Salah EL-Nino?

Ini betul2, bukan cobaan…!..Cobaan! Sedih plak aku tengok EBM ku habis satu2. Tak tahu la kenapa. EBM ku tinggal satu jer spare dalam fridge. Dah 2-3 hari Azri minum EBM 1 jam sekali. Dan aku perah untuk diminum 3 jam seterusnya. Dan, 2 botol frozen aku ciloks tanpa dapat aku ganti balik. Mengikut carta pengepaman ku, aku masih lagi menghasilkan perahan seperti biasa iaitu 30 oz sehari dan jumlah ini sama sekali tidak dapat menampung jumlah yang azri minum dalam satu hari yang semakin meningkat!hampir mencecah 40 oz sehari, makan lagi 2x sehari!. Ini serieesss! Mari bantu saya! Sampai aku tak tertulis dah selang berapa jam skali dia akan minum. Sampai aku kasi dia makan lagi banyak supaya dia kenyang. Agar aku boleh catch-up untuk sediakan sekurang2nya 7 botol. Supaya aku tidak tensi begini. Tapi usaha ku ini juga meleset.
Tinggal 2 fresh ebm dan thawed ebm dalam cawan itu.

Adakah sebab perubahan cuaca yang agak panas semenjak dua menjak ini. Sungguh kedekut aku sekarang ini!huhu. Ni salah satu keburukan jadi EP’er ini adalah tidak boleh lari dari perasaan kedekut EBM, agak cemas bila anaknya minum lagi banyak!Dikala orang sedih sebab susu makin merosot, aku pula sedih bukan sebab susu merosot tapi sedih apesal la susu ku tak leh nak cover demand azri. Aku rasa seolah wujudnya imbalance dalam konteks supply-demand susu aku. Sampai mood aku agak terganggu dengan fenomena ini walhal takda apa yang patut aku nk risaukan cuma azri minum banyak jer. Tapi aku tetap risau juga. Kadang2 aku terfikir kalau lah azri minum tak banyak. Tapi bila fikir, apa kejadahnya memerah susu banyak2 tapi anak tak minum, takkan nak buat display kot!kalau habis pun pegi kat mana, kat dia juga. Haha, sendiri kata, sendiri jawab!ohh..aku perlukan kekuatan ketika ini!

Bila aku bukak si tadi, baca thread ’24 jam aku dan pam susu’ (ini bukan thread aku) aku nampak posting ajasu mengenaiku yang berbunyi …’Hayatie<—–EP yang sangat tabah' aku rasa macam nak nangis jer! Sebab aku terus terkenangkan perjalanan yang telah aku lalui dalam tempoh 7 bulan ni. Warggh, sebenarnya aku agak ber-emo skit harini tentang pelbagai perkara.

14 thoughts on “Salah EL-Nino?

  1. Liz says:

    doa pada Allah dan tenangkan fikiran.

    semoga susumu meriah!

    hang in there babe!

  2. ummiaqeef says:

    chaiyok! chaiyok kak! byk kan bersabar dan jgn stress² ok..

    p/s: lupe nk gtau,cd dah sampai senin lepas..tq!

  3. az says:

    teruskan usaha murni mu itu..ape pun, ini la DUGAAN namanya..kena tabahkan hati..

  4. fiza says:

    Jangan sedih2 & tensi, doa bebanyak. Ku tau mu bley catch-up.

  5. MatAhaRiKu says:

    Berusahalah!!jgn putus asa coz u r my inspiration..:)

  6. ILA says:

    be strong dear…u can do it…go tie gooo

  7. My_Aqeelah says:

    Takpe ini cuma dugaan kecil buat mu. Ku tahu ko boleh lah! Ku doakan semoga susu mu lebih meriah. Jgn tensi2 ok.

  8. Yatie says:

    ku ada susu lebih, mu nk ke ?
    ekekekkeek

  9. Hayatie says:

    Terima kasih yer korang for the support! Ku rasa azri ku kena growth spurt lagi..mmg minum byk dari biasa. Tapi takpa, akan ku bangkit menawan kembali fridge ku dengan EBM2 ku..haha..nntikan EBM ku kembali mengganas..

  10. cintaKusayangMu says:

    sbr tha…arini kita same2 mempunyai masalah yg byk….jgn give up..teruskn perjuangnmu….ku pn kena truskn perjuangnku jugak…

  11. nonnie78 says:

    salam tha..

    kuatkan semangatmu wahai si pengepum tegar! ku pun sedang berperang dengan masalah diri yang semakin tensi susu tak banyak. tambah sakitjiwa bila Manjaku itu badannya makin susut sebab sibuk nak berdiri pulak dalam usia baru 7 bulan.. minum pun main2, ku agak menjadi salah satu penyebab susuku kurang productive. tak pe… FS mu dah sampai ke belum???? mood baru dengan pump baru, mesti production lebih lepas ni.. good luck!!

  12. asmaa says:

    semoga allah s.w.t memberi kekuatan pada yatie menghadapi situasi 'mencemaskan'. yg penting suami, keluarga dan kenkawan support…yeaa…

  13. shuzana says:

    salam perkenalan dari shu, shu ni kawan aisyah..shu dulu pun EP gak..mase 1st bb..tp shu hanya mampu jd EP sampai umur ammar 8 bulan je..tak larat..mase tu aisyah blom jd tokey lg..kalau x..shu pump guna FS..dulu shu pump guna avent manual je..pump hanya 4x sehari tp shu mampu pump sebanyak 10-12oz sekali pump..kalau guna FS mayb shu bley bertahan hhingga 2 thn..insyallah..shu dulu byk amalkan mkn jantung pisang..minum byk..mkn x berdiet..horlick la..longan kering la..alhamdulillah..ada 1 lg tip..b4 nak pump kan..tanamkan dlm hati..aku nak pump harap2 dpt 10-12oz..insyallah..rezeki ammar..

  14. ibu dania says:

    kita senasib la…. kira u all (dlm list comments ni..) syukur sesangat sbb bleh pam sampai 10 – 20 oz.. sedang aku… huhuhu… tapi aku maleh nak tension an diri.. maintain coollllllllllllll… (tapi dalam hati, tuhan je yg tau kak….)….

    heharap kita sama2 bleh tingkatkan produktiviti & production tenusu kita… chayo!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: