Maintaining milk supply thru pumping

Kali ni ku nak bersharing sekali lagi bagaimana kita nak mengekal pengeluaran susu dengan hanya mengepam. Sekali lagi rumusan daripada artikel yang ku cedok sana sini dan ku susun mengikut pemahaman ku serta dicampur tolak dengan pengalaman ku sebagai pengepam tegar. Sebagaimana yang kita tahu nursing dan pumping adalah sesuatu yang berlainan. Didalam konsep untuk membina bekalan, nursing didapati lebih mudah daripada mengepam kerana bayi secara efektifnya akan menyusukan on demand dan dengan stimulasi yang telah didapati, badan akan segera membina supply. Kita tidak perlu untuk mengingati bila waktu yang terakhir kita mengepam dan waktu-waktu yang seterusnya untuk mengepam lagi. Oleh itu bayi adalah stimulasi yang terbaik untuk menyakinkan breast untuk menghasilkan susu daripada pam.

Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar ‘a pump should never hurts!

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu🙂 oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang pertama sangat penting. Dan selepas itu anda boleh mengadjustnya mengikut fleksibiliti anda tetapi masih mengekal frekuensi pengepaman yang sama.

Sebagai contoh jadual saya, pada awal bulan pertama saya mengepam (sepanjang tempoh 4 bulan ini), saya memulakan frekuensi pengepaman sy hanya sebanyak 5-6 kali sehari sahaja (masa tu takde ilmu lagi) selepas itu saya terus meningkatkan frekuensi sekurang 8-10 kali sehari. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam.

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Seperti yang saya dah ceritakan dientri yang lepas, kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam ini. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sehingan 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well!Insyallah jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

3 thoughts on “Maintaining milk supply thru pumping

  1. Thanks… it's help me a lot utk kembalikan semangat mengepam..huhuhulately ni pam dapat sikit je, so semangat makin kurang.Berusaha!🙂

  2. saya baru sahaja jd EP mom…n sometimes rs give up…sy gune avent manual…mintak hubby belikan pump elektrik dia xmau plak…😦

  3. Norlee says:

    sy nk tanya sis.. sy selalu pump dlm kol 6 am (3oz), 10am (4 /5oz), 2.30pm (4/5oz) 5.00pm (4oz) mlm lak mmg xdpt pump la sbb anak nk mengempeng je so soalan sy kan. walaupn sy cuba nk wat kekerapan pum. hasil sy ckit2 dlm 3oz or 2oz je.. dan keadaan anak yg yg sik nk mengempeng je. so apa cadangan sis.. utk pengetahuan sis sy guna pump avent manual. xrsa sakit pn pump

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: