Update EBM

*Fresh EBM ku yang dah ada 7 botol, yeay!Sila buat2 taknampak salji yang membukit itu..(ye laaaa..nanti aku cuci laaa..hahaha!)

Ini untuk motivasi diri ku semata-mata. Yeah! kesinambungan dari ebm ku yang tinggal dua akhir aku berjaya merapatkan barisan ebm ku didalam fridge ku yang dah tebal saljinya itu..huhu. Wahh..ku suke, ku senang hati dah sekarang. Macam mana aku leh catch up senang jer, meh folo tips lagi-lagi ini dari aku..haha:

1. Pastikan yang anda belum period lagi, mcm aku yang tak peod dah masuk 8 bulan ni (padahal sebelum preggy, period aku amat konsisten monthly tak pernah miss). Kerana ku berpendapat, once kita dah start period bermakna hormon untuk menggalakkan susu juga akan terus terjejas secara tidak langsung, ini teori aku semata-mata..haha!). Jika anda belum start period lagi, tiada masalah susu merudum mcm daku..huhu (provided anda BP/pam dgn konsisten)

2. Minum air satu jam sekali di selang-seli dengan soya. Keburukannya, ya, anda akan berselang-seli ke toilet juga. Tapi kebaikannya (pada aku lah) dapat extra oz daripada biasa. Tak banyak adalah dalam 1-2 oz jer.

3. Aku buat 2x pumping session diantara waktu pukul 1 pagi hingga 5 pagi itu. Selalu aku pump 1x kali jer waktu ni..syiokk tido seh! Kesimpulannya, aku dah pumping non-stop 24 hours dari siang..haha! Takpa, demi anakku yang tersayang!

Update stock frozen setakat 19/6/2009: ada 26 botol jer dari 50 botol yang sempat aku kumpul awal2 dulu. Orang lain lagi banyak!. Walaupun sedikit jer, sebagai pengepam tegar yang anak tak direct langsung selama 8 bulan ni, iainya satu kebanggaan dalam hati aku yang tidak terperi..eheh!Kalian jangan geli-geli dulu! Kalau nak menyampah dulu, sila baca statement aku kat ‘warm welcome’ itu yer..hihi!

9 thoughts on “Update EBM

  1. shuzana says:

    bagus2..teruskan usaha anda..jgn give-up ok..

  2. ibu_arifa says:

    hoho..patut ku punya makin kurang.. ku dah sekali dgt period dah last month..
    tahniah sbb berjaya kekal "free" tanpa period..🙂

  3. umIE a.k.a saLMi says:

    wah bestnye tgk stok da btmbh..leh tuntut ilmu nih…:)

  4. Hayatie says:

    shuzana..toceh2!

    ibu arifa…aha..ku belum berperiod lagi, mintak2 la lama lagi noo. Jimat sket duit beli pad..hahaha

    salmi..tuntut ilmu apanyer, ku pun baru terkedek2 menuntut ilmu ni juga..

  5. yOkOyOpOyO says:

    wa tabik spring 18 juta kali kat mu!!!

  6. nikhazifah says:

    dalam bekas hijau kuning tu pe?dah lama ku tgk bekas tu kat situ.. bile panta mu nak habis?

  7. cintaKusayangMu says:

    chaiyok tha..chaiyok….

  8. Hayatie says:

    yoko….takziah juga diatas ebm2 mu itu.

    nik..haha..tajam betul mu selidik fridge ku itu yer..tu bubur azri ler..yg ku masak terus masuk fridge..utk mkn petang..kalau tak masuk..sampai ke petang dah masam/basi..

    Qis…toceh!

  9. mirah says:

    kira oraitlah tu yatie, mirah ni pun dok terkedek-kedek buat stok..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: