Got Milk?

Bile tengok title tu, ku teringin nak bersharing is caring satu citer. Title ku dapat mase menjengah blog kak sue, beliau sedang me-launched T-shirt nya, salah satu nya ada title ‘Got Milk’ (pinjam eh kak sue). Ku nak cite pasal susu ku. Selalu ku tengok post-post kat forum, ku selalu dengar orang mengeluh kata susu kurang, susu tak cukup, kena topup FM dan macam-macam lagi. Dan bile ku baca post-post mereka itu, ku senyum sensorang. Bukan sebab ku tertawakan mereka, sebab ku dulu pun pernah bergelut dengan isu itu.
Ku pun dulu asal bukanlah mewah susu, hingga sekarang pun ku tak pernah anggap yang diriku mewah susu, cuma ku yakin yang diriku ada susu dan tetap akan ada susu selagi anakku memerlukanya.Dulu,tiap kali ku perah hanya lah sekitar 1-2oz,2oz lah jumlah ku tertinggi.Tidak banyak support yang ku terima, semua berbalek kepada ‘BABY IS THE BEST STIMULATION’.Dan meninggalkan ku tanpa pilihan. Tapi ku tak putus-asa. Itulah rahsia sebenarnya ku kira. Ku mencabar diriku yang susu tidak akan kering walaupun anakku tidak menghisap secara direct. Itulah cabaran yang sedang ku jalani kini. Ku suka kata berulang-ulang kali (pada diriku juga), pam lah dengan kerap. Kini ku ra sa pam 8x itu cukup mudah bagi ku. Sedar tak sedar, 8 kali sudah berlalu dalam sehari. Kalau ku rajin lagi, ku tambah lagi. Tidak seperti dulu, ku berkira-kira sesi pam yang seterusnya yang ku rasa bagai menggalas batu besar. Selamat mengepam dan jadikan sesi mengepam anda sesuatu yang mengumbirakan.Happy pumping!

Psst: Ku telah berjaya berlawan dengan ‘growth spurt’ Azri🙂

Dalam 2-3 minggu lepas, masa Azri tengah growth spurt, stok fresh EBM ku fight2 jer lebih kurang 2-3 botol dalam fridge. Selalunya ku akan prepare atleast 7 botol@3.5 oz untuk keperluan Azri sehari. Kini, ku berjaya memaintainkanya kembali. Yeay!(bila ku nak off fridge nih, salji dah tebal bangat..keh keh!).

Kenapa ku tak guna frozen ya?Sebabnya, ku teringat kata-kata ajasu, seelok-eloknya berilah lebih fresh EBM pada bayi anda. Lagipun fresh ku masih cukup untuk keperluan hariannya. Skang ku tengah gelabah pulak merotatekan frozen EBM ku..dah la Azri memang kureng sket dgn frozen. Time yang buleh kuberi frozen adalah pada waktu mamai2nya sahaja..alahai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: