myLittlebooth sling pouch

Akhirnya, pouch yang aku tunggu-tunggu tiba jua hari ini. Sunggu jakun aku dengan pouch itu. Pouch pertama yang aku beli dari kedai herni, mylittlebooth. Aku mintak dia buat custom made pouch hasil mix and match corak yang aku pilih diblog dia. Outer fabrik adalah jenis Japanese cotton, dan inner fabric yang hitam itu adalah jenis stretch cotton. Pouch ini reversible. Kalau time hubby ku nak pakai, leh la pakai yang belah hitam tu. Sebab tu aku pilih inner layer yang hitam, sebab senang nak match dengan baju. Yang bestnya, ada leg padding seperti dalam pic first itu. Leg padding dia ni sangat padat. So takdalah ‘berbekas’ peha baby bila lama terkepit dalam pouch itu.

Aku bukanlah kaki babywearing ni, aku baru-baru je nak testing power. Sebenarnya dah tak tahan nak pakai sling cap ayam tu pun ada. Dah tak tahan bahu aku menampung keberatan azri lagi. Meh aku tepek skit camana ghopenye sling cap ayam aku tu. Sebab entri kali ini memaparkan wajah tuan punya belog ini, so aku tepek lah size yang cute2 sahaja supaya acik nampak lagi slim dari gambaran yang sebenar, boleh kah!. Sila abaikan ‘spare tayar’ itu. Gambar ni masa azri 5 bulan tak salah. Murah je sling ni. Aku beli kat Mydin RM12. Tapi yang tak tahannya bahu sakit. Kalau baby lom berat sangat lagi takpa.

Tahniahlah pada herni kerana berjaya menyiapkan such a lovely pouch untuk aku. Customer mu ini sangat berpuas hati dengan hasil kerastangan mu itu..eheh!Kalau ada rejeki lebih aku tambah lagi. Ni kali, nak yang ada hud, zippered compartment skali kat pouch itu..haha!

5 thoughts on “myLittlebooth sling pouch

  1. norhafiza says:

    sejuknye tengok wajah akak…tenang sangat air mukanya…mesti akak ni jenis yang cool kan…patutla berhemah je cara akak bagi komen di posting-posting sebelum ni… ;;)

    cumilnyer sling pouch tu…secumil wajah si kecik yang sedang dikendong…>_<

  2. ummiluqman says:

    wah.. cantik pouch tu..modelnya pun bagus menggayakan nya.. kat rumah ni selalu jugak guna pouch bilamana nak masak anak merengek..letak dlm tu pastu masak sesama..

  3. Hanim says:

    Babywearing is a life saver🙂 Tgk la i punye BW gadgets hehe.

  4. noraherni says:

    wahhh…shantek sunggoh pouch puan..di manakah puan membelinya? oh di mlb ye…teringin sungguh saya mendapatkannya hihihi…tenkiu2 dear..pandai azri mu possing…dia tak ragam kah? hehe

  5. Hayatie says:

    norhafiza: pssssttt…malu akak ni, mana ada sejuknya dik, rentung lagi adalah, haha!ko belum tengok akak gelabah lagi, mau ko lari gak nya..hihi!

    ummiluqman: hihi, ada potensi masuk "malaysia next top model" kah..kikiki

    Hanim: ye,mmg syiok rupanya, patutlah ku tengok kaki BW ni, maout2 gadjet2 BW mereka…hihi

    Herni: hihi, amboi2..repeat customer buleh dapat diskaun kah..alhamdulilah, azri syiok je dok berkepit dalam tu, huhu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: