From zero to hero…

Wakaka, ku perasan hero lah! Pape la, janji ku nak berstory mory lagi pasal SUSU. ku nak mengimbau rembau detik-detik lebih kurang 5 bulan lepas, sebelum ku berkecimpung sebagai exclusive pumpers nih. Selepas ku melahirkan azri, perkara first yang ku nak adalah susu yang banyak dan mencurah-curah agaknya. Itulah silap ku. Ku tak pasti apa yang sebenarya berlaku dalam 2-3 hari selepas ku bersalin. Agaknya keghairahan untuk melihat susu keluar, kerana ku sering memicit nipple untuk tengok samada ada susu kah tidak menyebabkan ku mulai rasa tidak konfiden untuk mem-breastfeeding azri dikala itu. Ku lebih kerap memicit-micit nipple untuk melihat susu yang akan keluar dari meletakkan azri dibreast ku sendiri walhal itulah sepatutnya yang lebih kerap ku lakukan. Oleh kerana itu mungkin, susu ku secara ‘rasminya’ keluar pada hari ke-5 semasa dalam pantang.

Pada masa itu ku memang berada pada keadaan yang sungguh konfius tahap gaban, ditambah lagi dengan keadaan azri yang sudah konfius puting juga. Ku memang sungguh tidak mewah susu pada ketika itu. Hasil perahan yang sekitar 10 oz sehari, paling tinggi pun boleh dapat 15 oz. Sengaja ku tepek skali gambar rekod pumping ku pada bulan 11 tahun lepas sebagai bukti memang itulah hasil tenusu ku ketika itu. (Maybe kalau kalian nak tengok figure-figure itu dgn lebih dekat lagi, kalian kena klik pada gambar itu kot). Dilembaran sebelah kiri itu adalah rekod pumping ku, manakala disebelah kanan adalah jadual feeding azri. Sila buat-buat tak nampak tulisan-tulisan di sebelah kiri itu (kunun, kata-kata semangat ku lah masa itu, hihi). Lihat,jumlah sesi mengepam ku juga pada masa itu tidak kerap, hanya sekitar 4-5 kali sahaja.

Gambar dibawah ini pula, rekod pumping ku pada bulan 12. Mulai bulan ini, ku mulai sedar akan kesilapan ku dalam mengepam ini. Mujur ku cepat mendapat info dan mulai mengerapkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 8x sehari. Dan hasilnya meningkat lebih kurang selepas 2 minggu, susu ku mulai menunjukkan peningkatan. Kali ni sekurang-kurangnya 20 oz juga.

Gambar dibawah ini pula adalah pada bulan Januari, tahun ini. Ku masih lagi mengekalkan kekerapan yang sama, kadang-kadang lebih dari 8x juga. Pada ini hasil tenusu ku meningkat lagi, hampir 30 oz sehari. Tetapi masih belum konsisten 30 oz lagi.

Dan dibawah ini adalah rekod pumping ku pada bulan febuari. Alhamdulilah, kali lni ebih konsisten hasil perahan yang ku dapat. Sekurang-kurangnya sehari ku akan dapat kumpul 30 oz. Kalau makan best-best lagi, huhu…paling tinggi ku dapat 37 oz sehari. Insyallah, ku masih lagi terus berusaha mengepam dengan lebih gigih lagi untuk cuba mencatatkan rekod sehingga 40 oz satu hari. Bagi diriku, ku tak pernah anggap yang diriku meriah susu lagi hingga ke saat ini, ku cuma selalu berfikiran, insyallah yang susu cukup untuk azri!

Kesimpulannya, jika kita meletakkan satu matlamat, dan kita betul-betul berusaha tanpa jemu untuk mencapainya dan yakin, insyallah tiada yang mustahil. Alhamdulillah, matlamat jangka pendek ku untuk dapat terus mengepam sekurang-kurang sehingga azri 6 bulan sudah hampir tercapai. Dan selepas ini, adalah misi yang kedua pula, misi untuk melanjutkannya sehingga azri setahun pula. Hahaha, kalian mesti tengah geli-geli baca ini, huhu!

13 thoughts on “From zero to hero…

  1. luvhaziq says:

    sistematik btl la mu nie.aku bbangga btl dpt kwn pengepam tegar mcm mu nie.caiyok…caiyok…

  2. herni says:

    wah…mu ni detail jugok ye…mcm buku debit pon ada hoho~

  3. Hayatie says:

    wahh..ku berbangga mendapat kamu berdua sebagai ‘pengkomen tegar’ di blog ku..ekeke!Harus ku award kan kalian berdua ini!TOceh toceh!

  4. ~ As ~ says:

    simpan buku ni, bagi Azari tgk besar nnt, manalah tau dapat menantu tak nak BF cucu kan?/ blh la jadikan panduan (jauhnya ku melalut)

  5. My_Aqeelah says:

    fuyo..sistematik & naik juling ku baca figure mu itu. Kite nak dptv 15 oz sehari bercinta!!! harus ku tiru keazaman mu ini!

  6. Shinta Musraika says:

    salam hayatie.inilah yg buatku jadikan mu idola fulltime pumping mom ku ni.. ku masih lagi terkial2 nak cukupkan stok harian shinta. semalam dok pam jam 10pm dpt 1.8oz jer. tapi middle of the nite sekitar jam 1am shinta menangis sakan sbb bila bf aliran susu tak meriah (sebab udah ku pam?)ku cuba bagi B kiri n kanan tapi dia lepas B & smbung nangis. ku gosok minyak angin kat perutnya manala tau bknnya lapar tapi kmbung perut. tapi stil nangis.. bila ku pujuk2 dia Bf lelama dia Bf juga & kembali diam. mungkin ke shinta ni tergolong dlm lazy feeder? tiap kali ku pam mlm mesti kes mcm ni akan terjadi di tengah mlm aduhh… ni yg ku jadi teragak2 nak pam mlm2 ni…😦

  7. Hayatie says:

    As, waaahh, jauhhnyaa mu berfikiran..kalau ibu dia ni..ekeke. Bukan ku nak simpan jer..klu buleh ku nak frame kan..kekeMy_aqeelah, aha, awal2 mungkin begitu, lipat gandakan usaha anda. Klu dah berpuluh2 oz nnti, update ku..Shinta…Azri pun time tgh2 mlm kdg2 nangis mcm kena cubit juga. Mybe disebabkan otak mereka yang semakin byk menerima input pada siang hari, dan input2 diproses semasa die tido, itu yang menbuatkan kdg2 die bermimpi,nangis,sengih, semasa tido!Mcm azri sampai boleh meniarap semasa tgh2 tido.. kalau nak diikut dari waktu pukul 10pm last pam sehingga next pump pada pukul 1am, average susu yang boleh diperah lebih kurang 4oz,provided that, baby belum BF lagi la..n again that Q depends pada orang juga. Mcmmana die jaga makan & minumnya. Minum air masak & soya byk2…esp air masak sejam sebelum nak pam n after pam.

  8. ILA says:

    ku kagum dgn semangatmu…Klau lah ku ade anak perempuan nanti,ku suruh dia mengurat azri…hahahah

  9. Yatie says:

    saya kagum dgn awak puan hayatie bila agaknyer kita blh beramass mesra lg yer…

  10. Hayatie says:

    Ila,..ape kaitannya log pumping ku dgn nk ngurat azri…ngeh ngeh!Yatie, meh la sini, nnti buleh ku ramas2 mu…huhu

  11. qasehadam says:

    waahh..manyaknye buleh dpt susu,sy dpt pam skali je shari tu pn dptla paling byk 2.0oz je.yela ank manjang nk melekat kt maknya.

  12. EcoT says:

    mula2 dulu pun semasa latihan kembali bekerja,sy wat rekod camni gak…teringat lak zaman tu..mu mmg gigih and disiplin lah yatie

  13. m@Ri@ says:

    thanks serius bg semangat utk maria terus pam n pam susu..mekasih..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: