Tahukah?

Ini adalah olahan dari artikel yang ku jumpa. Kenapa dengan tiba2 kita rasa susu kita semakin kurang, padahal pam sebelum2 ini, dapat amount yang sekian-sekian. Tiba-tiba kali ni pam tak dapat amount yang sepatutnya! Padahal, sesi pam, pemakanan, stress level semuanya seperti biasa. Nak kata sebab period pun bukan. Apa dah jadi?. Sesuatu yang tidak kita jangkakan. Kerana kita tidak lagi bangun untuk BF atau pam pada waktu malam bila baby kita tidak lagi kerap bangun seperti dulu untuk menyusu pada waktu malam. Kita pun mengambil peluang keemasan ini untuk tido skali. Ye lah, setelah sekian lama tido terganggu. Ini adalah disebabkan oleh hormon ‘Feedback Inhibitor’ yang tugasnya memberi signal didalam badan terutama didalam pengeluaran susu. Yang selalu kita dengar..’bila breast dikosong, signal akan dihantar ke kilang untuk memproses susu dengan lebih lagi’… itu lah tugas hormon feedback inhibitor. Lebih kurang lah.
Feedback inhibitor bertindak lebih kurang macam ni, bila ia notices yang kurang/tiada permintaan susu pada waktu malam/tengah malam, ia akan menghantar signal kepada mamary glands untuk tidak membuat banyak susu lagi. Dan ini lama kelamaan akan memberi kesan terhadap pengeluaran susu kita pada siang hari pula. Malangnya, ia tak boleh nak agak yang kita ni hanya nak berehat-rehat sebentar bersama kit-kat jer. Ianya hanya tahu, jika kurang permintaan, it will keep the supply lower.

Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi seperti diatas, apa yang boleh kita lakukan adalah; cuba BF atau pam pada waktu lebih kurang diantara pukul 12am hingga 4 am atau untuk hasil yang lebih cepat lagi, cuba lakukan ia 2x diantara waktu2 tersebut. Dan kita juga sudah acapkali dengar yang waktu2 ini lah dimana kadar prolaktin adalah tinggi dan adalah sangat disarankan untuk mengambil peluang untuk BF & mengepam pada waktu2 ini. Jika dilihat, kebanyakan yang sustain untuk meneruskan penyusuan sehingga setahun ini, adalah diantara mereka-mereka yang masih bangun untuk nursing atau pumping pada waktu tengah2 malam. Kesimpulannya, night time feeding and pumping adalah tersangat2 lah penting dan tidak ada istilah ‘holiday’ selagi kita mahu mengekalkan penyusuan!Wallahualam.

Ditranslate dari artikel Giving Up Breast Pumping at Night Can Be Decreasing Your Breast Milk Supply’

17 thoughts on “Tahukah?

  1. mamanoa says:

    uloh..yer ker..anak plak skang ni duk nyenyak tdo mlm..patut la susu ku xmemberansangkan…
    nk kna bgn mlm ker..adussss

  2. yOkOyOpOyO says:

    owhhhhhhhh tx for sharing tha..

    — terer gila translate article dengan ayat2 essay.. huhu bravo2..

  3. Hayatie says:

    mamanoa..hah, nak kena set jam pasni..ku pun masih lagi bangun mengepam tgh2 mlm juga..baru nak 'bercoti2 mesia'..seb jumpa artikel ni..terus tak jadi 'holiday'..huhu

    yokoyopoyo..akhirnya mu berjaya mengkomen juga..tahniah..hihi..ku translate ikut suka2 geli ku ..huhu

  4. asmaa says:

    ye ke…patutlah sejak sabt n ahd baru nie susu mcm kurang jerk…huhu…

    ape pun thanks yatie kongsi tips🙂

  5. Lady Qay says:

    ngntokkk nk bgun pam…tp kn wat jg..adoi yayyy,,

  6. miela77 says:

    salam…iela sedey coz sesi pam hanya sekali sehari di opis je..tu pun dapat tak sampai satu auns…kilang susu ku kedekut…lastly Baby Qis hisap Anmum bila ofis hour…i wish i could BF my baby all the time…isk..isk..isk..

  7. Ummi Nur says:

    Salam. Laa..patut la hasil tenusuku agak berkurangan. Kes ku tidoq sakan malam hari le ni. Anyway, thanx Yati for the very useful info. Keep up the good job !

  8. ibu_arifa says:

    okey lah..pasni kena rajin pam malam2 lah.. selalu mlm rajin terjah blog jer.. thanks yer kak yati ku yg comeyy..

  9. luvhaziq says:

    huh…waktu sedap tidur tue tha oiii…camno nk buek nie acik maleh bangun plak….

  10. Liz says:

    ku hairan. nape entry kita yg berkaitan bf hampir sama setiap kali kita buat entry tu?paham x?

    hari ni ku punye entry ttg kepentingan bgn di waktu malam utk bf (bg signal kat badan). skali mu pun kupas benda yg sama.

    ku link kan entry mu di entry ku.

  11. Hayatie says:

    liz..ku mmg tengah suka2 surf article pasal pumping.so mana2 yang relevan akan ku tepek dibelog..tak prasan lak entri kita tersama2. Tak sangka, pandai entri2 kita ni berpakat2 yer.heheh!

  12. Ely Skin says:

    huh aku la org paling xnyenyak tdo sbb sami jenis reverse cycle.. dia mlm la suka susu.. tapi susu kurang gak huwa…

  13. My_Aqeelah says:

    oooo patutlah agak tak best produksi ku sekarang. skang ni aku malas bangun malam. cuma bagi Aqeelah direct kat sebelah aje. nampaknye kena bangun balik nih… tqvm. info mu ini amat berfaedah lah.

  14. nonnie78 says:

    tha.. ku pun prasan lama dah menda ni.. tp syaitan lebih kuat menggodaku utk tido walaupun ku kerap terjaga malam mencari anak2 ku yang bertempiaran tidur merata-rata.. pasni nak kena setkan mind untuk buka mata, bangun dan berlari… hahahahah.. bagi menyegarkan diri untuk mengepam.. ku pun tak lama lagi dapat FS, harap susu makin kencang dan aku pun tak liat bangun tgh mlm nan dingin untuk mengepump… adus!!

  15. Hayatie says:

    ely..tah2 die ngempeng jer di malam hari tu kot..die bukan minum sgt, tapi die nak hisap2 jer..kasi macam pacifier dia laa…hihi

    My aqeelah..mengikut pendapatan ku lah ek..klu optimun result, lagi bagus klu baby direct die leh kosong kan breast tu waktu tu…tapi ada kes, baby direct waktu2 mlm ni, tapi diorang tak minum sangat,diorang just hisap2 jer..tahlah..so for the best adalah bangun pam untuk empty kan breast…

    nonnie…wah, mu dah dpt FS ni lagi pasni takleh malas2 dah..huhu

  16. same goes to me la kak..aliff dia byk minum time mlm..siang minum tru botol sket jek..sgtla tidak nyenyak di mlm hari tp ku bahagia saat BF baby..lg2 klu mlm dpt peluk n cium ubun2nyer…so touching…

  17. saya jenuh dok cari ttg topik nie…seb baik ado kat cni….time kacih ye hayatie…u're marvellous! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: