Reverse output?

Sejak aku balik ikut hubby ku ke batu pahat dari 12 hb haritu hinggalah hari ini. Dah seminggu lebih. Azri pun dah tak takut dengan Mil aku. Schedule pumping aku masih seperti biasa. Masih konsisten. Alhamdulilah mil aku faham dan banyak membantu. Tapi yang hairannya, output pumping aku berubah tak seperti semasa aku dikajang. Total output per day alhamdulilah masih lebih kurang sama. Masih +-30 oz per day. Cuma hari jumaat yang lepas total output aku menjunam ke 23 oz untuk 7x pumping session sahaja. Maybe sebab aku agak stress.

Dan start hari jumaat itu aku putus stok soya,susu dan oat. Bekalan yang aku bawa dari kajang semuanya dah habis. Bila takda susu aku tak bleh nak minum oat juga. Rumah mil aku lak hanya ada kopi,teh dan milo. Dah tentu aku tak minum milo. Hubby lak sibuk beberapa hari ini, hingga aku takda transport nak beli barang2 kemestian ku itu. Lagi la frust. 4 hari aku cuma minum air masak, air masak dan air masak dengan fenugreek.

Dan sepanjang itu, susu ku berubah outputnya setiap sessi. Kalau semasa dikajang aku, pada awal pagi, output yang didapati sebanyak 7 oz kemudian 5oz, kemudian 40z dan 3-3.5 oz selepas tengahari, petang hingga ke malam, semakin lewat hari, semakin kurang. Tapi kat batu pahat, sesi pumping aku pada awal pagi hanya 5 oz, kemudian 2 oz, pastu 3 oz, pastu 3 oz lagi sampai petang, tapi menjelang malam, mula dapatagak banyak semula, 3.5-4 oz sampai tengah2 malam.

Secara ringkasnya, dari pagi hingga ke petang aku dapat ciput, tapi bila menjelang malam hingga ke tengah malam, aku mulai dapat banyak. Situasi yang sebaliknya berlaku jika aku di kajang..hmm. Tak kisahla yatie, asal tak kaput sudah ler..

3 thoughts on “Reverse output?

  1. Normaliza says:

    yatie, apa kata mu buat sendiri je air soya..lagi sodapšŸ™‚

  2. Ely Hasrul says:

    sami skang by tghari susu dia dh abis tp dia xmintak sbb sebok main and makan.. nk kasik lebeh mmg xdek stok.. tgh berura2 nk add pediasure tapi dh benti keje nih.. xdek psl la.. mmg ku direct aje ahhahahaa

  3. Hayatie says:

    liza:kalau la ku sempat, sume ku nak buat.(haha, kata la malass,…huhu)

    Ely:Haha ko dah benti keje kah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: