Pam selepas BF

Terpanggil nak bercerita mengenai isu pam selepas BF. Sebab aku rasa ramai yang rasa dan berfikiran ‘kalau pam lepas menyusukan anak, nanti bila anak nak menyusu lagi, tak cukup’. Ye kah? Sebab ramai yang takut susu tak cukup pas BF kalau pam kasi habis. Mengikut pembacaan aku yang tak seberapa ini, kecemerlangan susu kita (wah cemerlang) dikendian2 hari adalah bergantung kepada pemulaan yang baik pada awal-awal 1-2 bulan kita menyusukan. Jika kita secara efisyen menyusukan (pada yang BF fulltime) dan pemerahan yang konsisten (bagi yang memerah sahaja atau yang BF+perah), kebarangkalian production susu akan meningkat dan konsisten sehingga satu tahun penuh adalah tinggi ditambah faktor minda yang +ve.

Jadi, kemungkinan kuranglah komplain ‘susu merudum’ bila anak dah mencecah 6 bulan keatas atau ada yang 3 bulan pun susu dah kadang2 on off. Kenapa leh jadi begitu? Cuba buat analisis kembali jadual BF+pam setelah kembali bekerja, adakah sekonsisten sewaktu dalam pantang? Kadang2 bila pulang dari bekerja pun kita tak terus BF sepenuhnya juga, ada yang BF sekejap2, berhenti, anak dah main2, anak tido lama sampai ke pagi, nak buat kerja itu ini dan macam2 lagi yang sekaligus mengurang kekerapan untuk BF setelah pulang kerumah. Perlu diingat bahawa pada ketika ini, hormon (endocrine system) sudah tidak memainkan peranan penting dalam pengeluaran susu lagi, pada ketika ini pengeluaran susu bergantung sepenuhnya pada kekerapan breast dikosongkan (autocrine system).

Pada yang rasa breast agak2 tak kosong selepas BF, cuba2 lah bawak mengepam. Tak payah lama sampai 30 minit tu. Untuk yang pam selepas BF memadai sekadar 10-15 minit sahaja. Jangan risau tak cukup susu bila mengepam selepas BF. Sebab aku dah pernah buat eksperimen ini (bukan eksperimen BF, haha!). Nak tahu berapa banyak susu aku yang sedang diproduce selepas satu jam breast aku dikosongkan. Pada satu sesi pumping (waktu petang) selepas aku mengepam (pada ketika itu jumlah perahan adalah 4oz), kemudian selang sejam aku terus pam lagi, dan jumlah perahan yang aku dapat ketika itu adalah bersamaan 60ml=2 oz. See? dalam sejam selepas breast aku dikosongkan, ianya mampu memproses kembali dengan cepatnya sehingga 2 0z. Tu baru sejam..dan tatkala diwaktu petang (waktu ketika kadar prolaktin agak menurun).

Pada yang anak baru 1-2 bulan ni, grab this oppurtunity to be consistent at this stage and later you will see the difference. Insyallah! Aku pun masih dalam misi EP juga ni. Everything is just solely based on my 9 months experience and reading.

11 thoughts on “Pam selepas BF

  1. Hayatie says:

    testing

  2. Ely Hasrul says:

    huwaaaaaaaaa jeles kat sessi mengepam u sbb sessi mengepam ku kena diiringi dgn teman makna kalu xdek kawan mengepam kat opis.. susah ler nk dpt letdwn.. budush punye saiko

  3. Hayatie says:

    ely..apo punya saiko ko guna ni..haha..meh join aku mengepamm ni hah..sure ko tersaiko mengepam tak ingat pasni..hihi

  4. CuppyCakeMommy says:

    betul hyati..sokong 100%..memula takut juga nak pam..then baby pula asyik nak bergayut je zaman2 berpantang 60 hari ni.takut baby tak cukup susu..tapi bila check balik,susu still ada eventho after baby bf..then pump..then half an hour pastu baby nak nyusu lagi..susu still ada..magic kan..padahal masa pump tu dah kering betul dah

  5. Hayatie says:

    cuppycakemommy…ye..bagus usaha awak pam after BF. Insyallah, lagi meriah susu awak nnti..cuma kena konsisten yer…

  6. shuzana says:

    betul2..dulu pun kak shu nyer mental pun kata ghitu..lama2 pump..mesti cepat kering..tp alhamdulillah..jadi EP sampai 8 bulan..tu pun dah kire tere dlm family ku..yg lain2 bangga bg FM tp shu bangga jd pengepum tegar..

  7. Hayatie says:

    shu: well done shu..walaupun segala kepayahan pun at the end anak2 kita minum susu kita juga..moga2 kita sentiasa kuat dan tabah!

  8. EcoT says:

    pam after direct BF,,,i find out my baby akan ngempeng lama2 kalo i pam after BF for the previous session ( selang masa-2 jam ),kalo tak pam,di isap kenyang and tido….kalo tak,,,mau lenguh kiri and kanan bahu dok netekkan anak..any expalanation?

  9. Hayatie says:

    Ecot: Pam selepas BF ini hanya apply untuk baby yang tidak berapa mengosongkan breast kita selepas dia selesai menyusu. Ada sesetengah baby yang begitu, dan mak digalakkan menambahkan sesi pumping pula selepas itu untuk mengosongkan breast dgn sepenuhnya agar untuk menggalakan lagi pengeluaran susu. Mak sendiri harus tahu sama ada breastnya kosong atau tidak, terpulang😉

  10. Nak tumpang tanya sket, tapi ni bab BF selepas pam plak…Saya baru pas pam, pastu anak plak nak susu lagi…ada ke susu? sebab saya picit, dah takde plak…any idea?

  11. Hayatie says:

    buah kedondong: selalu kta disarankan untuk menyusukan bayi sepuas-puasnya dahulu…insyallah jika bayi puas, dia boleh bertahan sehingga maksimum 2 jam. Kita perah sejurus sahaja dia selesai untuk mengeluarkan saki baki yang ada, atau pada sebelah breast yang tidak dihisap tadi atau terpulang. JIka rasa breast cukup kosong selepas menyusu, boleh saje jika tidak disambung dengan pemerahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: