Realiti EP di Malaysia

Disini aku nak quote satu ‘reply posting dari seorang forumer pada salah satu thread ni forum susuibu.com yang aku baca beberapa hari yang lepas. Aku bukan mahu untuk menghukum atau mengkondem sesiapa. Aku sekadar untuk mencoretkan yang tersirat disebalik kenyataan ini agar kita tidak mudah melulu untuk menilai sesuatu keadaan atau kondisi dengan tidak mengambil kira tanggapan dan perasaan orang lain.


“Salam sume,

Ikut exp sy and byk kawan2 yg exclusive pumping je paling lame exclusive pumping pun few months je, maksud sy di sini, pump2 yg direka kononnye menyerupai mulut anak kite, bg sy xsama…

Ade x mothers yg exclusive pumping ckup smpai 2 thn atau lebih tanpa topup skit susu formula? sy xpenah lg dgr, paling lama pun few months, tu pun exclusive pumping byk masalah susu berkurangan…susu kite selagi ade selagi tu bole dibykkan balik tp satu je caranye…hanya stimulation dr mulut anak tu sndiri, pump x sama mcm anak kite…Allah punye kejadian xdpt ditandingkan…klu x cmne org exclusive pumping x berjaya buat smpai 2 thn atau lebih wlupun pump setiap sejam dan dua jam sekali pun…ramai kawan2 sy yg exclusive pumping setiap sejam dua, tp masih x dpt nak maintainkan byknye susu semacamane anak kite sndiri punye stimulation…

Sy dah exclusive direct bfeeding anak sy selama 1 thn 7 bulan tanpa makanan tambahan, macamane susu sy sentiase byk wlupun anak sy feeding setiap setgh jam sbbkan die cepat lapar(x makan)…bukan sy nak kata susu sy byk…sume ibu pun akan jadi susu byk klu anak sentiase feeding dgn kite…xde ibu yg susu skit atau xde susu…sume yg melahirkan mampu menyusukan anak sndiri dan insyaAllah susu sentiase ckup klu stimulation yg btul…

Mcm sy kata sebelum nie, pump hanye membantu susu tu lambat kering…mcmane kite pump pun susu kite xkan abis sepenuhnye, sbb hnye dr mulut anak kite je bole breast kite kering 100% klu anak kuat minum, pump xkan abiskan susu dlm breast, klu pump berjam2 pun lepas abis cube picit dekat areola pasti keluar susu skit, maknanye susu kite xabis sbb pump bukannye stimulate areola sepenuhnya seperti anak kite..

Klu anak jenis kuat menyusu smpai kering pun kadang2 susu kite, bile picit areola pun dah xde yg kuar, tu br btul2 susu abis..susu kite hanye abis klu kite rasa sakit perit pada dlm urat2 breast tu…sy dah penah merasainye sbb anak sy hnye bergantung pd susu bdan je tanpa makanan atau mnuman lain smpai 1 thn 7 bulan….bile susu kite abis anak hisap tu lg byk susu kite akan produce…

Pump2 yg mahal2 tu mmg dikatakan bole menyerupai mulut anak tetapi x sepenuhnye sbb tu xde lg exclusive pumping yg berjaya smpai 2 thn atau lebih penuh tanpa susu formula…byk mothers yg exclusive pumping mesti ade tambah skit susu formula sbbkan ade kala mmg xckup sbb proper stimulation xde…hnya harap pd pump…xbole percaya 100% pd iklan2 company yg mereka pump2 tu sbb diorg nak yakinkan pembeli supaya membeli…mmg ade bagusnye pump2 tu sume tetapi maksud sy mmg xkan same dgn anak kite sndri…

Dan sebahagian lagi pada ‘reply posting’ penulis yang kedua,

“Mmg zaman skrg byk mothers yg bkerjaya and xdpt nak bersama anak sepanjang mase, sbb tu pump membantu…Mungkin ade jgak sorang dua yg berjaya exclusive pumping smpai 2 thn anak, sbb ade yg simpan stok terlalu byk dan ckup utk anak kemudian wlupun pump susu dah berkurangan…lg satu klu anak kite makan benda lain pun mmg xde masalah utk bg anak ebm sbb anak xmnum byk bile dah mula makan makanan lain…cube klu exclusive pumping saja dan exclusive bfeed smpai 2 thn atau lebih…pasti x mampu dilakukan…mmg mustahil utk ibu bekerja sbb stimulation yg sebenar kurang…so x bole nk dibandingkan dgn ibu yg x bekerja….”
Sekalung tahniah buat penulis kerana berjaya mencukupkan penyusuan sehingga 2 tahun penuh seperti yang dituntut dalam syariat islam malah ku berbangga jika lebih ramai ibu-ibu yang mempunyai kesedaran, semangat dan mengikuti jejak langkah seperti beliau yang bersungguh-sungguh untuk meneruskan penyusuan anak mereka.

Aku bukanlah presiden ‘persatuan exclusive pumping malaysia’. aku hanya sekadar seorang ibu yang sangat bersemangat positif mahu memberikan ‘makanan’ yang terbaik untuk anaknya iaitu khasiat susu ibu itu sendiri setelah usaha penyusuaan secara ‘breastfeeding’ aku gagal oleh kerana aku kurangnya ilmu-ilmu berkenaan susuibu ini dikala itu. Namun aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat memberi anak aku khasiat susu ibu itu dan tidak cepat melatah dan beralih kepada formula sebagai solusi situasi ketika itu

Aku quoted kembali kenyataan-kenyataan penulis ini;

“Ikut exp sy and byk kawan2 yg exclusive pumping je paling lame exclusive pumping pun few months je, maksud sy di sini, pump2 yg direka kononnye menyerupai mulut anak kite, bg sy xsama………..”Ade x mothers yg exclusive pumping ckup smpai 2 thn atau lebih tanpa topup skit susu formula? sy xpenah lg dgr, paling lama pun few months, tu pun exclusive pumping byk masalah susu berkurangan…..”


Inilah salah satu persepsi kebanyakan masyarakat kita terhadap para EP ini yang sekaligus merendahkan dan meruntuhkan motivasi dan semangat mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak mereka dikala usaha untuk direct breastfeeding adalah agak mustahil atau mereka-mereka yang dalam usaha untuk relaktasi.

Ya, tidak dapat dinafikan sebaik pam adalah dari anak kita sendiri. Tetapi apa pilihan yang para EP ada jika mereka menghadapi pelbagai masalah penyusuan termasuklah yang mempunyai anak cleft palate (sumbing), tounge-tie (lidah pendek) dan pelbagai komplikasi penyakit2 yang agak kritikal. Ya, pam tidak mengejutkan kita untuk menyusukan anak, seperti mana anak menangis minta disusukan. Disini terletak kekuatan mental para EP yang harus disiplin untuk mengepam menyamai kekerapan bayi yang menyusu. Jika EP2 ini diberi pilihan samada BF atau EP, sudah semestinya memilih BF.

Tidak semua ibu-ibu menghadapi proses penyusuan itu secara semulajadi kerana ada sesetengah ibu yang struggle untuk memujuk anak kembali direct namun tidak berjaya dan akhirnya stress dan produksi susu pun terjejas. Dan akhirnya memilih FM sebagai penyelesaian terhadap masalah mereka. Setiap orang berbeza-beza situasi dan bahagian masing-masing. Dan amat bertuah sekali pada sesiapa yang menghadapi dan mengalaminya secara semulajadi, lancar dan tiadak masalah.

Suksess rate untuk para EP yang meneruskan penyusuan selama mungkin adalah sangat rendah kerana tidak ramai yang mampu melakukannya kerana pelbagai kekangan dan persepsi masyarakat ditambah dengan mental yang agak rapuh dan kebanyakan hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Dan isu susu berkurangan dikalangan para EP adalah kerana terletak pada diri sendiri yang tidak sekonsisten untuk melakukan pengosongan breast. Usah menunding kepada EP sahaja yang akan menghadapi isu susu berkurangan, malah jika diselidiki ada juga dikalangan ibu-ibu yang 100% BF pun masih menghadapi masalah isu berkurangan. Aku quoted lagi salah satu kenyataan penulis;


sbb hnye dr mulut anak kite je bole breast kite kering 100% klu anak kuat minum, pump xkan abiskan susu dlm breast, klu pump berjam2 pun lepas abis cube picit dekat areola pasti keluar susu skit, maknanye susu kite xabis sbb pump bukannye stimulate areola sepenuhnya seperti anak kite..

Penulis agak bertuah kerana anaknya menyusu dengan efisyen skali so terjadinya pengosongan breast yang efisyen (adequate milk removal). Tetapi bagaimana pula dengan ibu-ibu yang lain? Tidak semua bayi yang mengosongkan breast secara optimum contohnya seperti sleepy baby, distracted babies, lazy feed/sucker [Source, http://www.mobimotherhood.org: One mother, Shannon, whose baby was sleepy with a “lazy suck” spent hours on the breast with little weight gain..] atau hurried feedings dan pelbagai faktor-faktor yang menyebabkankan pengosongan breast tidak optimum dan akhirnya membawa kepada isu susu berkurang. Dan, mengapa seringkali terjadinya blocked duct yang membawa kepada mastitis dan seterus menjadi abcess dikalangan ibu-ibu yang breastfeeding jika pengosongan breast itu berlaku 100% dan optimum? Ini menunjukkan tidak semua bayi itu sama. Mungkin ada yang jenis kuat minum, dan mungkin ada diantaranya dikalangan ‘lazy feeder’.

Aku quoted lagi kenyataan penulis ini

“Mungkin ade jgak sorang dua yg berjaya exclusive pumping smpai 2 thn anak, sbb ade yg simpan stok terlalu byk dan ckup utk anak kemudian wlupun pump susu dah berkurangan…

Jika penulis mengatakan yang EP juga masih boleh bertahan sehingga ke 2 tahun penyusuan kerana adanya stok ebm yang banyak, dimanakah isu susu berkurang dikalangan EP seperti yang diperkatakan? jika EP boleh produce susu untuk mencukupi keperluan anak sehari-hari dan selebihnya masih boleh disimpan sebagai stock untuk waktu-waktu kecemasan dan sebagainya?

Harus diingat bahawa level of prolaction didalam badan akan secara perlahan-lahan menurun through out the period of lactation. Tetapi mungkin secara turun-naik jika kita konsistensi meneruskan penyusuan dan ianya lumrah dalam penyusuan. Itulah yang dipanggil “Milk Production Cycles”. [Prolactin levels “decline slowly over the course of lactation (Battin et al., 1985; Cox, Owens, & Hartmann, 1996) but remain elevated for as long as the mother breastfeeds, even if she breastfeeds for years (Stallings et al., 1996).”]

Dan pada ibu-ibu yang menyusu direct 100% mungkin tidak akan perasan perubahan kuantiti yang diminum oleh anak sekaligus tidak perlu ter-sycho dengan perubahan jumlah susu yang diproduce selepas anak setahun lebih kelak. Berbanding dengan ibu-ibu bekerja yang mengepam pada siang hari dan juga ibu-ibu yang EP sepenuhnya yang dapat melihat jumlah yang dipam berbeza-beza dan apabila ianya tidak seperti pada awal-awal dulu dan akhir perubahan itu menyebabkan kita stress dan akhir menghadapi isu susu berkurang juga. .


“……..lg satu klu anak kite makan benda lain pun mmg xde masalah utk bg anak ebm sbb anak xmnum byk bile dah mula makan makanan lain…cube klu exclusive pumping saja dan exclusive bfeed smpai 2 thn atau lebih…pasti x mampu dilakukan

Dua tahun penyusuan penuh itu bukan pengukur kejayaan seseorang ibu itu menyusukan anak apetahlagi yang sanggup mengepam sahaja untuk memberi susu ibu itu kepada anak. Yang pasti usaha EP untuk meneruskan penyusuan selama adalah juga agak sukar oleh kerana pelbagai faktor2 luaran dan dalaman dan para EP mula demotivated dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan pada mereka. Dan jika EP mampu memberi susu ibu selama setahun pun adalah dianggap sesuatu yang membanggakan kerana sekurang-kurangnya dapat juga memberikan khasiat susuibu itu daripada tiada langsung!

Dan adalah tidak adil untuk terus melontarkan terus sentimen yang EP ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa waktu yang singkat sahaja dan tidak mampu meneruskan penyusuan selama 2 tahun. Sedangkan ada ibu-ibu yang breasfeed pun belum tentu ada yang dapat meneruskan penyusuan esklusif itu selama 2 tahun kerana penyusuan susu ibu ini adalah subjektif dan kejayaan itu adalah bergantung kembali kepada individu-individu itu sendiri tidak kira sama ada mereka 100% BF atau pun EP. Wallahulam……


Sekali lagi, aku mohon maaf jika entri ini menyinggung hati sesiapa. Aku pun bukanlah seorang yang arif dalam hal-ehwal penyusuan ini, aku masih lagi belajar. Dan usaha EP aku ini pun masih 10 bulan belum menjangkau setahun pun. Ada 2 bulan lagi sebelum genapnya short term mission aku untuk 1 tahun EP sebelum bermula lagi misi 6 bulan seterusnya, hopefully aku akan sampai ke 1 tahun 6 bulan itu. Doa2kan lah aku ye kaliansss! To all EP’ers out there, ianya tidak mustahil untuk dilakukan jika kita betul-betul komited dan 100% fokus dengan apa yang kita lakukan! Keep on Pumping!

YOU CAN DO THIS!!!
I firmly believe that pumping is 10% physical and 90% psychological. If you try to view this as positively as possible, I think you will have a better outcome
….(Paula Yount)



33 thoughts on “Realiti EP di Malaysia

  1. cahaya_arif says:

    Inilah pertama kali akak baca tentang orang pam susu ibu sahaja untuk bagi kat anak dia. Syabas!Promote lah susu ibu yang terbaik.

  2. e-caR NazRin aka ibuEiymann says:

    babe..
    wpun ku seorang fully-BF-ibu, tp ku AMAT SALUTE kt mereka yg b'gelar EP nie..uolls mmg sgt kuat+tabah..selagi mu x putus asa, pasti mu akn b'jaya m'jadi EP-mom smpi 2 thn (at least).. sekurang2 nya, ape yg buat ku tabik ngn EPs nie, uolls x mengalah pd susu lembu..still nk bg yg THE BEST kt anak..bezanya, melalui EBM jer..yg pntg, yg mngalir dlm tubuh anak itu ialah SUSU IBU..

  3. ummiluqman says:

    yang penting semangat.. chaiyok chaiyok

  4. ~ As ~ says:

    buktikan pada mereka!

  5. charming-umi says:

    haha, babe.. ku baca post forumer itu. ku yg bkn EP ni pun panas hati baca komen dia. bkn nak kata apa la tp seolah-olah merendah-rendahkan EP people.

    betul mcm ko ckp. x semestinya direct feed tu boleh kosongkan breast sepenuhnya. kan ke kita selalu dgr LC ckp, lepas susukan anak, pam lagi 10 minit utk pastikan breast betul2 kosong? aku yg direct feed anak aku nie pun aritu kena blocked duct.

    xyah ambik port la komen yg mcm tu. dia mungkin x faham yg masing2 ada problem sndr. mungkin dia nye perjalanan susukan anak tu smooth je. kita yg tempuh sedikit halangan ni hanya perlu buat yg terbaik utk anak.

    ku harap mu dpt susukan azri lebih dr 2 tahun. buktikan yg EP people pun boleh sampai ke tahap tu!

  6. fiza says:

    Salam..panas gak bila ku baca, ku rasa tak patut dia cakap macam tu, bukan semua orang boleh direct BF. Ku salute dgn semangatmu. Hopefully mu bley buktikan dengan penulis tu yg tanggapan dia salah.

  7. mamanoa says:

    beb..aku bc entry mu trus ku rasa org yg buat post kat forum susuibu tu mcm boasting herself-trying to be corky that the way she do it is d'best….
    hello….bukak mata skit la..aku pun 1/2 EP & 1/2 BF,jgn la bg post camtu..mmg nk jatuhkan semangat org lain jer..
    xper beb…aku sokong ko..infact aku salute TOYOYONGGG..kat ko dan EP's yg lain sbb ko 100% EP,nilai EBM ko lbih berharge dr buah pikiran org yg post kat forum tu….
    GO AZRI…HAVE UR PRECIUOS EBM!!

  8. Nik Ha says:

    Anggaplah lontaran kata2 'panas' tu sbg cbrn buat Tie. (Eh, panggilan ku ini berbunyi sgt manja kah..he..he..)Kdg2 org tak paham kecuali dia sendiri benar2 alami situasi tu. Kalau tak mereka hanya buat assumption secara general shj.Sepatutnya mereka salute pd mama2 yg EP krn boleh je top u FM kan watpe susah2 nak pam dah ank takmo isap.Tp usaha EP tu dah gambarkan kesungguhan dia nak bg susu ibu yg terbaik utk ank walaupun bb taknak isap kan.Ku tetap sokong mu Tie, kesungguhan mu menjadi inspirasi ku!Ku doa mu boleh Ep sampai 2thn. Amiiin.

  9. Liz says:

    huhu,ku lihat mamanoa dah backing mu di forum! hehe.. betul tu mamanoa. that person keep saying yg anak dia dah minum brp lama n susu x pernah kering la.. what for? nak menunjuk ke hape? patutnya kita bagi sokongan sesama sendiri. ni tak, cuba nak jatuhkan semangat org lain pulak. xpe THA, buktikan beb!!

  10. Azrina bt Mohd Tajul Ariffin says:

    Teruskan perjuangan mu Hayatie!

  11. alishaqaisara says:

    panas baca N3 kali ni.. yelah sy ni ibu yg bg baby susu guna pump… mlm je direct feeding..
    tak smua org bleh bg direct .. lgpun utk ibu yg b'kerja apa citer? at least kt struggle bg susu ibu kat anak kt kan
    ilang sabor jap baca komen dia tu…

  12. hushuss says:

    Setuju dgn yati. Kawan hushuss EP sejak anak dia lahir, anak dia dah sethn dan susu dia lagi banyak dari org yg directfeed anak. Kagum dgn orang-orang mcm Yati sbb hushuss blum smpai tahap korang. hisk hisk…

  13. noraherni says:

    u go gal! dulikkan mak lampir…(maksudku-hantu yg menakut2kan kita hehe)

    ku setuju-bukan EP/Direct yg membezakan kita tapi USAHA, chaiyok2!!

  14. Rozy says:

    ku memang salute pada EPer..xmengalah pada FM, my SIL ngan member(dokter lg) cita anak depa xmo nenen sebab tu bg FM.. tapi hangpa semua tetap berjuang uk bg yg terbaik..

  15. Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" says:

    whatever dever…i have always tabik spring to you coz berjaya provide BM to anak walaupun u tak direct BF. exclusive expressing ni is a real tough mission. kalau SI.com nak buat award day, u mmg boleh dpt special award.

  16. Ely Hasrul says:

    okk aku hangin ok baca posting minah tuuu

    petama2.. terlintas ape niat and minah tu tulis cmtu? sungguh negatif bila dikatakan 'xdek pon smpai 2thn & kbykan sume topup formula'

    dia percaya susu byk dgn direct feeding, sukati dia la nk pecaya gitu..tapi buat ayat menkondem siap ckp ciptaan tuhan sume tuh ngapa? napa xsebut tuhan suka pada org yg berusaha?

    cmne plak ngan aku yg percaya susu byk dgn direct feeding & pumping & additional food suppliment & vits? dia lactation ke?

    ha ade tpikir kalu ko surirumah ko direct feeding pon susu ko kurang sbb faktor lein? sori la Tie entry menjawab ko sungguh menunjukkan betapa ko bercakap dgn berfikir, jawab dgn berhemah menunjukan ko berpikiran positip and penuh ilmu tapi aku xdek pasal la nk ckp bebaik ngan org yg negatip cmni. aku rasa niat dia cuma nk mengkondem.

    dgr cite dia mmg tujuan nk ckp 'pump xsama' ok fine mmg tak sama, hanya menyerupai. takkan sama la kan tp bile tgk ayat dia sume cam nk mengkondem EPer aku xleh terima. abis sapa yg xleh direct feeding xdek pilihan lain ke??

    dia kata dia feed anak dia smpai setahun 7 bln, konon tak riak tapi meh sini aku ckp.. dia dh la riak bodoh plak tuh. baby umur 6 byuklan ke atas dh xcukup dgn hanya minum susu ibu sahaja. ha.. xterima sbb aku ckp bodoh? ade alasan sendiri? musti dia ade alasan sdr if susukan anak tanpa add lgsg tapi if dia berani suka suki kondem, negatip siap belagak ngan EPer kena la terima kalu org ckp dia bodoh.

    to be frank,

    sami exclusive bf smpai 6bln, alhamdulillah fully breastfeed smpai skang walaupon susu aku kejap byk kejap sikit tapi aku mmg tak lupe ambik vitamin, makan hidup secara sihat dan baru2 nih aku dgn sengaja memilih makanan tambahan utk sami. sbb aku percaya aku kena sihat utk bagi susu yg berkhasiat utk sami. dan aku percaya bagi makanan tambahan sekali dua tak merosakkan penyusuan sami, makin tambah khasiat utk dfia ade la..paling penting tak lupe mintak kat tuhan bykkan susu, khasiatkan susu .. xyah la riak tulis kt forum berjaya susukan anak tanpa pam.. hamboiii Tie aku naik darah ar ngan org cmnih..

    eeeiii

  17. Aishah says:

    hmm semua dah naik PANAS pasal minah tu..
    mula2 ku baca mcm tak nak reply post dia tp masuk 3x baca kondem pump…ku rasa PANAS aku pun PAM gak kat opis..kalau pam tu tak mbantu apa kejadahnya org cipta teknologi pam…

    allah bg kemudahan tuk BF guna la …jgn la jd bodoh sombong….

    kalau la EP or 1/2 EP tu bg FM sekali pun still dorg berusaha dgn pumping tuk mcukupkan apa bb2 dorg nye demand..bukan dorg suka suki suap FM …SI tu tak cam air paip bukak jer ada melimpah ruah hellloooo …

    maybe dia dantara yg tak penah tfkir SI drop sebab drct feeding mana sedar..ntah2 anak dia bgayut tu sebab SI dia tak ckup tu yg lama gantung tp dia bga sebab katanya SI dia bnayk…

    so EP ke tak ke tak yah layan minah tu …how sure we are yg dia tu xclusive BF for 19mths without makan..budak tu dah pandai ckp takkan dia tgk jer kot org lain makan nasi n other stuff…
    anak aku yg nak masuk 19mths pun dah tau ckp nasi, chicken, air…so korg rasa LOGIK ke…takkan nak ckp baby u tak leh makan minum susu sahaja yer….

  18. izzahazfar says:

    mula2 malas nak komen pasal hal ni…

    alhamdulillah kak yati..even baru nak masuk 6 bulan next week…rasanyer zah tak penah lagi top up susu anak ngan formula…

    siap bagi mcm ibu2 yg BF juga..ada fresh dan ebm utk minuman harian anak…

    sebab zah tak komen kerna zah rasa the writer looks like so bangga boleh bg anak susu 1y7m..sedangkan mengikut kajian…anak sebetul nyer start 6 month dah kena makan kerna mereka tak boleh sekadar bergantung dgn susu ibu…betul tak akak…

    dan apa yg zah bangga even kita ni yg ex EP..kita masih mampu bg anak susu kita tul tak…?

    apapun kak..
    akak doa2 agar org2 mcm kita ni diberkati,dipermudahkan dan diberi peluang mcm ibu2 lain yg mampu BF baby2 depa…
    chaiyok!!!

  19. Hanim says:

    huh.. WTH?

    First off… if EPer in Malaysia can't do it.. how come the busy EPing moms in US are successful?

    And there are babies who can't suck… eg tongue tie, cleft palate.

    If there are no breast pumps, how the hell are the moms supposed to survive? Hello… sometimes doctors work overnight… how to BF, thank God for pumps.

    Top up with formula? Er.. in US, some skip formula. Full BF till 1 year old, then start introducing fresh milk. What is wrong with that?

    Oh well, I've never got involved in SI coz some are perasan bagus. Yati, I think I told u kan, I joined babyfit.com.

    You go girl!! EPers must be given pats on the back for being so persistent (ada la fact yg i ni pemalas pump dlm my blog- alhamdulillah susu ok masa tu)

    ~signing of as Dr.Hanim (not just some perempuan mulut lepas, ilmu tak cukup)

  20. Hayatie says:

    Salam semua…wahhh, ku tak sangka for the overwhelming response dari uols semua. Aku tak berniat untuk mendatangkan kemarahan orang lain terhadap penulis ini. Is just that, aku nak tekankan bahawa this is one examples of persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu/situasi which is soley based on the individual thinking without considering a proper jugdement of the values and sensitivity of others. It is your right to stand for whatever opinion without drawing any conclusion on the subjctive issues. That's all.

    To cahaya_arif, e-car, ummiluqman, as, liz, fiza, mamanoa, nik ha, ina, alishaqaisara, herni, hushuss, rozy, mama-miya, ely, aishah, izzahazfar, doc hanim, terima kasih kerana mengerti dan memahami 'perjuangan' ku ini. Dan ianya masih belum selesai. Terlalu banyak yang hendak aku buktikan. Semoga Allah memudahkan perjalanan ku ini. Thanks a lot kaliansss!

  21. Nisa says:

    Salam kak Hayatie, 1st skali sy ingin mohon maaf sekiranya k.hayatie tersinggung, sbenarnye ramai yg masih xpaham ataupun terlalu cepat melenting dan ego dgn kenyataan sy, sbb tu buatkan perkara nie jadi mcm satu pergaduhan. Kalau kalian sume baca balik posting sy, ade dikatakan di situ, bukan bermakna sy bole menyusukan anak secara exclusive tetapi susu byk bermakna sy jenis byk susu, sy ada mengatakan yg sume ibu sama sj Allah jadikan, sume kite mampu menyusukan anak and yg pasti susu kite pasti akan sentiase ckup jika usaha and cara yg btul. Sy jga ada ckp klu mana2 mothers lain yg jadi seperti sy pun pasti akan begitu kerana bonusnye sbb sy nie HW, not mother yg bkerjaya sprti yg lain…Sebenarnye ramai yg lebih emosi and melenting trus after baca btul2 ape yg sy nak smpaikan di SI.com…sy sorang peniaga supplement susu bdan, dan ramai customer sy yg complain pd sy yg susu xdpt nak increase wlupun dh makan fenugreek even die pump setiap sejam masa siang and malam direct feeding. Mengikut kajian Fenugreek lebih cepat berkesan klu direct feeding pd baby (fenugreek perlu stimulation) utk cepat berkesan and effective, most cust sy yg berjaya mningkatkan susu dgn masa yg singkat(few hours after amik fenugreek) kerana masih direct feeding pd anak pd wktu malam. Mane yg hanya pumping saja masih bole increase susu dgn fenugreek but amik mase utk bkesan, sbb tu sy pesan pd sume, klu masih mampu and bole direct feeding, harap bykkan direct feeding semasa di rumah. Dlm posting ade sy ckp, ramai yg cpt putus asa utk direct feeding tetapi sy paham keadaan mothers yg problem anak sumbing n sbgnye and sy x tujukan pd mereka…FYI, proses penyusuan sy bukanlah smooth sprt yg disangka, sy sndiri mengalamai inverted nipple dan sy amik mase sehingga 3 bulan sjk besalin utk memudahkan sy bole feeding pd anak sbbkan anak sy xdpt nak latch on pd breast. Sy mngalami dugaan utk bfeeding yg agak sukar berbanding sesetgh yg trus dpt bfeeding anak mereka tanpa prob…ape yg ingin sy tekankan, mothers yg mampu direct feeding but cpt putus asa diharap lebihkan usaha utk direct feeding. Sy bukan berniat utk riak dan mnunjuk sbgnye, klu baca balik posting sy mmg xde yg mnunjukkan sy riak, sy tekankan bahawa sume mothers sama. Sy lebih tekankan usaha utk direct feeding krn proses tu lebih berkesan and bukan bermakna sy kondem mothers yg exclusive pumper kerana masalah2 tertentu, kena paham beza tu…sy ade baca prob mothers yg gagal direct feeding krn prob2 tertentu yg xdpt dielak, di posting tu sy tujukan pd ibu yg bkerja and mampu feeding pd anak bile di rumah. Itu saje. Sy bukan berniat utk memperendahkan mothers yg pump, tetapi ramai di kalangan mothers zaman skrg wlupun bole feeding pd anak tapi lebih bangga pd teknologi pump, seakan2 kejadian Allah tu bole disamakan dgn teknologi plak, tu yg buat sy x suke.

  22. Nisa says:

    Klu mothers spt k.hayatie berjaya exclusive pump, Alhamdulillah and congrats sy ucapkan krn berkat doa and usaha k.hayatie tu Allah bantu memudahkan usaha k.hayatie. Tujuan utama sy ingin smpaikan dlm posting bkenaan is that diharap mothers tidaklah menganggap teknologi pump lebih bagus and menggunakan alasan 'pump skrg byk dah ade canggih2, xperlu pun direct feeding kat anak'. Byk kenyataan yg sy dgr cm tu…mmg btul2 mnunjukkan yg kejadian Allah tidak lg boleh dipertandingkan dgn teknologi. FYI, sy penah pump mase sy prob inverted nipple dulu dan sy paham bagaimana rasenye susah mengepum.sy bukannye pkai electric pump and sbgnye malah perah pkai tgn je sbbkan pd mase tu sy mmg xmampu nak beli pump electric or battery. Time tu sbbkan proper stimulation xde, sy hnye mampu perah 2 – 3 oz je sekali tu pun perah smpai dekat 2 jam…sbbkan lubang susu sy tersumbat(coz of inverted). After that bile anak sy dah sethn lebih mase anak still exclusive bfeed, sy penah pump mase sy ke class yg amik mase 5 jam, time tu sy dah beli pump electric and pump, Alhamdulillah sy rasakan kerana kuasa Allah wlupun anak kite xmakan pape pun and hanya depend pd susu sy je, sy pump sehingga ke 7 oz sebelah breast and sebelah lg 6.5 oz..13 oz total for one session pump(time tu sy dah skip feeding anak 2 jam). Then hubby sy pegi hntar susu tu ke rumah utk bg pd anak tp probnye anak sy xnak ebm..then akhirnye susu sy buang cm tu je, anak sy sanggup bertahan lapar and xminum ebm tu, xmnum FM or makan pun selama 5 jam tu..sbb tu sy berani katakan mmg pump xsame dgn anak kite..tu je yg ingin sy smpaikan, tujuan sy mngatakan kenyataan nie supaya lebih ramai mothers sedar yg pentingnye stimulation anak and pump mmg membantu…Seperti k.hayatie yg amik supplement fenugreek capsule, sy jgak amik supplement tersebut tetapi selepas anak sy start makan lepas 19 months tu, time tu anak sy dah start makan and kurang mnyusu, time tu susu sy brkurang and mulanye sy makan fenugreek….Alhamdulillah mmg fenugreek berkesan dlm bykkan susu and sy dpt encourage anak sy lebih feeding pd breast banding makan lebih sbb susu makin byk, mgkin begitu jgak dgn k.hayatie yg amik fenugreek, Alhamdulillah…. Utk maklum pd org2 yg komen and xpuas ati di atas, ade yg mengatakan xmgkin anak kite xmakan smpai 1 thn lebih, FYI dlm Al-Quran ade mnyebut “Sempurnakan penyusuan ibu sehingga ke 2 thn tanpa ape2 makanan tambahan"(ayat x exactly cm tu tp mmg tu yg dikatakan, ade jgak menyebut sehingga ke 6 bulan sebaiknye tp sempurnanye ke 2 thn), xkan saudari yg beri komen xpenah tau tentang penyusuan exclusive tanpa makanan sehingga ke 2 thn..mmg xmustahil cume sukar nak dilakukan klu anak kite nak makan…Dlm case sy, bukan sy yg xnak bg makan, start dr 6 months sy dah start introduce pd anak bubur and sbgnye, tp anak sy refused sehingga lah anak sy umur 19 months, after that tiba2 dgn xdisangka anak sy sndiri mntak and nk makan. Lain budak lain, xsume jenis nak makan.and xsume yg nk makan. Sy amik supplement mcm vitamin, calcium, milk thistle and sbgnye sbb sy tau zaman skrg xsama dgn dulu, zaman Rasulullah dulu, makanan n mnuman yg mother makan mnum sumenye xde pencemaran and xde bahan2 chemical or pengawet and sbgnye serta byk makanan berkhasiat, sumenye semulajadi and bersih sekaligus sihat utk anak yg exclusive bfeed smpai 2 thn, mcm sy (zaman skrg) susah utk diet yg seimbang serta berkhasiat utk exclusive bfeed anak…Mothers yg terpaksa and xde pilihan utk jadi exclusive pumper nie mmg dikecualikan utk direct feeding…sy tujukan khas pd ramai mothers yg xnak direct feeding sbb leceh. Katanye breast akan jadi kendur, xlawa and sbgnye. Katanye pump lebih bagus. Tu yg buat sy terkilan. yg sy pelik tu ade jgak mothers yg hanye pump time bkerja and direct feeding pd waktu malam nak melenting2, sedangkan dlm posting tu sy sokong kalian, mmgla bkerja mustahil nak direct feeding je sbb tula pump ade.

  23. Nisa says:

    Mmg byk di kalian kite dah bkerja sbgnye tapi masih ramai yg xckup matang utk berfikir. sy bukan la kata yg sy nie matang tetapi sy lebih suke amik langkah ckp atau respon secara baik and berhemah, bukannye seperti kalian yg kebudak2an(x semua ttp yg mane melenting2 tu). X hairan la sy katakan forumer2 dari forum2 bout bfeeding lain yg berbayar yg sy join sume katakan ramai forumer die SI.com berfikiran x matang and sifat suke mengata serta melenting and merendah2kan forumer yang baru. Kebykan forumer di SI.com lebih bangga bile ranking jum. posting tu tggi sedangkan byk yg sy lihat posting beratus and beribu pun kbykannye suke buat psoting SPAM…iaitu sampah and xde isi yg disampaikan, sekadar nak tmbahkan jum.posting aje…klu di forum yg berbayar, sebarang posting yg xde isi atau manfaat, username tu akan di banned sbb xdtgkan manfaat pd forum tersebut, mmg ramai yg forumer yg dikatakan senior tu terlampau berlagak and ckp besar bile dgn forumer2 baru. Kejadian mcm nie mmg byk terjadi di SI, sbb sumenye masing2 suke bekerjasama utk merendah2kan org lain. Byk forumer2 baru di SI, di drop oleh forumer2 di SI dan sy ade pm pd mereka supaya jgn amik hati sbb mmg ramai forumer( x semua tp mmg ramai) di sini suke mrendahkan forumer bru..ape yg sy ingin smpaikan ttg nie ialah xperlu kite nak bergaduh2 or mengata2 org di belakang wlupun kite x setuju, sy lebih suke ckp depan2 and terangkan ape yg patut. Mcm ape yg dilakukan oleh k.hayatie, mmg sy setuju. Yg membuatkan sy masih lg masuk ke forum SI sesekala sbb masih ade mothers yg baik2 and ikhlas masuk ke SI utk timba pngetahuan and share pengalaman…Klu ikutkan forumer2 yg senior tu mmg mmbuatkan ramai yg meluat utk masuk ke SI. So far yg sy kenal saje dah lebih 100 org yg kuar dr SI sbbkan forumer2 berkenaan…the best thing, better ubahla perangai yg bile berckp x berfikir tu…. And akhir sekali sy ingin mohon maaf pd tuan punye blog iaitu k.hayatie sekiranya ape saja statement sy menyinggung perasaan k.hayatie even actually sy xde niat nak kondem k.hayatie, mmg dlm case k.hayatie nie terpaksa and xdpt nak direct feeding anak dlm keadaan tertentu. So x bole nk dibandingkan dgn case yg sy ckp sebelum nie (ibu yg mampu direct feeding tp refused/cpt putus asa). Sy yakin dgn berkat usaha and niat murni k.hayatie yg btul2 mmg nekad sgt nk bg anak breast milk mmg mmbuatkan hati sy tersentuh, Allah akan bantu k.hayatie, InsyaAllah and amin…

  24. Nisa says:

    PEMBETULAN *

    sy sorang peniaga supplement susu bdan, dan ramai customer sy yg complain pd sy yg susu xdpt nak increase wlupun dh makan fenugreek even die pump setiap sejam masa siang and malam PUN X direct feeding (pump jgak malam).

  25. Ely Hasrul says:

    byk sungguh respon and jawapan balas dr entry nih.. satu je aku percaya sume org ckp ade alasan.. kan dah tak pasal2 pjg alasan yg diberikan.. akhir sekalik berilah statement yg positip sbb dpt kat aku yg suka suki naik hormon nk melenting ha ambik..

    oh yea.. aku la jua antara org yg kuar dr forum sbb nyiampahhh dgn org lama yg riak belagak dan suka kasik statement negatip..

  26. Fid says:

    oh….hayatie…tini007 kan perah je susu untuk anaknya adam 3 tahun u…3 tahun siap pi outstation sana sini…berjaya juga…semua ni ikut kemampuan masing masing la..dan sangat tak manislah kita generalised semua sama…unfair…apa kita terdaya kita buat….

  27. omeng... says:

    Panjang betul balasan…

  28. This comment has been removed by the author.

  29. as'salam semua. i am new ep mom…actually what is really wrong with ep? alhamdulillah even baru masuk 4bulan dalm ep ni masih dapat supply baby dgn breastmilk..mungkin ada yang anggap ep moms ni sengaja + ngada2 xmo direct..but we have our own reason n others should respect n support ya..xmo la cakap ikut sedap mulot je~alhamdulillah kamo di anugerahkan nikmat dpat direct breastfeeding..n alhamdulillah kami yg ep mendapat nikmat untuk supply breastmilk untuk anak2 kami..pesan untuk diri saya juga "setiap orang dianugerahkan nikmat n rezeki yg tersendiri~bersyukur dengan apa yg ada."

  30. Salam suma..saya pn EP mom..alhamdulillah berjaya Jadi Ep mom juga utk anak kedua sy juga..tahniah utk ep mom terutama utk yang berkerja..anak sulung saya juga saya tak campur dgn FM..sampai umur 2 tahun..kini baru minum FM..tahniah juga utk pemilik blog ini..

  31. myazzyra says:

    Thanks for all the knowledge sharing about EP. Sy ni salah seorg yg baru start jadi EP (baru jer tau term ni). Bby yg baru 18 hari ni dh start xnk DF. Berhari-hari refuse my nips. Smpai sy naik tension dan kasi FM yg hospital bekalkan n klu sempat, sy kasi susu perahan dlm botol. Baru bby minum beria-ria. Masa tu mmg rase down gile2 sbb harapan nk kasi susu ibu mcm xde. Alhamdulillah, lepas baca most of ur article about EP sy rasa bersemangat semula nk kasi jg susu ibu kt si kecik ni. Sbb ramai ckp kalau x DF nnti susu akan cepat kering. Rupanya dengan teknik tertentu, kita masih lg berpeluang memberi susu ibu smpi anak berusia 2 thn 1/2. Mmg agak mencabar sbb kena set timing not more than 3 hours, tp insyaAllah..akan ku usahakan..

  32. nazwellazo says:

    first time sy tau..rupenye ramai juga EP diluar sana, sy orang pertama dlm keluarga dan antara rakan2, as a EP. semua orang pelik bila baby sy tak mau direct BF but he only want BM. sy sgt nak anak sy tetap mendapat khasiat susu ibu, sy mkn ubat, dan makan mcm2 untuk bg susu banyak dan sedia untuk dipam setiap jam baby sy perlukan. tak sangka, rupanya ramai diluar sana yg EP mcm sy. thanks all for sharing ur experience.

  33. khayrea says:

    Kejap…..she said (Nisa) al-quran kata bagi susu ibu jer selama 2 tahun? Saya rasa satu tafsiran yang salah sama sekali. Ayat tu mengatakan sempurnakan susu ibu selama 2 tahun, bukan bagi susu ibu sahaja selama 2 tahun. Maksudnya beri susu ibu, dan pada masa yg sama kena bagi solid food! Saya mcm tak percaya dia bagi susu je pada anak umur lebih setahun….oh my God!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: