I need those ’30 oz’ back!

Yeay, output kembali sediakala selepas aku tidak minum habbatus sauda itu. Satu hari ini tanpa minum tu aku dapat total 32 oz, alhamdulilah. Kenapa tetiba jer aku nak try habbatuss sauda itu?. Hmm, kerana azri ku dah hampir mencecah 10 bulan. Jadi aku agak2 terfikir yang lambat laun output susu ku akan berkurang. Kebetulan lately ni, output aku hanya sekitar 27-29 oz sahaja, tak macam dolu-dolu. Kalau tiba time banyak dapat la sehingga 34 oz. Masa diBP, output yang agak selow buat aku, maybe sebab aku letih. Segan nak mintak tolong mil buat itu ini. Kalau dengan ibu aku, selamba je aku..hahah!So hargai ler ibu-bapa walaupun kadang-kadang mereka ini bikin ‘panas telinga’ jer kekadang.

Oleh sebab penurunan yang tak seberapa tu yang buat aku cemas sebentar dan melatah, kadang-kadang terfikir, adakah ini petanda kepada penurunan dalam milk production aku? Oh aku tak sanggup nak bayangkan kalau ianya tiba sekarang. Kalau tiba masanya penurunan itu, biarlah ketika azri sudah setahun lebih kelak, hopefully tidak. Itu yang buat aku terfikir nak try bermacam benda nak tambahkan susu. Last-last tak serasi. So i’m back to normal routine sahaja fenugreek, soya & oats sahaja.

Aku perlu meneruskan misi EP aku sehingga setahun ini. Aku tidak dapat membayangkan lagi jika aku terpaksa membeli fm sebab tak cukup susu. Ohh tidak, aku masih mampu menghasilkan susu yang cukup untuk azriku. Cukuplah dia merasa setin pada awal-awal dahulu. Aku perlu buktikan yang aku boleh menghasilkan susu secukupnya sehingga azri walaupun hanya dengan mengepam. (+ve thinking). No turning back! No holiday. Everyday is a rigid pumping schedule untuk aku. Dan hasilnya, aku masih lagi memerah 30 oz sehari, alhamdulilah. Hopefully ianya cukup untuk azri. Walaupun aku rasa macam tak cukup je untuk azri, huhu! Walaupun orang kata bertapa lecehnya ‘kerja’ aku ini. Hanya aku dan EP’er2 yang seangkatan dengan ku sahaja yang tahu pengalaman ini. So all da best pada aku dan EP’er2 yang lain. Keep on pumping bebeh!

6 thoughts on “I need those ’30 oz’ back!

  1. Liz says:

    bagus! teruskan usaha. kita masih ada 14 bln utk cukupkan 2 tahun. now, ku target utk setahun. lps tu dah senang sikit kan sbb anak dah kena mkn dgn teratur.

  2. Mama Shinta Musraika says:

    salam,

    ku masih dok jeles dgn mu hayatie… walau pon mu ni fully pumping jer.. tapi penghasilan masih boleh capai 30oz perday. shinta ku dah nak masuk setahun ni. tapi penghasilan ku sekitar 7-8oz saja untuk opis hour tu. mujurlah mlm dia fully BF. ku bangun juga pumping tgh mlm tapi hasil tak seberapa sebab Shinta BF hampir setiap 2jam. kadang-kadang tu setiap satu jam dia BF. so tgh malam biasa ku dapat 0.5-1oz saja. tapi ku tahu masalah utama ku : masa keja pump sekali jer- lunch time. itulah yg jejaskan penghasilanku.. Sedih.. tensen.. tapi nak berenti keja & cari keja lain yg mungkin membolehkan ku pump setiap 3 jam .. susah tu!

    ku hanya mampu berdoa moga-moga terus ada rezeki buat Shinta Amin..

  3. Ely Hasrul says:

    aku dok parah and tgh pujuk ati xpe kalu mix susu sami dia pon dh masuk setahun setgh.. huwaaaaa..

  4. Hayatie says:

    liz: ye, target ku pun untuk setahun ini dulu..mudah2han dipermudahkan…

    mama shinta: ku faham kesibukan mu di tempat kerja, nak buat cemana ye dakk, kita dah cuba sedaya upaya!Apa-apa pun, walaupun brapa byk yang kita dapat pun, tu lah rezeki untuk anak2 kita. Hopefully tugas kita dipermudahkan oleh Allah S.W.t, Amin!

    Ely: Takpa ely, mu dah wat yang terbaik selama setahun setengah untuk sami tu.. mu dah start mix kan susu sami kah?

  5. asmaa says:

    memang seronok baca milk production yatie…
    wlpn ank saya dah setahun 2 bln tapi saya tak sanggup lagi nak slow production…ia semakin 'bergayut' dah kenal mcm2 nih…

    fenugreek jenis aper yatie guna…

  6. Hayatie says:

    asmaa: takpa, lagi kerap die bergayut lagi bagus kan, banyak stimulation. yatie beli brand GNC fenugreek tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: