Hari Susu Ibu

Semalam, bersamaan hari ahad, 9 ogos 2009. Telah selamat berlangsungnya ‘Hari Susu Ibu’ sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia yang dianjurkan oleh susuibu.com. Tema pada kali ini adalah ‘penyusuan susuibu: Tindakbalas penting ketika bencana, sudahkah anda bersedia?’. Program ini turut disertai kumpulan sokongan laktasi daripada hospital kajang dengan membawa poster2 maklumat mengenai penyusuan susu ibu ini. Selain daripada itu booth-booth kecil yang menjual pelbagai produk juga turut dibuka .


Beginilah suasana didalam dewan pada awal pagi tersebut. Agak menyedihkan kerana jumlah kehadiran tidaklah seperti yang telah mendaftar dithread forum sebelumnya. Ramai juga yang tidak hadir disaat-saat akhir disebabkan masalah-masalah kesihatan dan hal-hal yang tidak dapat nak dielakkan. Tahniahlah pada yang dapat menghadirkan diri bersusah payah hingga ada yang sesat2 barat bagai.

Selepas selesai acara berucap dari vip serta pengasas susuibu.com, bermulalah pula acara penyusuan secara berjemaah selama 5 minit. Ada yang nak menyusu, ada anak yang takmau, maybe dah kenyang ke hapa atau excited nak tengok sekeliling dan sebagainya, macam-macam, layan je laaa.

Dikala semua orang membuat penyusuan berjemaah didepan, azri pun tak ketinggalan membuat penyusuan EBM secara solo yang ditemani oleh hubby ku di belakang dewan, huhu! Kami tak qualified ler nak join acara tu..hihi!

Setelah selesai sesi penyusuaan beramai-ramai itu, semua yang hadir menjamu selera untuk seketika sebelum bermula acara-acara kekeluargaaan yang telah dirangka. Acara dimulai dengan acara bayi merangkak. Bila dah ramai2 bersorak tu konfem yang ada bayi yang takut, nangis, tak jadi merangkak, yang excited pun ada, yang pasti azri aku statik jer dekat garisan permulaan tu, siap posing2 je kat situ, huhu! Last2 aku yang merangkak ke dia adalah!. Anak siapa yang menang aku tak pasti la pula.

Yang ni pula acara ‘mengendong bayi’. Entah macam mana nama aku tersenarai lah pula, apa kes! Sling/pouch takda, nak gendong cemana..haha! Aku tak sempat nak snap gambar banyak sangat time ni sebab aku tengah ‘bukak kilang’ (mengepam la tu, haha!). Yang ni pun aku snap dari jauh kat belakang dewan tu.

Hah, ni time aku tengah ‘bukak kilang’ lah ni. Diorang ni suka betul amik gambar time aku tengah mengepam lah. Sama juga macam kes gi gathering kat umah aishah ni dulu. Dari kiri fiza, akma, aku dan thu yang lentikss itu,haha!

Cuba kalian lihat MC yang berbaju hijau itu. Ada macam penah lihat kah? Ku pun mula2 macam penah lihat, tapi dimana ya. Sampai thu bagi tahu aku yang tu la farah yang nyanyi lagu ‘bagaikan puteri’ dulu tu, baru aku ingat. Haha, pose jangan tak pose. Buat2 kenang-kenangan..

Yang ni lak gambar aku dengan bakal usahawanita kita, herniHPA di booth dia serta THU (minah enterframe, hihi). Herni jual hand made pouch dia yang berjenama mylittlebooth (ye kah, ya ampun kalau salah mbak herni) dan juga shawls pada hari kejadian. Kalau kalian berminat nak merasa air tangan pouch dia, leh lah gi melawat ke mylittlebooth yer. Murah2 jer beb!

Sempat gak bergambar dengan (dari kiri) kak shiha, kak zatul, dan kak rita. Sian kak zatul sesat barat sampai sms aku camana nak sampai ke tempat kejadian dari tol kajang. Ramai gak yang sesat nak cari dewan tu tak jumpa pada hari kejadian tu.

Yang ni lak (dari kiri) akma yang ramah tamah, kak shiha enterframe lagi hihi, aku dan yokoyopoyo aka shaza

Bergambar di booth pula (dari kiri) aku tak sure lah tapi kalau tak salah yanti3, ayukhairi, yang depan tu mamidamia, yang terselit belakang mamidamia dan sebelah THU tu kak rita, aku dan luvhaziqSetelah habis semua acara, sempat gak berbual-bual dan bergambar dengan kak kamariah dan ibukauthar aka salwa. Sehari sebelum hari hari kejadian kak kamariah ada call untuk konfirmkan sponsor hadiah untuk acara2 pada hari susu ibu tu dan minta aku untuk tolong2 la skit pape yang patut acara tu nanti memandangkan, puan akma yang incharge acara tersebut terpaksa datang lewat (tak lewat mana pun, sempat aje muncul), last2, lain lah yang berlaku, aku tolong tengok2 je adalah, ya ampun, hihi! Walaubagaimana pun acara2 tersebut telah berjaya dihandle oleh beliau dan MC yang hotzz ituw.

By the way, thanks a lot kepada penyeponser hadiah-hadiah untuk acara-acara tersebut iaitu diri aku juga hihi, aisyah yang menyumbang Medela Harmony (waww), maryaaa menyumbangkan 2 set CM cd dan 1 nursing cover, THU dengan 3pcs leggingnya Herni menyumbangkan pouchnya, kak shada pun bagi pouch juga, nik_mm dan tudung2 bawalnya, niznim menyumbang pumpin pal dan alin arman menyumbang set mandian herba. Terima kasih daun keladi, kalau ada tambah lagi!hihi.

5 thoughts on “Hari Susu Ibu

  1. mamanoa says:

    jelesnyer..aritu da trun kl ajak cik somi singgah saner..tpcik ingat aku memain jer..trus nonong gi tmp lain..sedey..sedey…

  2. Hayatie says:

    mamanoa: la..await tak singgah..seronok tau..kalau tak dah dpt beramass mesra kita

  3. Ely Hasrul says:

    huh terkilan aku nk pg xdek mmber.. cis…

  4. Nik Ha says:

    Tie, ku copy gambo tu buleh? walaupun muka ku takde kelihatan .. he..he..nak amik suasana..

  5. Hayatie says:

    ely: lor..takda member pun takpa…sane byk lagi member,sampai dah tak tertegur pun nanti..hihi!

    Nik Ha: sila2..amik yang muke yang bam-bam tu pun buleh juga,hahah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: