Breastfeeding dan Kesuburan

Boleh kah breastfeeding mengelakkan kehamilan. Secara amnya, iyalah! Dan ada juga yang tidak kan. Pada diriku yang tidak mengambil sebarang perancangan ini mengharapkan agar kaedah semulajadi ini boleh terjadi pada diriku. Kerana ku takut untuk mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengelakkan kehamilan dimasa-masa hadapan. Kerana ku ini berfikiran sempitss dengan menganggap, pengambilan pil2 tersebut akan ‘merancangkan terus’ kehamilan untuk jangka waktu yang lebih lama. ku fobia, kerana untuk mendapatkan azri pun mengambil masa dekat nak 2 tahun sebelum itu, dicampur lagi dengan keguguran pertama pada awal-awal kehamilan dulu. kemudian sehinggalah setahun lebih, baru Azri ‘terlekat’..haha. Jadi ku merancang dengan kaedah semulajadi lah kiranya. kalau ada rezeki, nak buat camana. Ku lagi suka!.

Sebenarnya kalau mengikut fakta (sumber dari kellymom), dengan Breastfeeding secara esklusif ini sahaja, 98-99.5% terbukti berkesan untuk mengelakkan kehamilan. Teknik ini dipanggil Lactational Amenorrhea Method of birth control, atau LAM. LAM ini bermaksud kaedah semulajadi bagi wanita yang selepas bersalin yang tidak datang haid kerana menyusukan bayi sepenuhnya atau dipanggil ‘postpartum infertility”. Teknik LAM ini terbukti berkesan untuk digunakan dengan efisien, sehingga 99.5% untuk mengelakkan kehamilan dengan syarat, kriteria-kriteria dibawah dipenuhi:

1. Bayi anda masih dibawah 6 bulan;(hahh, azri ku dah nak masuk 7 bln ni..hahaha)
2. Period (Haid) anda masih tidak datang lagi ;(ini masih lagi applicable utk diriku,huhu)
3. Bayi anda disusukan on cue (demand) tidak kira siang dan malam, menerima hanya susuibu sahaja sebagai makanan utama. (oops, acik pumping siang dan malam, aci tak..kira masuk kelab kah..haha). Bagaimana pula yang pam siang dan BF malam jer, bagi ibu-ibu yang bekerja?

Mengikut fakta ini lagi. Jika anda mengamalkan penyusuan penuh, peluang untuk hamil adalah zero pada awal 3 bulan pertama, kurang daripada 2%, diantara 3 hingga 6 bulan dan 6% selepas 6 bulan. Kesemua peratusan ini adalah mengandaikan period anda tidak datang lagi (macam daku la…huhu). Average ibu-ibu yang kembali period adalah ketika bayi setahun. Dan jika ada yang datang period awal daripada itu, ibu-ibu masih lagi dikategorikan tidak subur untuk 2-3 kitaran haid yang datang. Ibu-ibu yang datang period selepas bayi mereka setahun, kebarangkalian mereka untuk ovulates (atau dalam bahasa, mengeluarkan telur kah?) adalah tinggi. Untuk pembacaan yang lebih detail buleh lah kalian baca diSINI.

Jadi, berikan penyusuan yang penuh bersungguh kepada anak anda, insyallah anda tidak perlukan artificial drugs untuk menggelak kehamilam. Indah sungguh kejadian Allah S.W.T ini kan sehingga ianya telah dijelaskan lebih awal dari kaedah sains lagi, amatlah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233: ..’ Para ibu hendaklah menyusui anak-anak mereka dua tahun pertama, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya..’

11 thoughts on “Breastfeeding dan Kesuburan

  1. ILA says:

    nak tambah lagi sorang ker…hehehe

  2. ummiaqeef says:

    kite x exclusive bf, cume bf waktu balik keje je..tp period mmg blm dtg lg..ok ke ni..aiyak…hahaha…

  3. ~ As ~ says:

    ku pun tak mkn pil perancang… harap dari kira2 je… baru period bulan lepas..

  4. Hayatie says:

    ila..kalau buleh nak tggu sampai azri setahun, tapi kalau dah lekat, nak buat mcmmaa..ku terima..ahakss

    ummiaqeef..haha..insyallah..tapi jgn harapkan sgt ler..buatlah kaedah2 lain juga..haha..

    As..hoho..mu pandai kira2..ku fail matematik la…buleh kahh..ehehe

  5. elysuhaili says:

    huhuhuhuhu setelah sami setahun sebulan terus datang period.. cam sedih plak sbb dh selesa xperiod wakakakkakaka… skang dh subur balik nih kena jaga2 .. kang sami dapat adik plak… kena jumpak gynea nih..

  6. Normaliza says:

    Ku merancang sendirik2 je. Yamin dah setahun nih. Agak2 buleh dah kot peknen yek..tapi camana dgn misi relaktasi ku yek? Huhu..

  7. kakyong says:

    salam hayatie,

    kakyong period masa Aliya 3 bulan.. sebulan lepas pantang terus period.. daku ni memang kategori subur.. walo dah TUA.. tp daku fully BF Aliya… part merancnag tu, kali ni en yah lah kena kerjasama dgn ibu.. haahaaa, daku dah rasa sengsara nyer beranak 3 tahun sorg berturut2.. s

  8. Hayatie says:

    ely, hahaha..buleh la tu, kasi sammy adik pula..

    Liza..haha..klu peknen lagi, sure takyah relaktasi dah, konpem ade susu..hihi

    Kak yong,..uih kak yong, suburnya..bahaya tu..takpela..klu da ada rezeki nak camana ye dakk..takpe, belum TUA lagi, anak dah 3..ku yang nak masuk TUA ni, terkedek2 anak baru sorang..huhu

  9. nikhazifah says:

    tenkiu for da info..blh tebalkan ilmu di dada..ku tak sempat nk baca byk2..lagi pun blh on internet kat umah je..kt skolah? jgn harap..berkejar ngn student je..

  10. asmaa says:

    yatie,dah rezeki allah nak bg kita terima kan…
    mcm saya ank 1 & 2 rapat…tp skrg masih x dtg period lagik…rancang sendirik jerk…hehehe

  11. Hayatie says:

    nik..haha..sungguh berkejar2 pun, ku nampak nampak nama hang juga last post di forum aku.hehehe

    Asmaaa..ye la klu dah rejeki nak cuat cemana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: