8++ months EP

Kenapala lately aku semakin selow nak buat n3. Malas betul. Bila datang blank idea. Susah betul nak mula. Ada jer tak kena. Series, aku jadi kaku betul nak tulis apa kat n3. Sambil2 aku mengimbau kenangan2 lalu. Rasa2 macam baru kelmarin jer aku mula mengepam. Tak sangka dah dekat nak 9 bulan juga. Tak sangka aku dah pergi sampai tahap ini. Betulah kan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. So tak mustahil untuk dilakukan. Tiada alasan sebenarnya bila orang asyik dok kata its impossible. Senang je aku jawab ‘ been there done that!”. Ada juga yang tanya kenapa aku berEP ni, boleh la kalian godek2 balik n3 lama2 aku yang dah bersawang tu. Takda sebab musabab yang berat pun. Memang dek kerana kecetekan ilmuan aku ini.

Kenapa aku menepek gambar 2 botol EBM tu eh, haha!. Saje aku nak tepek sesi perahan aku pada pukul 10 pagi tadi bersamaan hari ahad. Tu untuk hasil kedua2 belah breast. Botol kiri adalah total output untuk breast kiri aku dan botol kanan total output untuk breast kanan. Beza giler kan?. Aku dapat 3.5oz untuk breast sebelah kanan dan hanya 1.5 oz untuk belah kiri. Sebenarnya, breast kanan aku memang agak kureng skit outputnya. Tak tahu le ngapenya! Tapi yang aku perasan breast kanan ni, memang nampat 2-3 liang jer yang keluar susu. Berbanding dengan breast kiri yang mempunyai lebih dari 5 liang yang aktif.

Aku berpendapat keadaan ni berlaku kerana pada awal2 dulu, Time aku leh bagi BF kat azri, time tido malam2, aku banyak dulu breast kiri berbanding kanan. Boleh dikiralah kanan tu berapa aku aku switch. So, kini, breast kanan mengambil masa yang agak lama untuk dikosongkan dek kerana flow dia yang tak banyak. Orang kata aku kene plugged/blocked duct. Tapi memang dari dulu hinggalah laa ni macam tu la flow die. Tapi so far tak pernah lagi lak sampai jadi bengkak, berketul2 cuma dia agak selow nak keluar. Dulu, kalau time breast full, belah kanan tu aku leh dapat sampai 3 oz max, tapi lately ni paling tinggi pun 2 oz. Owhh adakah kerana aku tidak mengosongkan breast kanan itu betul2, so FIL(feedback inhibitor lactation) bermaharajalela disitu.

Dan yang paling obvious, storage capacity kanan lebih banyak dari yang kiri. Dan of course, size pun lebih besar dari yang kiri, ngeh! Pada awal pagi breast kiri aku mampu memproduce maksimum 6 oz dan kiri hanya maksimum 3 oz!Sampai ke petang dan malam, average 3 oz untuk breast kanan dan 1.5 oz untuk breast kiri. Secara keseluruhan, milk production aku masih maintain lagi, alhamdulilah!Tidak berlaku lagi peruduman besar-besaran. Adakah kerana aku tak period lagi? Oh, aku agak risau ramadhan yang bakal menjelang. Harus aku ganti puasa aku yang lepas. At the same time, leh kasi body untuk ambil feel, takdalah terperanjat bila nak start puasa nanti!

10 thoughts on “8++ months EP

  1. CatlinaFly says:

    hmmm samelah..my right breast, perah 4-5 hari sekali pun takde hal..kalau yg kiri byk betul sekali perah dpt mcm u juga 3.5 – 4 auns, skrg si tecit tu dah balik umah, tak sempat perah, dia yg setelkan! heh

  2. izzahazfar says:

    haah kak..
    zah punyapun sama..

    yg belah kiri tecik ajer..
    leh dapat 2-3 oz
    tapi kalau belah kanan..
    10ozpun boleh kak..
    nape yek…?

  3. ADILA says:

    xpe yati teruskan usaha awak..suke tgk awk berjaya walaupun pumping je

  4. Liz says:

    org kata, belah yg bg baby minum tu akan byk. tp ku terbalik. belah yg bg baby tu yg sikit. tp ku pasan, liang tu pun sikit.

  5. Ely Hasrul says:

    bile aku baca entry susu ko musti aku cam.. 'ya allahhh seb beik aku xmcm ko' serius gile respek.. sbb aku xtau kalu aku jadik ko mampu tak buat mcm nih.. seb beik sami xkonpius cam azri..dan seb beik sami reverse cycle.. kalu dia kuat susu time siang mati gak aku nk perah..

  6. Mama Shinta Musraika says:

    Salam hayatie..

    syahdu jer ku baca bila mu cakap dah hampir 9 bulan journey mu fully pumping ni.. ku faham mcm mana mu rasa jerih payah melaluinya. Ku sendiri kekadang kagum dgn diri sendiri mesti pon ku ni BF+pumping-lots of mommies boleh buat.Tapi still.. ku rasa ia sukar tapi seronok.. bangga.. bahagia.. tak lama lagi shinta 11 bulan so makna dah almost 11 month ku perjuangkan memberikan breast milk buat dia.. byk cabaran.. suka duka.. indah dan seronok detik 11 bulan ni🙂

    ku doakan next baby mu dpt nikmati saat-saat indah Bf baby insyallah…

  7. Hayatie says:

    catlina & izzahazfar..oo..korang pun same gak yer..tu lar ku nk tahu juga nape leh jd gitu..

    Adila..mekaseh diats sokongan awak yer..terharu daku!

    Liz..uir..Pelik gak ekk..

    Ely..ni la kisah EP ku utk ketika ini..semuanya semata2 nk mberi ku semangat!Serius..

    Shinta_mum..betul tu..apa2 pun kita kene bangga sbb dpt bg susu kita sendiri..bukan senang tau…

  8. ummuabdullahsyaakir says:

    Salm Hayatie…dah lam tak jalan2 blog ni…suka sgt sbb dapat tgk usaha yati mengepam susu…terasa semangat nk susukn baby 2nd dgn susu sendri.Nak tanya,macamna Yati tambahkan susu?ada makn apa2 supplement ke?

  9. Hayatie says:

    ummuabdullah syakir..thanks yer..insyallah semangat nk BF 2nd baby ni mmg membuak2 ni,hihi!Yatie amik fenugreek disamping minum soya,oats serta air yg byk setiap hari..tu jer!

  10. kakyong says:

    kakyong plak terbalik.. kanan lebih drp kiri..

    nak tambahkan susu ni kdg2 tgk pd keserasian bdn..
    kakyong kalo minum soya @ apa jua produk berasaskan soya cth tempe, the next day B akan jadi keras.. rasa mcm bawa 2 ketul batu di dada… kdg2 sampai meleleh air susu…
    so selalu kena ingat, nak amik makanan berasaskan soya, 1 kali 1 minggu jer.. & tak leh byk2.. itu kakyong.. org lain mungkin beza…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: