lagi banyak tapi lagi berkuranglah manisnya. Kalau nak yang sedang-sedang kemanisannya, se-mug dah kira ok. Kalau ada yang tahu kat pasaraya mana yang boleh didapati teh ni disekitar kawasan kajang-cheras ni, roger-roger lah akakk ye! Kalau tak, kena suruh maryaaa pos dari kuantan juga, huhu!

12 thoughts on “Jom Pekena

  1. ZiE FAUZi says:

    mana nak dapat teh ni kak????? zie dalam sekarang ni..kalo x leh gi cari sendiri..hubby mesti xtahu kat mana nk cari…

  2. Hayatie says:

    zie: akan pun tercari2 teh ni dipasar2 raya. Byk yang takda..ni pun akak beli dari kedai kawan akak masa ke kuantan tempohari. Harap2 ada kawan2 yang lain2 tahu..

  3. Nik Ha says:

    TQ for this post, leh tambah senarai mnmn milk booster.ku rasa tak serasi gak dgn habbatussawda' kot sbb lps pekena semug mmg output ciput sgt.Nak kena try red date&longan ni lak.Ada kat kedai online marya kan?nanti ku roger ke kedai dia🙂

  4. CuppyCakeMommy says:

    nak kirim..

  5. nadnye says:

    menarik nie.. mmg sangat diperlukan ketika ini..

  6. Hayatie says:

    Nik ha: Sila2…

    Cuppycakemommy: buleh2, insyallah….

    nadyne: wahh..cemas nmpk munyikk tu….ini seriesss!

  7. Normaliza says:

    Yatie, ku beli kat car4. Kat kedai ubat cina pun ada jual..ku penah beli kat situ gak

  8. Hayatie says:

    liza: Care4 ade ek..blah mana tu? Care4 terdekat tmpat ku diAlamanda jer. Nak kena ambush ni..thanks yer!

  9. My_Aqeelah says:

    ku beli kat care4, tesco and giant pun ader. carik lar kat section minuman bancuh2 tuh.

  10. Hayatie says:

    my_Aqeelah: Tesco,giant tempat ku ni memanjang takda..ku cari gak kat tempat minuman bancuh2 tu..yang ada in-comix perasa lain ada lah…mencikkk!

  11. maryaaa says:

    kenkawan kat giant ader jual laaa teh ni…aku tak la pulak meniaga teh ni hehe sapa dtg kedai aku aku idang teh ni laa tp si yatie ni sibuk nak membeli…

    biasa masa ku duduk kl, giant taman permata ader jual..kalo dah jumpa tu borong jer semua (aku buat gitu, pelik org kat giant)…

  12. My_Aqeelah says:

    hmm nanti ku cuba roger kat kampung ku kalo ader akan ku post pada mu. murah ajer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: