Ceritera pam lagi..

Sedar tak sedar, sudah hampir 5 bulan ku jadi exclusive pumpers. Lebih kurang 40 hari lagi genapnya misi jangka pendek ku. Sebenarnya ku bahagikan misi exclusive pumping ku ini kepada dua bahagian, short term dan long term. Short term mission adalah untuk 6 bulan yang pertama, long term pula adalah sehingga setahun dan insyallah kalau buleh akan ku proceed hingga 2 tahun.

Sepanjang 4 bulan lebih ini juga ku trial & error dalam mengepam. Alhamdullah, banyak juga yang telah ku pelajari. Sayangnya ku tidak banyak mendapat info mengenai exclusive pumping disini tetapi dibarat, exclusive pumping ini seolah-olah menjadi satu trend sehingga mereka ada juga forum, support group khas untuk golongan EP’ers ini (Exclusive pumping mommies). Kebanyakkan mereka yang end up dgn EP’ing ini adalah kerana premie baby, baby with cleft lip & palate (mulut sumbing) dan lacthing problem. Tetapi ku bukanlah ingin menggalakan trend seperti ini kerana galakkan penyusuan terus harus diutamakan dan exclusive pumping ini dijadikan sebagai alternatif kedua setelah direct feeding tidak berjaya dari terus untuk disupplement dengan formula.

Alhamdulilah sehingga kini susu ku belum lagi merudum teruk setakat ini klu turun pun adalah beza 4-5 oz. Dari ku mula mengepam hanya dapat purata 10-15oz je sehari, kini ku dapat lebih 30 oz sehari. Dalam seminggu dua ini ku lihat ada peningkatan sedikit dalam 3-4 oz sehari. Adakah ini menunjukkan bahawa susu ibu turut meningkat sama dengan meningkatnya keperluan bayi?Azriku pun kini minum lebih 30 oz juga sehari semenjak 2-3 minggu lepas juga. Kelmarin ku hanya mengepam 6x sehaja kerana ku rasa letih sangat, surprisingly, ku dapat 34 oz juga. Rupanya esoknya ku rasa mcm nak demam, sakit tekak & selsema juga. Rasa bersalah sgt sbb tak dapat pam 8 kali. Soknya ku cover 8x+2 sesi yang ku tinggal semlm. Buleh ker itu macam,hihi!

Jika sebelum ni ku mengepam 8 x dari awal pagi hingga pukul 12-1 pagi. Dalam 2-3 hari ini ku terpaksa strecth mengepam juga hingga 3-4 pagi sebab ku rasa nak cover demand azri yg makin tinggi ini. Ada yang kata ku harus tambahkan lagi kuantiti EBM nya. Sekarang azri minum 3.50z setiap 2 jam, lebih kurang 9-10 kali feeding. Takpe, yang penting ku kena calm down je n no matter what, selalu ingat susu ku cukup utk azri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: