Exclusive Pumping: A Beginners Guide

Semasa ku sebok skodengs forum di i-village. Ku terjumpa satu posting oleh seorang forumer mengenai satu Article yang baru di draft oleh beliau mengenai exclusive pumping. Ku sungguh tertarik dengan compilation yang dibuat oleh beliau yang beliau cedok dari responses mengenai EP di forum itu. Jadi ku apa lagi, sekali lagi ku cilok lah dan ku edit serba sedikit, ku terjemahkan kan serba sedikit juga secara rojaks agar kita semua lebih mudah memahami (sorry ku terpaksa juga merojakkan bahasa mengikut pemahaman ku). For those yang seperti aku ‘welkam to the club!’hihi. Apapun juga alasan mengepam (sama ada baby yang refuse to breastfeed, atau baby yang tidak bolah breasfeed kerana Clef palate (mulut sumbing), premmie baby atau sebab-sebab yang lain, Tahniah! You’ve chosen what is not an easy path!

Nota: Guide ini adalah hanya untuk membantu anda memulakan usaha mengepam dan juga menjawab beberapa persoalan yang akan timbul. Apa yang dikompile disini adalah responses forumer di ivillage Exclusively Pumping Discussion Board and from other books and internet resources. It is not written by medical professionals and should not be taken as such. Jika anda mempunyai urgent question mengenai kesihatan anda & bayi anda, please speak to your healthcare provider.

1. Getting Started

Berapa kerap perlu saya pam?
Pada awalnya, adalah dicadangkan agar anda mengepam setiap 2 hingga 3 jam (lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam). Adalah di cadangkan juga mengepam sekurangnya satu sessi diantara 1am to 4am. Pada mulanya , kebanyakan orang perlu mengepam sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi (atau 5 minit setelah titisan terakhir). Pam setelah titisan terakhir memberikan signal kepada badan agar membuat lebih susu lagi!. Adajuga ibu-ibu yang mendapat perahan sebanyak 8x pada 10-15 minit setiap sesi sahaja. Yang lain ada juga mengepam sehingga 40 minit dan lebih untuk mendapatkan jumlah perahan yang sama. Jadi secara keseluruhannya, kebanyakan akan mengepam sekurang-kurangnya 120 minit dalam masa 24 jam.

Berapa banyakkah kuantiti yang saya akan dapat?

Terdapat banyak variasi dalam istilah ‘berapa byk yang saya perlu dapat?’ bagi pumping mummies. Setiap orang berbeza reactionnya terhadap pump. Ada sesetengahnya yang supplynya begitu banyak dan ada juga sesetengahnya juga yang tidak meriah productionnya dan terpaksa di supplement dengan formula.

Secara umumya, kebanyakkan kita perlu untuk berkerja keras untuk membina supply. Apabila susu ada selepas bersalin (dari 2 hingga 10 hari selepas bersalin), kita sudah boleh memerah susu. Mungkin kita akan mendapati hasil perahan yang tidak begitu banyak.

Kebanyakan dari mereka perlu men-supplement pada awal2 mula mengepam. ada juga yang berhenti men-supplement dalam beberapan minggu mengepam setelah berjaya meng-establish susu dan ada juga yang masih terus terpaksa men-supplement dengan formula setelah berbulan-bulan mengepam. Tidak ada spesifik time frame untuk kita mencapai production yang maksimum, lain orang lainlah badannya. Tetapi kebanyakannya, peningkatan yang significant adalah padal 12 minggu yang pertama di mana level hormon dalam badan kita adalah paling tinggi.

Forumer ini ada membuat survey pada september, 2008 (100 responden di ivillage board kot,responden yang fully pumpinglah) dan average production dari responden-responden tersebut adalah seperti berikut:

At 4 weeks
.

The mean production is 25oz and nearly half of us are producing less than 20oz at 4 weeks.

At 8 weeks
, The mean production is 32oz
At 12 weeks


,The mean production is 36oz
At 16 weeks


, The mean production is 38oz
At 20 weeks, 


Mean production is 37oz, and the modal group is 30-35oz

At 6 months
, 
Mean production is 33oz and the modal group is 25 – 30oz.

At 9 months


, Mean production is 30oz

At 12 months, 

Mean production is 25oz

Secara keseluruhan, majoriti responden tersebut adalah ‘ Average Volume Producers’ (produce kuantiti yg diperlukan oleh bayi mereka dgn sedikit lebihan. Sebanyak 38% adalah ‘high volume producers’ (yang produce lebih banyak dari apa yg bayi mereka perlukan. Dan sebanyak 18% adalah ‘low volume producers’ (produce kurang dari apa yg bayi perlukan)

Berapa banyakkah yang bayi saya akan minum?

Terdapat pelbagai range bagi setiap bayi dalam berapa banyakkah yang akan diminum dalam masa 24 jam. Ada sesetengah bayi yang minum paling sedikit 19 0z dan ada juga yang minum 30 oz dan lebih. Pada awal-awal bulan bayi minum dengan kadar yang sedikit dan selepas 2-3 bulan, ianya akan bertambah. Dan seleps 6 bulan, akan ada penurunan sedikit kerana solids telah diperkenalkan dalam diet bayi anda.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa susu ibu tidak sama seperti formula. Kerana formula tidak diserap dengan efisyen seperti susu ibu. Jangan menggunakan guideline formula untuk menentukan berapa banyak bayi anda perlu minum.

Growth spurts (atau istilah kemelayuannya beralih bulan) dimana bayi anda akan minum lebih banyak daripada biasa adalah normal dalam 6 bulan pertama selalunya akan berlarutan dalam 2-3 hari atau seminggu dan kekerapan nya juga adalah bergantung pada bayi itu sendiri. Keperluan feeding juga berbeza mengikut bayi, ada yang memerlukan jumlah yang sedekit tetapi kerap, dan yang lain mungkin perlukan kuantiti yang banyak dan selang feeding yang agak lama. Ikutilah gaya penyusuan bayi anda dan tentukan berapa banyak yang diperlukan dari permintaannya.

Selain daripada adalah tidak mustahil juga untuk terlebih sudah feeding kepada bayi. Oleh kerana lingkungan EBM yang diperlukan oleh bayi adalah sekitar 19-30z, jika bayi anda mengambil lebih dari lingkungan tersebut, cuba gantikan botol dengan pacifier dan elakkan menggunakan botol sekiranya bayi anda merengek. Ini kerana sudah menjadi lumrah bayi yang selalu dan suka menghisap dengan lebih lama, tidak semestinya dia lapar. Selain daripada itu penggunaan puting yang beraliran perlahan (slow flow teats) adalah dicadangkan jika anda memberikan EBM secara botol. Ini kerana, tesktur BM yang tidak sama dengan formula, testur BM lebih cair daripada FM menyebabkan penggunaan puting yang lubangnya lebih besar adalah tidak sesuai kerana boleh menyebabkan bayi anda tersedak. Sering kita melihat bahawa, penggunaan puting yang lubangnya lebih besar setelah usia bayi meningkat tetapi bayi yang dibawah umur 12 bulan masih lagi boleh menggunakan puting beraliran perlahan untuk penyusuan EBM melalui botol dan ianya lebih sesuai.

Mengikut survey yang mereka jalankan pada september 2008, keperluan EBM untuk bayi juga bertambah setelah umur mereka mereka meningkat, paling tinggi adalah 31oz pada umur 5 bulan dan perlahan menurun setelah solids diperkenalkan.

At 4 weeks, the modal group is 20-24oz and the mean consumption is 21oz
At 8 weeks, the modal group is still 20-24oz and the mean consumption is up to 24oz
At 12 weeks, the modal group is now 25-29oz and the mean consumption is 27oz
At 16 weeks, the modal group is 30-34oz and the mean consumption is 30oz
At 20 weeks, the modal group is 30-34oz and the mean consumption is 31oz
At 6 months, the modal group is 25-29oz and the mean consumption is 29oz
At 9 months, the modal group is 25-29oz and the mean consumption is 28oz
At 12 months, the modal group is 20-24oz and the mean consumption is 26oz
Of course – remember there us a huge variety – so don’t try and force your baby to be average!

Supplementing

Kebanyakkan yang ended up dengan exclusive pumping perlu ber-supplementing dengan FM juga pada awal2nya. Jika [perkara ini terjadi, cuba untuk mengecilkan kuantiti formula itu dalam setiap feeding. Cuba usahakan supaya BM lebih dominan daripada FM dalam setiap feeding bayi anda. Ini kerana, ada juga yang terjadi apabila FM lebih dominan daripada BM, lama kelamaan bayi akan menolak BM. Ada juga yang mengatakan boleh mencampur FM kedalam BM jika BM tidak juga mencukupi seperti jika bayi anda minum 3 oz, hanya letak 1 oz daripada FM dan selebihnya BM. Tapi perlu diingatkan, FM tidak sama dengan BM, apabila FM telah diminum separuh, ianya hanya bertahan satu jam sahaja dan perlu dibuang baki selebihnya, tidak boleh disimpan kerana FM tidak mengandungi antibacterial properties sepertimana kandungan FM. Untuk selamat, asing2kan feeding untuk FM dan BM.

Lain-lain

1. Breastpump

Pilih pam yang dapat berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh Spectra, Avent, Medela & Ameda. Jika dilihat pada poll yang saya buat mengenai ‘breastpump di sebelah ini, So far spectra3 pilihan para pengepam dan diikuti oleh Avent Isis manual. Penggunaan breastpump ini juga tidak terhad kepada ibu-ibu yang bekerja sahaja, tapi bagi ibu-ibu dirumah boleh menggunakanya. Kegunaannya adalah untuk mengosongkan breast setelah selesai direct breastfeeding. Dengan ini breast dapat dikosongkan dengan lebih efektif lagi dan lebihan perahan itu boleh dijadi stok beku.

2. Tips & Tricks for easy pumping..
Boleh lihat entri sini

3. Tips untuk meningkatkan supply

Untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu, cara yang tebaik adalah mengepam dengan lebih kerap. Mirip seakan gaya penyusuan bayi yang direct BF!

Selain daripada itu boleh juga mencuba teknik ‘power pumping’ atau ‘hyperstimulation’. Iaitu pam pada kadar 10 minit dan rehat pada kadar 10 minit, lakukan cara ini selama satu jam. Atau lebih mudah lagi, anda duduk depan TV dan tonton rancangan kegemaran anda, dan mulai mengepam apabila iklan bermula dan berhenti setelah habis iklan itu, dan seterusnya (ini jika malas nak set timer lah!) Insyallah jika konsisten, ia akan menampakkan hasil setelah beberapa hari (mengikut orang lah!).

Herbal supplements
Boleh rujuk pada web site Kellymom untuk dos yang dicadangkan.
Herbal yang selalu diperkatakan adalah Fenugreek. Fenugreek boleh diambil 2 hingga 3 biji sehari. Blessed thistle (or milk thistle) stimulates milk production, Fennel seed stimulates milk flow dan mengeluarkan angin serta kembung, alfalfa juga kaya dengan iron, kalsium, dan vitamin K. Boleh juga mencuba gabungan herba seperti product motherlove. Produk ini ada juga dibincangkan didalam forum susu ibu. Oatmeal memang telah terbukti menambahkan susu juga. Ambil 1-2 sudu didalam setiap minuman anda pada bila2 masa.

Domperidon(motilium) and Reglan
Kedua-dua ubat adalah ubatan preskripsi, dicadangkan untuk diambil atas nasihat doktor atau pharmacist sahaja. Sebenarnya, kegunaan ubatan ini adalah untuk merawat gastrointestinal disorders. Tetapi kesan daripada ubat ini juga dikatakan meningkatkan susu. Tetapi ada juga kesan sampingan daripada penggunaan ubat Reglan ini, dimana sesetengahnya mengalami depresi. Ada juga yang berpendapat, adalah lebih baik mengambil domperidone (motilium).

4. Tempoh penyimpanan EBM

Susu yang baru diperah haruslah menjadi keutamaan didalam rutin feeding sehari2 bayi anda. Lebih kan fresh ebm berbanding frozen ebm. Ada juga ibu-ibu yang kurang faham dengan konsep pemerahan dan penyimpanan EBM ni, yang mana ada juga yang melakukan seperti ini; ape yang diperah pada hari ini, disimpan dan dibekukan dan beri anak stok ebm frozen 2 bulan lepas!Ini adalah satu cara yang tidak tepat untuk dilakukan, kerana ebm yang telah dibekukan akan hilang sebahagian daripada imune propertiesnya berbanding dengan ebm yang fresh. Walaubagaimanapun ianya masih lebih baik & berkhasiat daripada fm.

Berikut adalah waktu-waktu penyimpanan yang dicadangkan:
Ebm boleh tahan sehingga 4 jam didalam suhu bilik.
Ebm yang disejukan boleh bertahan sehingga 48 jam, ada juga yang mengatakan sehingga 3 hari.
Ebm yang dibekukan (untuk fridge satu pintu) lebih kurang 2 minggu
Ebm yang dibekukan (dalam fridge 2 pintu) maksimum 3 bulan…
Ebm yang dibekukan (dalam deep freezer) maksimum 6 bulan

Atau boleh refer info yang saya cut & paste dibawah ini

Type of Storage Temperature Maximum recommended storage time
Room Temp 15 oC / 60 oF 24 hours
19 – 22 oC /
66 – 72 oF 10 hours
25 oC / 79 oF 4-6 hours
Refrigerator 0 – 4 oC /
32 – 39 oF 1 weeks
4 – 10 oC /
39 – 50 oF 3 days
Freezer compartment Variable, due to frequent door opening 2 weeks
Freezer
(Separate door, as part of fridge) Variable 4 months
Separate Chest Freezer -19 oC/ 0 oF 6 months +

Menggunakan EBM yang disejukkan:

Kebanyakkan EBM apabila disejukkan, krim/lemak akan naik keatas permukaan botol, Goncang perlahan-lahan, dan panaskan dlm bottle warmer/air panaskan. Jangan set suhu terlalu panas. Atau panaskan dalam air yang mendidih atau microwave!. Ada sesetengah bayi yang meningkat umurnya, boleh juga menerima EBM terus dari fridge!.

Bagaimana untuk membekukan EBM:

Untuk mengelakkan pembaziran dan memudahkan kerja-kerja mencair dan memanaskan ebm, simpan ebm dalam kuantiti yang kecil 1-4 oz. Labelkan botol ebm mengikut tarikh yang diperahkan. Ebm yang diperah pada masa yang berlainan, boleh dicampurkan dalam satu, tetapi perlu kesemuanya pada suhu yang sama. Contoh; jika perahan pertama 1 oz, disejukkan, perahan kedua 1.5oz, juga disejukkan dan perahan ketiga 1 oz, selepas disejukkan, barulah boleh mencampur ketiga-tiga perahan tersebut kedalam satu bekas. Bekas yang terbaik untuk menyimpan ebm adalah food-grade polypropylene atau polybutylune plastic atau milk liners yang sedia ada terjual seperti playtex liners dan etc.. Apa-apa bekas kaca atau plastik makanan yang tidak mudah pecah dan bocor boeh digunakan. Adalah perlu juga untuk mengajar bayi untuk menerima frozen ebm kerana ada sesetengahnya tidak mahu menerima frozen ebm tersebut. Ini kerana bau dan rasa ebm akan berubah apabila melalui proses pembekuan. Ini adalah kerana tindakbalas enzim ‘lipase’. Jika ebm anda menpunyai ‘lipase’ yang tinggi maka frozen ebm anda akan lebih berbau dan kadang kala terasa seperti besi!

Quotes dari kellymom mengenai ‘Lipase’:

Lipase is an enzyme that is normally present in human milk and has several known beneficial functions:

  • Lipases help keep milk fat well-mixed (emulsified) with the “whey” portion of the milk, and also keep the fat globules small so that they are easily digestible (Lawrence & Lawrence, p. 156).
  • Lipases also help to break down fats in the milk, so that fat soluble nutrients (vitamins A & D, for example) and free fatty acids (which help to protect baby from illness) are easily available to baby (Lawrence & Lawrence, p. 156).
  • The primary lipase in human milk, bile salt-stimulated lipase (BSSL), “has been found to be the major factor inactivating protozoans” (Lawrence & Lawrence, p. 203).
Untuk mencairkan Frozen Ebm:

Letakkan di fridge bawah pada malam hari sebelum kegunaan untuk keesokannya. Elakkan membiarkan frozen ebm di luar pada suhu bilik. Untuk mencairkan lebih cepat. Letak frozen ebm tersebut dalam bekas yang berisi air dan letakkan didalam fridge. Peringatan: Frozen ebm yang cair hanya boleh disimpan selama 24 jam sahaja. Apabila sudah dipanaskan didalam warmer. Adalah sebaiknya dihabiskan dalam masa satu jam sahaja.

To be continue….

8 thoughts on “Exclusive Pumping: A Beginners Guide

  1. fiza says:

    Tie, good info, sesuai ngan org mcm aku yg masih slow bab2 ni, besides senang utk preparation for da 2nd, hahaha….

  2. luvhaziq says:

    sungguh panjang lebar penerangan puan hayatie.trima kasih ye.saya akan cuba mengikutnya…

  3. Shinta Musraika says:

    artikal ni bukan saja berguna untuk exclusive pumping tapi utk semua ibu berkerja🙂 gud! gud!

  4. ummiaqeef says:

    gud info! tq..

  5. intan says:

    salam. valuable info. keep it up n thank u so much.

  6. laily says:

    kak….sgt berguna sume info d atas…baby sy baru 1mth..n skng sy cube tuk wat bf n simpan ebm sebanyak mungkin…terima kasih tuk sume info d blog akak ni…

  7. Umisofwa says:

    Salam Yatie, kak nak minta kebenaran kongsi info ni kat facebook letak kat group susu ibu Sabah, boleh ye? saya tepek dulu ye kat sana, info ni sangat berguna!!🙂

  8. Mummy Dasy says:

    Sedang mempraktikkan ape yg akak tulis ni🙂..Sharing ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: