Bolehkah?

Bolehkah anda meneruskan penyusuan susu ibu ini apabila anda tidak berjaya memberi penyusuan secara direct? Jawapannya ya. Selamat datang ke dunia pumping. Selalunya ramai yang akan menghadapi masalah begini; susu mulai berkurangan setelah mulai bekerja. Ini kerana ramai yang tidak faham kaedah yang sepatutnya apabila mulai mengepam pada waktu bekerja. Kekurangan sesi mengepam diwaktu siang hari (pada waktu bekerja) akan menyebabkan susu mulai berkurangan. Ditambah jika baby tidak menyusu sekerapnya apabila pulang bekerja. Atau tidak mengosong breast lagi setelah habis menyusukan bayi. Faktor-faktor ini menyumbang kepada penguranngan susu. Kerana penghasilan susu berbalik kepada konsep demand dan supply, lagi kerap breast dikosongkan (permintaan), lagi banyak susu yang dihasilkan (bekalan).

Berapa kerapkah sepatutnya saya mengepam?
Mengikut sumber yang dipetik dari work&pump dan kellymom. Jika bayi anda tidak langsung menyusu secara direct, and seharusnya mengepam sekurang-kurangnya 8-10 kali sehari. Bagi ibu-ibu yang bekerja, adalah disarankan sekurang-kurangnya 3x pengepaman pada waktu siangnya (andaian jika bayi kerap menyusu pada waktu malamnya)

Pada awal-awal bulan, adalah disarankan untuk menyusukan/mengepam sekali pada waktu tengah malam. Elakkan daripada mengepam pada selang lebih 5-6 jam. Atau tambahkan pengepaman pada waktu tengah malam jika berlakunya penurunan kuantiti EBM.

Mengikut sumber dari kellymom lagi, pam pada waktu tengah malam adalah lebih lancar apabila kita terjaga semulajadi kerana ingin pergi ke tandas atau apabila terasa breast penuh, daripada kita menetap waktu untuk bangkit mengepam. (Ini tidak akan berlaku pada diriku, kalau ku tak set jam, alamat kelauutt la sampai pagi)

Cuba juga mengepam setelah selesai menyusukan, kerana tidak semua bayi mengosongkan breast keseluruhan. Dengan cara ini, lebih banyak susu akan terhasil disamping dapat mengumpul stock EBM.

Berapa lama patut saya mengepam?
Secara amnya, kita perlu mengepam sehingga tiada susu keluar lagi. Jika bayi tidak menyusu ,pam kedua-dua belah breast selama 30 minit dan tunggu sehingga 2-5 minit lagi sebelum berhenti mengepam. Jika mengepam sesudah selesai menyusukan bayi, pam 10-15 min untuk kedua-dua breast. Cuba mengepam setelah habis menyusu sekerap yang boleh, untuk memastikan breast di kosong se-optimumnya.

Berapa jumlah perahan yang perlu diadakan semasa mengepam? (jika bayi tidak menyusu langsung)
Secara purata, jumlah perahan yang perlu disediakan adalah diantara 22-27oz, 2 minggu selepas bersalin. Sumber ini ku petik dari kellymom. Tapi yang pasti, figure ini hanya dapat ku capai setelah 2 bulan. Kerana awal-awal perahan ku diantara 10-15 oz sahaja satu hari. Mengikut sumber ini lagi, jika supply adalah diantara borderline 11-17oz atau kurang dari 11 oz dalam masa 24 jam, adalah disarankan untuk mengambil galactagogues samada herbal atau prescribed medicines.

Kesimpulannya, jika anda tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya, anda masih boleh lagi membekalkan susu kepada bayi anda dengan syarat perlu ada kesungguhan. Ramai yang masih beranggapan bahawa ‘apabila bayi tidak menyusu lagi, susu saya akan kurang’. Ya, ianya akan mulai berkurang jika bayi tidak menyusu dan kita tidak meneruskannya dengan mengepam. Tetapi pengepaman sahaja amat memerlukan komitmen yang cukup berdisiplin. Jika ada yang bermasalah baby tidak mahu menyusu direct lagi, pada awal2 2-3 bulan pertama, usahalah berjumpa dengan pakar-pakar laktasi dahulu kerana tidak ramai yang sukses apabila terjun dalam bidang EP ini. Bila adanya kesungguhan (kemahuan) disitu ada jalan.😉

8 thoughts on “Bolehkah?

  1. Mama-Miya a.k.a "Jedi Hopeful" says:

    i have always tabik spring to u & other moms yg dpt xclusive expressing.

  2. Mama Shinta Musraika says:

    ku suke sgt baca ni.. walau pon ku memang dah sedia maklum dengan info ni.. tapi memang best untuk baca lagi..dan lagi..dan lagi..

  3. Normaliza says:

    Sama macam mimie, ku jugak suka baca dan baca info2 macam ni. Biar ingat tiap2 ayat..masuk dalam kepala otak..kehkeh!

  4. Hayatie says:

    Mimie & liza..haha..sebenarnya ku pon dah naik hafal dah info ni..sengaja ku nak refresh2 skit..kasi smangat..

    Mama-miya.. oh thankss…malunya ku..

  5. mama-qaisara says:

    good article..bolehla ibu2 yg tak berjaya bf baby menyusu semula baby mereka..but somestimes ada yg bagi alasan M..sbb ada kwn sya yg totally give-up sbb penyakit M..sya hanya boleh bagi ‘pendapat dan sokongan’ selebihnya diri sendiri yg kene berusaha..tak gitu?

  6. Hanim says:

    great post. cannot stress enough on it. cuma ramai mommies tak larat pam, i pun malas jugak. senang lg direct BF. laa ni i plak susah coz bb (er toddler) takmo BF. takleh letdown.

  7. Hayatie says:

    mama-qaisara & Hanim.. yerp, lebih senang kalau dapat nurse terus. Tak perlu susah..that's why i've always stress mommies yang ada BF difficulties to seek help from LC first coz kalau tak end up jadi mcm ku, sbb awal2 dlu mmg takda guidance dan info..

  8. MatAhaRiKu says:

    info yg sgt berguna..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: