Tiada Blutut..

Aku boring. Tak dapat nak tepek gambar2 azri ‘bercoti2’ di bandar Batu Pahat ni. Sebab aku tak bawak blutut (bluetooth). Data cable pun takda. So nak meroyan n3 pun ada macam kureng sikit. Hubby aku pun selalu takda siang hari. Balik kejap2. Nak kena pantau budak2 dia tengah keje cat jalan sepanjang jalan tanjung labuh hingga simpang rantai. Nak masuk ke bandar Batu Pahat. Camtu lah keje bila tak makan gaji. Gaji yang makan kita. Tapi atleast hubby ku seronok sebab buat bidang keje yang diminatinya iaitu civil works & construction. Dia memang tak mau makan gaji. Sampai dengan aku aku sekali pun terjebak.

Haritu kami pergi melawat baby kawan hubby aku. Still aku selit2 juga kebaikan untuk exclusive BF ini. Hopefully dia akan bersemangat utk fully breastfeed baby dia. Sambil borak2 dgn Mil dia juga. Terkejut, sebab aku katakan yang anak aku fully breastmilk feed tapi tak pernah menyusu badan. Sebab Mil dia ada typical BF Myth yang mengatakan kalau pam susu akan lagi kering. So aku esplen la dengan panjang lebarnya. Mil dia cikgu. Sebab aku berfikiran kegagalan untuk menyusukan anak bukan lah menjadi penghalang untuk masih memberi susu ibu juga.

Sepanjang kewujudan blog merapu aku ni. Ada juga yang memberitahu aku yang selama ini beliau tidak tahu yang walau anak tidak direct rupanya kita masih boleh sustain pumping sahaja, sehinggalah beliau terbaca blog aku ini. Kerana beliau pun telah berhenti dari menyusukan pertamanya dahulu setelah anaknya tidak mahu BF selagi selepas 3 bulan.

Kali ini adalah jangka waktu yang agak lama aku stay rumah mil aku selepas aku bersalin. So mil aku dapat gambaran sepenuhnya aktiviti2 EP aku sehari-hari. Sampai pagi tadi mil aku tanya, pukul 3 pagi masa dia nak gi toilet, aku kah yang terponggok sorang2 dalam gelap mengepam sambil ngadap laptop. Sungguh dia tak sangka sampai begitu skali aktiviti mengepam aku. Dia ingatkan aku just pam pada waktu2 tertentu sahaja. (FYI, untuk sesi pumping 3-4 pagi ni aku perlu on ngadap lappy bagi mengelakkan aku tertido sambil mengepam. Pernah jadi woo, sedar2 aku dah terlajak sejam mengepam. Rupa2nya aku dah terlelap sambil duduk..hoho!).

Mil aku kata lagi, kalau dia lah, sure dia dah surrender, minum la ko susu tepung je. Mil aku ni pun fully BF anak2 dia yang seramai 9 orang itu sehingga setahun lebih rasanya juga. Maklumlah, dia ni orang susah dulu. Kalau tak menyusu, mana mampu nak beli susu tepung ni hah! Tapi atleast die compliment effort aku ini. EP alone sebenarnya agak sukar kalau tiada pemangkin atau pembakar semangat untuk meneruskannya. Dalam kes aku, tindakan aku untuk mencoretkan segalanya diblog adalah satu usaha aku yang tepat pada masanya. Sekurangnya dapat mengurangkan risiko ‘hangat2 tahi ayam’. Eheh!..terpanjang lak kemeroyan aku ni.

6 thoughts on “Tiada Blutut..

  1. kakngah says:

    xblh blutut… mms jek terus ke blog.. lg senang..

  2. Hayatie says:

    kak ngah..meh ajarin daku mms ke blog tu…

  3. Ely Hasrul says:

    seminggu dua nih aku dh start pam time mlm.. tu pon awal mlm.. sekalik or dua kalik.. semata2 sbb stok sami dh kurang.. kalu idak hampehh..gile respek kt mu..

  4. ibu dania says:

    salam kak hayatie.. cam ner nak tau erk kalau ppum ada wat kursus/xtvt cam ni agik yerk??? berhasrat sesangat nak lebih berpengetahuan tentang bf ni.. mana ar tau bleh jadik perintis kat sabah ni.. pepaham je la sabah ni, nama jer sepital rakan bayi… tapi hampehhhhh!!!!

  5. ibu dania says:

    alamak.. salam post comment ar.. ingat nak post kat first step… sori kak yatie…ahaks…..

  6. Hayatie says:

    ely…haha, skang mu paham la apa yang aku rasa…mu jgn gitu..klu aku dok seblah umah mu..mau aku ketuk umah mu kol 3 pagi kejut mengepam..muahahaha

    ibu dania..kursus ni berbayar..kena contact ppum ajk yang incharge berkenaan kursus ni..akak pun tak sure sgt..sbb ada kawan yang urus registration utk akak..akak just attend jer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: