Emosi seorang exclusive pumpers

Nape ya aku bercerita pasal emosi sebagai seorang EP ni. Sebab aku rasa tak suma orang tahu apa yang EP’er ni rasa. Seronok? Bahagia? Samakan seperti orang-orang yang direct BF? Ya, terus-terang, emosi kami senantiasa dalam keadaan yang tertekan. Kami? atau aku kah..huhu! Orang berkata ‘siapa suruh jadi begitu’,..‘mengapa takmau ajar anak menyusu terus dari badan sahaja’, dan berbagai-bagai lagi persoalan menerjah. Semua soalan itu dah pernah ku jawab. Dan soalan yang tahap tertinggi yang pernah ku dapat adalah apabila ku dikatakan malas untuk menyusukan anak sendiri. Haha..malas kah aku? Jika aku malas, aku tidak akan bersusah payah lagi mahu mengepam bukan. Bukankah mengepam lagi memerlukan extra kerajinan. Perlukan displin yang lebih untuk menwujudkan demand dengan lebih konsisten. Lawak2.

Kami yang sentiasa mahu dalam keadaan yang alert dengan pumping schedule. Tak kira siang atau malam. Tidak sama keadaannya pada yang nurse on demand. Disitu hadirnya baby disisi yang menghilangkan segala kepenatan yang tersimpan tatkala dia mula menghisap. Tetapi kita pula hanya bertemankan pam sambil memandang muka anak yang tido lena disebelah. Hanya itu yang memberiku kekuatan tatkala mengepam. Ohh kadang-kala, terdetik hatiku berkata, i wonder how is it feel to be able to nurse him all the time. Okey, acik simpan perasaan itu untuk anak kedua nanti, insyallah!

Jadi, aku terpaksa menukarkan segala ketensian, kepenatan dengan hasil yang dapat aku banggakan. Ya, aku berbangga. Aku mampu memberi susuibu in the absence of breastfeeding. Wowowo. Aku tidak sengaja2 mahu beriak-riak disini. Aku perlu beriak kepada diri sendiri, supaya aku akan terus bersemangat untuk mengepam. Bersemangat untuk meneruskan misi exclusive pumping ku ini, bersemangat untuk membuktikan pada mereka, mereka dan mereka yang penyusuan susu ibu ini tidak akan berakhir jika anak tidak mahu untuk menyusu badan lagi. Dan aku telah membuktikannya setakat hampir 7 bulan ini. Aku boleh senyum sampai telinga sekarang. Tetapi masih lagi tercalit suka-duka disebalik senyuman itu yang hanya orang-orang yang melalui path ini sahaja yang boleh merasakannya. Ye kah!

Aku ambil cabaran ini sebagai satu pengalaman yang amat berharga buat ku. Kerana tidak semua berpeluang merasakannya. Exclusive pumping menjadikan aku lebih berdisplin, lebih organize dalam membuat perancangan, lebih alert dengan persekitaran. Jika diberi pilihan adakah aku akan mengulang lagi usaha ku ini, jawapannya adalah TIDAK. Ohh, aku akan cuba menebus/mengisi segala kesilapan ku pada awal2 dulu.

16 thoughts on “Emosi seorang exclusive pumpers

  1. ummiluqman says:

    nasibku sama dgn nasibmu..insyaAllah kalau diberi peluang takkan ku ulangi juga kesilapan yang telah berlaku.. tp sekarang yang penting usaha dan terus usaha utk mengepam.. chaiyok chaiyok

  2. elysuhaili says:

    ya allah sapa yg ckp ko malas tu???? meh sini aku lempang org tuuu… gile ke ape weiiii!!!sungguh respek kat sapa yg sungguh tegar mengepam.. nasib aku baik sbb xyah harung keadaan mcm ko.. and TAHNIAHHHHH sbb berjaya jadik ibu yg sungguh hebat… untung azri..

  3. Farah says:

    hai salam kenal…baru jenguk blog ni…sgt kagum dgn yati yg menjadi pengepam tegar…yati adalah org ke 3 yang saya jumpe yang hanya bg ebm pada anak….tahniah sbb tak pernah give up!

  4. herni says:

    tha keep up ur good work babe! pedulikkan mereka2 yg kurang ilmu tuh huh!

  5. Rai says:

    salam cik err puan yatie,
    saya sejenis blog hopper..seperti belalang tetiba singgah di blog ini..rajinnya awak mengepam ye..saya yg pam masa opis hour pun penuh kemalasan..demi hero ku itu kuteruskan jua..teruskan usaha tau..pedulikkan kata-kata mereka..anggapla diorang tu taktau apa..hihi.. maap menyebuk

  6. @Salwa says:

    Hayatie
    i wish i copuld be as strong as you
    seriously u are my pumping idol !!

  7. Hayatie says:

    ummiluqman..mari kita berpimpin tangan sama2 mengepam

    elly, hahah..sabor..aku dah lempangg dah.hahaha

    Farah, thanks for dropping by…n thanks for the support

    Herni..ya ya, ajar ku menjadi hati kering seperti mu..ahaksss

    Rai..thanks yer rai..bahaya betul penyakit M ni la..ku pun kdg2 terjangkit juga

    Salwa..uihh, adoi, malu maakk ni hah..

  8. fadilah83 says:

    salam yatie,
    sy pun pernah rasa apa yg yatie cerita tu..
    kadang2 bila rs motivasi mengepam dh menurun, saya cepat2 baca blog yati utk boost balik semangat mengepam nih..
    pernah terfikir nk campur FM utk baby, tp sedih + x sampai ati la sbb dh biasa bg EBM..
    setakat ni stok EBM mmg cukup2 je..tp kalau g outstation mmg kena bg FM la..tp sedih wooo!! =(
    pliz advise…

  9. nadnye says:

    pedulikan kata orang… exclusive pumper cabarannya lagi besar… kene lebih rajin, aku yang pam kat office nie pun kdg malas…
    I salute u.. keep up pumping..

  10. kakyong says:

    salam hayatie & semua…

    ish ish.. saper le yg gatal sgt mulut dia tu.. agaknyer org tu jeles sbb dia tak fully bg susu ibu kat bb dia… heheheh…

    usaha yg ibu2 pumper ni, pada kakyong lebih dr ibu2 yg direct feed cam kakyong.. cam kakyong sua jer B, dia terus isap.. kalo u, nak pam lagi.. brp minit nak dpt brp oz? pastu nak kena simpan, nak label lagi etc.. that's need a lot of effort, kalo mALAS camane la azri leh montel cam skrg… rite!?

  11. kakyong says:

    lupa plak nak kabo, sila ambil tag di rumah kakyong yer.. Tag 4
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menjawab-tag-part-2.html

  12. Hayatie says:

    Fadilah83..ye fadilah, mmg xda pilhan lain dari terus mengepam dan terus mengepam..insyallah!

    nadyne..yess..thanks, tapi kdg2 penyakit M melanda jua hati ku ini..huhu..ohh tak buleh tak buleh..

    Kak yong, ye betul kak yong, sbb tu ku selalu kembang hidung juga kerana ku masih sustain lagi..woo..dtg bawa keje rumah yer..hihi..adoii..meh masuk buku 555 dulu ihik!

  13. fiza says:

    Tak sayang mulut sungguh org ittew. Ku kagum ngan mu THA, hopefully ku bley jadi pengepam tegar mcm mu🙂

  14. Normaliza says:

    Yatie, baca entri mu ini sama macam yang ku lalui..hehe! Ku sentiasa mengutip semangat dari blog mu..tocehh ye..🙂

  15. Hayatie says:

    Fiza..ini seriessss? eheh! Jom2 join da club!

    Liza..apela khabar misi mu itu yer..dah lama ku tak menjengah mu di sana..jgn putus asa…!

  16. Ayang Zarina Anuar says:

    THA.. sungguh terharu ku membaca coretanmu itu. kagum dgn segala jerih payahmu. akan ku jadikan dirimu role modelku. akan ku buka coretanmu dikala penyakit M itu menguasai diriku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: