Trip to ‘The momy and baby place’

Pada sabtu haritu, aku sekeluarga menghadiri jemputan pembukaan butik maryaaa, The momy and baby place di kuantan. Excited betol aku. Kali ini aku make sure, aku dapat pergi. Dah lah masa birthday baby dia kat Telok cempedak pun ku tak dapat pegi. Nak buat cemana. Langkah ku bergantung pada encik driver. Sebenarnya aku nak merasa perjalanan yang jauh tu..haha! Yo lah, boring woo asyik terperap je kat rumah.

Seronok betul azri kalau dapat naik kete. Tapi kena tunggu kete abah dia lah. Kalau kete ibu ku yang dah uzur tu sure ngamuk sakan dia, sebab aircond dah somput! Kalau dia dah panas, mule lah dia mengaruk. Kalau naik kereta abah dia….’waa wiiii wuuu’ aje dia!

Nasib maryaaa kasi direction untuk exit ke gambang. Kalau tidak, sure aku folo je signboard kuantan tu terus. Katanya kalau dari gambang lebih senang nak direct ke bandar kuantan dan seterusnya ke kedai dia. Mula-mula pun aku cuak juga, risau sangat kalau sesat barat ni. Kalau aku drive takpa. Nasib selepas exit dari gambang tu, direction ke kedai dia agak mudah cuma adalah teraba-raba sikit cari jalan beserah tu. Nasib kedai dia kat tepi jalan jer. Dari jalan tu aku dah nampak signboard ‘The momy and baby place’ tu. Legaa, akhirnya jumpa juga

Cam biasalah, sampai2 sure azri melalak2 dulu, pasal dia tak biasa kalau pergi satu2 tempat yang baru tu. Lagilah kalau kat tempat tu ramai2 orang , budak2 bagai. Maklumlah, banyak masa di rumah je sambil teman ibu dia blogging, huhu! Nasib kedai maryaaa banyak toys, ter-distract la jugak dia dari asyik nak nangis tu. Kadang2 sambung nangis balik, kalau teringat.

Macam-macam aktiviti azri kat situ, naik bouncer (walaupun dah tak muat dah dok dalam tu, tapi aku letak je lah, layan je lah azri oii). Pastu main laptop dan tah hape2 lagi lah toys yg ada kt situ.

Tahniah lah pada maryaaa kerana setelah bersusah payah mengharung pelbagai cabaran (ye ye aku tokok tambah cabaran2 ni hahaha) akhirnya, berjaya juga beliau merealisasikan sebuah kedai idaman. Dan aku pula pada hari kejadian dah macam-macam ala-ala fotographer tak bertauliah je, hehe!

Terdapat beberapa sudut2 seperti sudut BF, mini library dan sudut2 yang lain (coming soon agaknya,hihi)yang diubahsuai mengikut citarasa tokey kedai ni ke arah sokongan penyusuan susu ibu ini. Ianya tidaklah se ‘gah’ mana pun, tapi ianya adalah satu permulaan yang positif. Aku sangat berbangga dengan beliau ni, gigih betul. From ‘Zero to hero’ lah aku kenal si maryaaa ni. Ingat lagi zaman-zaman aku beli cooler beg AR dulu. Dari 1-2 item jer dia jual dalam salesblog dia sampai lah dah bukak kedai ni.

Oleh kerana esoknya aku ada program ‘Hari Susu Ibu’ pula di dewan mpkj, kami kenalah bergegas pulang ke kajang balik. Kalau tidak boleh juga stay semalam dan pusing-pusing bandar kuantan dan sebagainya. Takpelah, maybe next time ke, bila2 aku buat sport check ke kedai dia..hua hua hua! Sebagai kenang-kenang sempat lah aku bergamba dengan tokey kedai ni. Mana tahu sok2 dah femes, tak sempat nak bergambar lagi dah, huhu!Baru aku terasa tinggi juga rupanya aku ni, hihi! hah, yang pasti itu bukan ring sling aku, saje jer eden torai, alang-alang dah ada dalam kedai tu kan. So selamat maju jaya to maryaaa. Esok2 jangan ler lupa rakan-rakan mu ini.

5 thoughts on “Trip to ‘The momy and baby place’

  1. nikhazifah says:

    yatie, tenkiu..mu merawat kekecewaan ku tak dpt ke sana..

  2. Hayatie says:

    nik: takpa2..nanti mu balik klate kan buleh singgah…sejalan je tu

  3. asmaa says:

    maryaa dah bukak kedai…bagus nih…
    saya dok jengka…kira dekatlah nak ke kuantan, 2 3 bln sekali gie kuantan…hehehe….orang jauh lepas ke sana…malu…malu…ape pun…enjoy lah yatie kat situ…leh terjah nih🙂

  4. Hayatie says:

    asmaa: wahh..boleh sangat lah tu..kalau balik sana, koling2 lah dia, sure dia suke orang datang kedai dia..🙂

  5. nikhazifah says:

    ku tak lalu kuantan kalo balik klantan..cadang nak jmpa dia masa raya.. dia raya kat machang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: