Get a life!!

Susah kah membesarkan anak bersama-sama orang tua ini? Mungkin ada diantara mereka-mereka diluar sana yang dilema kerana terpaksa duduk serumah dengan ibu bapa kerana bermacam-macam faktor yang tidak dapat dielakkan. Ramai yang mengimpikan kehidupan yang ingin dikecapi dengan berdikari dalam membina sebuah keluarga seperti yang diimpikan setelah bahtera rumahtangga mula dilayari. Tetapi adakah semua itu boleh tercapai jika ibu bapa, atau ibu atau bapa masih berada dalam bahtera itu sekali? Adakah kehidupan yang dibina itu itu boleh dianggap berdikari?.
Banyak tidak dari yang boleh, ini salah, itu tak boleh, ni tak sesuai dan macam-macam lagilah ungkapan yang kadang-kadang buat kita rasa macam nak jadi anak derhaka pun ada! Memang besar cabaranya, jika masih lagi hidup dibawah ketiak ibubapa ini. Tetapi, terpulang juga sejauh mana pemikiran kedua orang tua itu, setinggi mana level of education mereka, se-open mana persepsi dan tanggapan mereka. Mungkin, jika hidup bersama dengan parents yang boleh dikatakan agak moden, sudah tentu tidak ada banyak masalah bagi si anak untuk hidup sekali bersama-sama membina kehidupan keluarganya. Bagaimana pula, jika parents yang tidak agak modern ini? yang sukar menerima cara si anak itu membentuk keluarga? dan tentu-tentu tidak banyak yang boleh dilakukan oleh si anak itu dalam menbentuk keluarga idamannya selagi masih dibawak ketiak orang tuanya?

Bukan lah disini, mengajar untuk membuang terus orang tua dari kehidupan setelah kita telah mendapat kehidupan. Tetapi apa kah pilihan yang ada untuk si anak itu untuk memilih caranya sendiri dalam membina kehidupan itu selain daripada BERSABAR? Pasti disini, timbul istilah ‘sayang-sayang buah kepayang’, di telan mati mak, diluah mati bapak’ , dalam dilema dan berbagai2 lagi istilah. Sesungguh amatlah menjadi satu cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga kita ini apabila sebumbung bersama-sama dengan ibu-bapa. Banyak hati-hati yang perlu dijaga dan yang pasti hati sendiri la juga yang kadang-kadang merana.

Didalam kita melayari bahtera kehidupan sendiri bersama-sama dengan ibubapa juga. Pasti tidak ada yang akan terlepas dari merasa terasa beban jauh didalam sudut hati, ditambah lagi lah jika kedua orang itu sudah uzur. Tapi dek kerana tanggungjawab sebagai anak dan tidak mahu dicap sebagai anak yang tida mengenang budi serta mengharap ganjaran dari Allah S.W.T kerana menjaga dan membela kedua ibubapa kita kelak. Renung-renungkan kisah ini;

Pada suatu hari khalifah Umar ra. dikunjungi seorang lelaki. Lelaki itu berkata kepada khalifah: “Sesungguhnya aku mengurusi ibuku sebagaimana ia mengurusi diriku semasa aku masih kecil. Apakah demikian bererti aku telah menunaikan kewajipanku terhadapnya?” Khalifah Umar ra. menjawab: “Tidak”. Lelaki itu kembali bertanya: “Mengapa demikian?”. Khalifah Umar ra. menjawab: sebab sesungguhnya ibumu mengurusi dirimu dengan harapan agar engkau hidup, sedangkan engkau mengurusinya dia dan engkau mengharapkan kematiannya”.

5 thoughts on “Get a life!!

  1. Liz says:

    owh, ku pernah dlm dilema ni juga. akhirnya berjaya cuba hidup sendiri. terus terang ku katakan, hidup sendiri lebih bagus kerana boleh buat ape yg kita nak buat tanpa perlu memikirkan perasaan org lain.

  2. yOkOyOpOyO says:

    itulah sebaik-baiknya dah kawen, dok lah sendiri. memang tak boleh punya hidup ngan parents sebab parents lupa yang anak-anak dah lepas dari tanggungjawap derang. even yg tak duduk ngan parents pun sekali2 balik pun kena bedal gak ngan parents. huhuh :p

  3. herni says:

    kisah yg menyentuh hati aku~ jalan yg terbaik adalah BERSABAR sbb ia adalah ganjaran paling manis di 'sana'…

    http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/ciuman-kasih-ciuman-sayang.html

    try baca n3 nih tha…sharing is caringđŸ˜‰

  4. Ely Skin says:

    mak aku ckp

    'jgn duduk ngan mentua dan jgn duduk ngan mak pon, duduk sdr'

    hahhaha amik ko..

  5. Normaliza says:

    Ku juga duk ngn mak ku pas kawin. Bila dah sewa rumah sndr, ku masih duk dgn mak ku bila hasben ku keje mlm (ku takut..hehe). Tapi skg ku dah beranikan diri duk berdua dgn Yamin bila hasben ku keje malam. memang berbeza perasaannya..di rumah sendiri lebih bebas. Tapi ku tetap rindu nak duk dgn mak ku..ku rindu 'bebelan'nya..hehe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: