Cara saya…

Ramai yang personally tanya ku macam mana cara ku maintain susu ku. Haha, ku takda rahsia apa. Caranya mungkin sama sahaja macam orang lain juga. Terus terang ku bukan lah mewah susu, tapi cukup2 lah untuk azri ku. Tapi bukanlah ku tidak berbuat apa2 untuk menambahkan susu. Bagi exclusive pumpers seperti diriku, ‘building a supply’ adalah greatest concern bagi diriku. Jadi bagi diriku, ada beberapa cara yang ku lakukan untuk me-maintain supply susu ku:

1) Pam, pam & pam; Kalau ku nak susuku maintain, ku tidak boleh ngelat2 mengepam, kena konsisten yang penting adalah KEKERAPAN. Ku pam sekurang2nya 8x sehari. Agak-agak klu susu ku kureng, ku akan kerap2 lagi pam1-2 jam sekali atau ku buat hyperstimulation/intensive/power pumping.

2) Minum air dengan banyak sangat!; Ku perlu minum air dengan banyak sampai terkencing-kencing. Kalau tak, ku dapati susu ku agak-agak selow sikit. Lagi, ku minum soya juga. Dirumah ku simpan stok soya berkoyan-koyan. Lagi, ku tambah oat dalam setiap minuman ku. Tapi ku tak tambah oat dalam air masak lah!. Ku cuma letak oat dlm susu anmum lacta yg ku minum 2x sekali. Ni ku nak tekankan sket, minum susu takkan banyakkan susu ya!Susu for breastfeeding tu hanya untuk menambahkan zat & khasiat dalam susu kita. Jadi kita mengeluarkan susu yang berkualiti lah untuk anak-anak kita!šŸ™‚ Betul, ini telah terbukti sepanjang 5 bulan azri tak demam, tak jangkit selsema walaupun kami sekeluarga semua dah bergilir-gilir kena flu. Ibuku je dah dua kali, campur diriku. Bukanlah nak cakap takkan kena langsung, cuma dapat memberi lebih ketahanan pada badannya.

3) Fenugreek & Pil Asi; Ku juga ambil fenugreek sepanjang 5 bulan ni, alhamdulillah memang bertambah dan maintain jugalah susu ku. Masuk ni dah 3 botol ku makan. Ku makan 3 biji, 3 kali sehari. Alhamdulillah takda apa-apa kesan sampingan hingga kini. Selain itu, ku baru mencuba Pil Asi dalam lebih kurang 2 minggu. Ku telan 8 biji sekali sehari. So far masih lagi seperti biasa, tidak menunjukkan penambahan atau pengurangan. Tunggulah lebih kurang sebulan jika ada significant effect, kan ku hapdet lagi keberkesananya.šŸ™‚

4) Lain-lain: selain daripada apa yang ku amalkan seperti diatas, ku cuba juga makan benda-benda yang selalu diperkatakan yang boleh menambahkan susu seperti jantung pisang, ulam-ulaman, dan lain2 lah!

2 thoughts on “Cara saya…

  1. ~ENNA~ says:

    mana nak cari pil fenugreek tu ye? brand ape yg u pakai?

  2. Hayatie says:

    Brand GNC,ada jual dekat GNC store kat kebanyak shopping mall, yang saya tahu ada di The Mines, JJ bukit mahkota, Mid valley.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: