Pemilihan breastpump

Mesti ramai yang fenin2 lalat bila pertama kali nak beli breastpump (bp). Bajet, jenis, jenama, dan macam2 lagi banyak mempengaruhi pemilihan bp. Macam daku juga dulu2. Bp yang awal2 ku beli adalah avent isis yang satu set dengan beg tu. Ku kira berbaloi juga pembelian ku itu. Kemudian ku beralih kepada spectra3 (s3), double pumping pula. Pembelian kali ini adalah kerana ku dah tak larat untuk mengepam manual. Nasib ku buat pilihan yg tepat dengan terus beli jenis yang double pumping. Masa tu ku dah berkira2 juga antara nak beli Medela Swing atau s3. Series, memang ku main belasah jer beli berdasarkan majoriti yang memiliki s3 ini. Dek keranan dah syioknya mengguna s3, ku kira ku nak mencuba yang spectra yang portable pula. Jadi ku beli i-spectra (masa tu encik husby dah bagi green lite nak beli FS, tapi ku yang malu2 kucin, konon takpela, beli i-spec jer, jimat lagi..huhu). Sekali, hampehh. Aku memang tak serasi betul guna i-spec ni. Tak tahu la macam mana nak esplen. Yang paling ketara dari segi suctionya. Len kali lah ku esplen yer..eheh!
Sebenarnya, selain daripada kriteria2 diatas, perkara yang paling penting skali adalah beli bp yang hampir menyerupai gaya penyusuan bayi. Ini yang akan membezakan ke-efisien-an dan ke-efektif-an sesebuah pam tersebut. Pam yang tidak efektif akan memberi kesan/trauma yang nipples dan juga breast tissue. Kebanyakkannya la. Tapi ada juga yang selesa menggunakan pam2 yang bajet2 ni tanpa sebarang masalah pun. Ada beberapa jenis2 bp yang ada dipasaran sekarang seperti manual, elektrik/bateri, singgle/double pumping.

Perkara kedua yang perlu dilihat adalah cyles pam tersebut. Cycle ni adalah jumlah berapa kali pam menyedut & melepaskan puting (Suction&release). Mengikut fakta, bayi yang normal akan menghisap lebih kurang 45-55 cycle per minute. Bp yang mempunyai cycle yang lebih kurang figure berikut adalah dianggap effektif dalam pemerahan/pengeluaran bm(breastmilk). Bp yang mempunyai cycle yang lebih dari 25 kali per minute adalah lebih effektif.

Kekuatan suction sesebuah bp adalah sangat penting juga dalam pemilihan breastpump. Suction breastpump yang ada dipasaran adalah dari 60-650mm Hg -ve pressure. Mengikut apo yang acikk baca la, suction yang kurang dari 200 adalah tidak efektif untuk mengeluarkan susu, begitu juga suction yang lebih dari 200 keatas juga akan menjadi puting lebih sakit. Suction yang menyerupai bayi adalah diantara 200-230mm Hg dan sekali cycle dalam setiap saat.

Yang seterusnya, adalah jenis pemerahan sesebuah tersebut. Samada single atau double pumping. Single pump sama ada yang manual atau elektric/battery tidak memberi stimulation sebaik double pumping. Selalunya memgambil masa yang lebih lama. Hanya sesuai pada yang menggunakkan bp secara occasionally, dengan kadar penggunaan yang tidak lebih 2-3 kali sehari. Pengepaman serentak atau double pumping juga dikategorikan sebagai premium grades pump atau hospital/professional grades pumps. Double pumping dikatakan lebih baik dari single kerana apabila breast di stimulasikan dengan serentak akan meningkat hormon prolaktin dan seterusnya dapat memaintain suppy susu untuk jangka masa yang lebih lama. Selain dari itu menjimat separuh yang masa yang diperuntukkan jika menggunakan single/manual pump.

Kriteria yang seterusnya yang perlu dipertimbangkan adalah pump durability. Ini kerana sesetengah bp mempunyai motor yang akan bertahan dalam jangka masa tertentu. Jadi, fikirkan berapa kerap dan berapa anda akan menggunakan sesebuah bp sebelum membeli. Tetapi kebanyakan bp yang dikategori sebagai hospital grade/premium grade mempunyai ketahanan motor yang agak lama. Contoh bp yang mempunyai jangka hayat yang tertentu adalah seperti i-spectra. I-spectra mempunyai jangkahayat motornya selama 350 jam sahaja. Sebab itu i-spectra hanya sesuai untuk dijadikan sebagai ‘back-up’ pum sahaja atau kegunaan semasa keluar.

Kemudian, adalah faktor keselesaan kita dengan sesebuah bp. Tidak suma orang serasi dengan bp yang sama, bergantung. Jika boleh, cuba sesebuah bp sebelum membelinya. Perkara utama dalam bab keselesaan ini adalah size breastshield bp tersebut atau kata lain corong pam itu lah. Kebanyakan bp yang ada telah didesign dengan corong ‘one size fits all’. Dan anda bernasib baik jika corong itu ngam2 dengan size breast & nipple anda. Ada sesetengah yang mempunyai masalah puting kecil/besar akan merasakan kurang selesa jika menggunakan sesebuah bp. Jadi, cari corong yang mempunyai size, jika boleh. Sebagai contoh, seperti jenama Medela. Jika anda menggunakan spectra, corongnya tidak mempunyai size, yang ada adalah standard size. Ada juga yang mengadu rasa tidak selesa pada puting dan sebagai semasa menggunakan spectra3. Mengikut daripada experience orang lain, ada yang menggunakan pumpin pal super shield untuk mengatasi masalah tersebut. Yang saya tidak tahu keberkesananya kerana saya tidak mempunyai masalah semasa menggunakan s3.

Dan akhir sekali, faktor-faktor lain yang sering dipertimbang adalah ‘kesenyapan’ sesebuah bp itu. Ada yang lebih prefer bp yang senyap bunyinya atas faktor-faktor tertentu jika mengepam diofis, surau dan sebagainya. Sekian ler sahaja coretan/tips2 geli-geli yang ku tahu mengenai breastpumps. Kalau ada masa lagi, mau saja ku kompile segala jenis bp yang ada berserta rege terkininya, tapi acikk banyak keje dek non..ihih!Insyallah next time ler.

5 thoughts on “Pemilihan breastpump

  1. kakyong says:

    salam Hayatie,

    ku suka baca entri mu ni, tp background ber'dot' sgt mengganggu tumpuan bacaan & penglihatan ku.. warna font pulak hampir seiras dgn kaler bground.. kalo font entri warna hitam, mungkin mencepatkan lagi pembacaan ku…

  2. herni says:

    haha…mu kena take note ulasan2 peminat nih tuan tanh oiii…maklumlah…berat bahu memikul, berat lagik taik mata bergenang! hoho~tak sesuweiiiiiiii ;p

  3. Yatie says:

    nasib baik ku pakai spek itam kat opis ni.. heheeheh

  4. aleasofea says:

    uish..rumah dah dicat baru ek yatie..

    info yg bagus dan berguna..linda pun beli s3..

  5. fiza_qadida says:

    sy pon pengguna tegar s3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: