2nd day @Batu Pahat

Hari ini dah masuk hari kedua ku di batu pahat. Kali ni aku nak ikut hubby ku balik ke sini. Maklumlah dah hubby ku keje kek sini nak buek cemano. Kalau tak every weekend die je yang balik ke kajang. Dulu sebelum ada azri memang aku dok kat bp ni, 2 tahun gak aku on off bp-kajang. Tapi lebih banyak bp. Kajang umah mak aku. Bp lak umah mil aku. Camnilah hidup bila keje sendiri. Lebih banyak kat luar rumah dari dalam rumah. Lepas ada azri, aku lebih banyak stay dikajang dengan ibu ku. Sebab malas nak angkut barang-barang pegi balik. Yo la, macam2 woo nak kena angkut bila dah ada anak ni, tahu takpa.

Oleh kerana dah hampir 9 bulan juga aku tak panas bontot dibp, so aku decide nak balik lama kat sini. Ibu ku udah berkaca-kaca matanya. Taklama, lebih kurang 2 minggu kot, sebelum aku berangkut balik ke kajang. Camana aktiviti EP ku bila kat rumah MI? Maklumla, MIL aku tahu gak yang aku ni pumping, tak berapa nak tahu sangat la. So MIL aku very helpful juga la bila tiba time aku nak pump. Tapi yang kelakar, die pelik sebab aku baru pam tadi, pastu nak pam lagi, so dia tanya ada ker susu ku. Sebab ku lom makan lagi. Dia tak tahu sangat yang aku kena mengepam 2-3 jam sekali. Soklan yang sama ibu ku penah tanya masa awal2 aku pumping dulu, jap2 pam, ada ke susu tu lagi?Tapi ibu ku dah faham.

Tapi series, aku lebih letih skit berbanding kalau aku dok dgn ibu ku. Sebab almost everything dari masak bubur, kasi makan, kasi ebm, tukar diaper, sidai baju, etc aku yang buat. Kalau dengan ibu ada juga pembahagian2 tugas, muahaha!Takpe, kira macam berdikari juga la ni. Tapi yang peliknya, aku lebih konsisten mengepam dari aku kat umah aku, haha! Kalau kat rumah ada macam tangguh2/malas2, huhu!Ni baru dok dengan Mil/ibu ku pun dah macam ni. Esok2 dok rumah sendiri lagi haru. Hubby ku lak memang plan nak menetap dibatupahat, hometown dia la katakan. Lagi pun mata pencarian die pun disini. So kena lah aku akur. Ni ibu ku lom tahu lagi, kalau tahu sure berkaca-kaca lagi jawabnya. Maklumlah, kami berdua je yang tinggal diatas muka bumi ini, anak-anak lain takda, ayah pun dah takda. Tinggallah aku dan ibuku. Manatahu kendian2 ada plan2 aku buka Kumpulan sokongan Laktasi dibatu pahat pula..hahah! Meh join acik…

Owh..pencarian template aku belom berakhir lagi ni..huhu! tak puas hati lagi ni!

Keep on pumping yatie!3++ month to go! Sebelum ke next phase!.

8 thoughts on “2nd day @Batu Pahat

  1. Ely Hasrul says:

    tie u kena tolong i.. dh byk kali dah..bila pam susah betol nk dpt letwdn.. susu selalu pekat tp xletdwn.. eeeiiiii

  2. Afne says:

    hayatie, bp kt ne? klu afne ada gak kt kg mesti kita leh jumpa.

  3. Mrs Azarol says:

    yatie, kalo lom makan lagi..susu pekat atau cair. mkn sikit la, at least minum milo to get yg pekat tu

  4. Hayatie says:

    ely..pekat2 tu selalu berapa oz skali dapat?..ku pun ada kes member anak dah over 1 year, susu die pekat giler.Maybe foremilk ko dah kurang kot, minum air byk2 la dan cube mu buat power pumping ker

    afne..batu pahat katne?

    mrs azarol…yatie lom experience lagi susu pekat..so far susu ok lagi…

  5. Azrina bt Mohd Tajul Ariffin says:

    Sedih pulak aku baca pasal emak ko Yatie…

  6. kakyong says:

    Tha,
    baru anak 1, dah letih masak, salin diapers etc…
    kakyong ni anak 3, seme buat sendiri… xde saper nak tolong… okey jer… cuma kena pandai2 jaga emo jer lah.. ahahahaaa..

    ooo, selama ni dok dgn mak yer… baru lah ku tahu… dah tu la ni maknyer sensorg jer lah kat rumah yer…

    ada tag utk mu… sila lah buat yer..
    http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2009/07/tag-dari-idanizam.html

  7. Fizah says:

    saya sokong Kumpulan sokongan Laktasi ituu..jgn lupa jemput sy join if jadi ya! :p

    (eh, tiba2 je masuk..salam tuan umah ;p)

  8. Hayatie says:

    ina…sedih kaa…sayang2 buah kepayang juga ni..

    kak yong..tula, bile dah full time SAHM ni, emo dan diriku mcm tak dpt nak dipisahkan,huhu..

    Fizah.. ye kah..insyallah..doa2kan la…angan mat jenin je tu…hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: