Frozen EBM

Mesti ramai yang perasan frozen EBM rasa sungguh berlainan dengan yang baru diperah. Rasa frozen EBM ni seolah-olah macam lain sesangat. Atau kata lain rasa macam dah basi. Tetapi memang begitu la rasa frozen EBM. Ini kerana tindakbalas enzyme yang di dalam susu yang dipanggil lipase. Lipase adalah enzim yang bertindak mengurai/memecahkan lemak yang terkandung dalam susu supaya lebih mudah dihadam didalam perut bayi. Lagi tengikk atau berbau ‘metalic’ bermakna lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu. Sekaligus menyebabkan perubahan rasa susu itu. Walaubagaimana susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum lagi. Cuma lagi kuat perubahan rasanya, lagi tinggi kebarangkalian bayi anda akan merejek frozen ebm itu.

Menurut sumber dari kellymom lagi, kewujudan enzim lipase didalam susu ibu (bile salt-stimulated lipase (BSSL) menjadi faktor utama ketidakaftifan protozoa. Protozoa ini adalah sejenis mikroorganisma yang hidup dalam badan yang boleh menyebabkan malaria. Kajian juga menunjukkan bahawa kadar lipase dalam susuibu tidak akan berubah sepanjang proses penyusuan, tetapi ada bukti yang menunjukkan kadar lipase mula menurun bagi ibu2 yang tidak mendapat khasiat yang secukupnya semasa proses penyusuan ini. Bacaan lanjut, disini. Kesimpulannya, kehadiran lipase dalam susuibu ini lah yang mempengaruhi rasa dan bau frozen EBM.

7 thoughts on “Frozen EBM

  1. Hanim says:

    I ada baca- org yg high lipase ni, leh ‘scald’ their milk. Tp tak ingat how is it actually. I tgh mengaktifkan diri balik dlm http://www.babyfit.com.

    Great forum for BF, EP. Dulu I aktif kat sana.

  2. Hayatie says:

    hanim, yerp..diorang kene scald ebm tu dgn cara panaskan ebm tu sehingga lebih kurang 80c sehingga leh nampak bubbles kat air yang direndam tu then cepat2 sejukkan. Proses ni die akan men-tidak aktifkan enzim lipase itu dari aktitiviti fat digestion. Tapi cara ini akan memusnahkan/merendahkan nutrient level dlm BM tu indeed lagi better la dari FM.hehe, aisey, malu lak i, mcm nak ngajor doktor jer..

    ingat nak letak juga pasal info teknik scalding ni, tapi since dkat sini teknik scalding ni tak diprektiskan atau ditekankan disini, takut buat org lagi konfius jer. Tapi kalau kat forum2 EP&BF mat salleh ni..benda ni quite common kan..

  3. elysuhaili says:

    haaaa dulu ade skalik.. teacher baru kat nurseri sami

    ‘satu botol saya buang kak sbb basi’

    ‘wat!!!!!!!!!!’

    depress betol aku.. ngamok aku ngan owner nurseri tu.. yo yo oo la sume mintak maap.. budak tu ingt basi bukan sbb bau tau.. sbb dia tgk ade 2 layer dh susu tu.. eeeeiii geram betoll..

  4. Farah says:

    tak silap mysuperkids.net ade bagitau cara2 utk scalding tu…nak elakkan EBM jd berbau..

  5. Hayatie says:

    ely..hoho, tu baru die tengok sbb ada 2 layer..belum lagi die bau satu2, silap2 sume lak die buang..adoii..

    Farah..oo ye ker, leh terjah, korek2 ni..heheh

  6. umisyifa06 says:

    ni salah satu sbbnya ku rasa mcm serba salah je nak bekalkan frozen ebm, takut bila bs naufal bau dia ingat dah basi (tapi frozen ebm ni bau je kuat, bila kita rasa ok je,betul ke?) hari2 bekalkan fresh ebm

  7. Hayatie says:

    umisyifa, yerp..frozen ebm mmg rasa lain sbb tu klau tak train baby minum frozen, mmg die taknak nnti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: