Review: Cloth Diaper

Sudah lebih kurang seminggu ku telah menggunakan CD coolababy ini. Pada awal-awal pemakaian CD ini, telah beberapa kali Azri bocor di bahagian pinggang dan di depan perut juga. Mula-mula ku sangkakan, kerana azri yang jenis ‘heavy wetter’. Teteapi selepas beberapa dan beberapa kali memakai CD itu, semakin kurang dah kebocoran di bahagian itu, cuma kadang-kadang jika ku lambat menukar CD tu, pinggang seluarnya sudah mulai basah. Namun setelah beberapa hari berlalu, keadaan tersebut sudah mulai hilang. Ku berpendapat, mungkin fabrik CD yang masih baru, itu yang menyebabkan daya penyerapannya tidak begitu betul lagi. Betul kata orang, lagi kerap di basuh lagi bagus penyerapannya. Mungkin silap ku juga, kerana ku hanya pre wash CD itu sebanyak 2 kali sahaja. Itupun, insert sahaja yang ku basuh 2 kali, pocketnya ku basuh sekali, hihi!

Untuk setakat ni, ku baru mengumpul 9 keping CD sahaja. So kalau ku cepat-cepat basuh after azri pakai, memang sempat la untuk kegunaan esoknya pula, tapi bila kemalasan melanda ku, ku perapkan jer dalam baldi sampai banyak baru ku basuh, keh keh! So kena campur pakai DD juga. Tapi sekarang, kalau guna DD pun dah tak banyak macam dulu, klu tidak dulu sehari mesti 7 keping guna DD, tapi semenjak dah ada CD ni, ku guna DD pun lebih kurang 1-2 kali sahaja sehari. Memang tak sabar ku nak tunggu lagi 6 keping coola ku tiba nanti. So dah ada 15 keping kesemuanya.

Ini adalah kira-kira penggunaan & penjimatan bagi perbelanjaan CD & DD dalam rumah ku:

Ku guna DD jenama Fiti size M (80pcs) = RM34.50 (klu mydin RM28) =RM0.431 =RM0.45 sen lah!
Penggunaan & perbelanjaan Azri satu hari = 7 keping x RM0.45 sen =RM 3.15
Perbelanjaan untuk sebulan = RM3.15 x 30 = RM94.50
Perbelanjaan untuk setahun = RM94.50 x 12 = RM1,134

Penggunaan CD (jika 20 keping) = *RM35 (average harga yang termurah) x 20 keping
= RM700

Penjimatan setahun = RM1,134-RM700=RM434

Kalau nak diikutkan apelah sangat RM434 itu untuk setahun kan, tetapi sekurang-kurangnya, kita telah berjimat juga. Itu belum kira kalau DD naik harga ker kan, manelah tahu. Itu juga untuk setahun kalau dua tahun, tiga tahun?..Malah anda telah menyumbang kepada ‘Go Green Campaign’ juga. Renung2 kan lah!Selamat Beramal!..ececehh!

Untuk perbandingan dari pemerhatian dan penggunaan ku yang tak seberapa ini, koleksi CD ku selain coolababy termasuk juga CD crazy momy (velcro) from maryaaa, dan juga CD Lunatots (snap & velcro) from kak sue. So far, ketiga-tiga CD ini sama sahaja dari segi performancenya, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Bagi CD coola, ianya besar sedikit dari kedua-dua CD tersebut. Coolababy hanya ada dalam bentuk Snap button sahaja (Velcro tak tahu la ada ke belum). CD Lunatots pula, mempunyai inner fleece yang agak lembut juga, manakala Crazy momy CD, insertnya pula adalah lebih tebal dan panjang sedikit dari yang lain serta mempunyai snap button untuk mengadjust insert tersebut.

Daripada pemerhatian ku juga, diantara velcro atau snap (button) ini, kedua-duanya lebih kurang sama. Bagi pendapat ku, jika bayi anda kecil atau untuk newborn, velcro adalah lebih sesuai kerana boleh dilekatkan mengikut kesesuaian pinggang anak anda, kalau snap, walaupun mempunya beberapa pilihan button mengikut size bayi, tetapi masih terikat pada pada placing button itu juga (adei, paham kah kalian ini?) Maksudku, ku pernah mengalami, apabila menggunakan snap ini, bila ku nak snap button itu, bila ku adjust untuk ketatkan, die akan jadi ketat, n bila nak longgar kan, die lebih longgar pula. Maksudnya, ku tersepit diantara tengah-tengah button itu lah (ala, buat2 lah paham yer korangs). Namun kalau bayi anda sudah besar sedikit, snap tidak menjadi masalah juga, dan lebih sesuai (ini kes, baby yang dah cerdik, dan slalu nak mengopess CD itu, velcro amatlah mencabar juga, hihi).

Tapi pada diriku, snap lebih menjadi pilihan hatiku (xtahu la kenapa, maybe nampak lebih kemas lagi kot,hihi)ktapi edua-duanya tak menjadi masalah. Kalau nak balance, belilah campur-campur antara snap & velcro. Seronok sebenarnya bila dah start bercd ni, cuma part yg nak basuh tu la yang kureengg seronok (ekeke, buleh kaa!haha!). Jadi pada saper-saper yang nak coba-coba bercd ini, buleh dapat CD-CD pilihan hati anda di CRAZYMOMY, LUNATOTS, SWEETGUMMYSMILE dan lain-lain atau nak lagi best jahit sendiri..ekekk!

7 thoughts on “Review: Cloth Diaper

  1. luvhaziq says:

    kalo mu nk try jahit sendiri,ku la org pertama nk ngoder nie…

  2. herni says:

    pok2..sambil menepok meja~ free size spuloh~!!! tha…kalu nk wat sendiri irma blanket tu boleh buat inner kot~ jgn lupe ajak aku join tau wakaka

  3. Hayatie says:

    haha..korang lagi. Baiklah.klu tak beli siapp!Herni, irma blanket tu nak cari katner ehh?

  4. My_Aqeelah says:

    huhuhu anak ku yg baru 4 bulan tu pun dah pandai coba-coba menarik pelekat velcro nye tuh! mmg terasa jimatnye pakai CD ni, sampah pampers anak aku pun terasa kurangnya. kalo tak cepat aje penuh tong sampah tu.yup! jahit sendrila yatie, lagi jimats! sesambil tu jual lah kat member2 nih hehehe.

  5. herni says:

    irma blanket kt ikea rm12.90 je segulung …ala2 selimut kt hotel tuh…ekeke

  6. gemalam says:

    hehehe… moh bercd reramai.. ku curi2 masuk baca blog.windu seih

  7. m@Ri@ says:

    maria br nak berCD..dok tgh survey2..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: