Tips untuk ‘Exclusive pumping’

Ku nak berkongsi tips untuk menjayakan ‘exclusive pumping’ inih. Tip-tip yang telah ku rojak kan bahasanya ikut suka-suki ku. Kebanyakan ku compile dari apa yang telah ku baca dan telah & sedang ku praktikkan. Perlu ku tekankan bahawa mengepam pada awal-awal kelahiran adalah kurang ideal, kerana anda perlu susukan bayi anda sekerap yang mungkin dan bagi menggelakkan bayi anda keliru puting dan sebagainya Kecualilah atas sebab-sebab tertentu yang menjadikan exclusive pumping ini sebagai option to FM. Dimasa yang sama cuba letak bayi anda dibreast sekerap mana yang mungkin.


1. Determination, Patience & support


Ketiga-tiga elemen ini penting untuk meneruskan usaha exclusive pumping ini. Kerana tanpanya kebanyakan ibu-ibu akan mudah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka dan sedikit demi sedikit memberikan FM kepada bayi mereka. Sudahlah ditambah dengan keengganan bayi mereka untuk menyusu secara direct, ibu-ibu pula terpaksa berusaha untuk memerah susu ke dalam botol demi untuk menyambung usaha penyusuan susu ibu ini. Ya! saya boleh katakan ianya bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa ketiga-tiga elemen tersebut.


2. Frequent pumping


Saya berpendapat, sesi mengepam yang kerap adalah SANGAT-SANGAT penting. Penting bagi mengisi waktu-waktu kita tidak menyusukan bayi. Sebagaimana kata-kata ‘susuilah bayi anda sekerap yang mungkin selepas kelahiran’, ini adalah satu statement yang amat-amat penting yang saya telah abaikan dek kerana ceteknya pengetahuan saya dalam bab penyusuan ini. Begitu jugalah dengan sesi mengepaman yang harus ‘mimick’ dengan waktu-waktu penyusuan bayi. Sebab itu sesi mengepam sekurang-kurang 8 kali sehari adalah disarankan dan itu yang saya sedang lakukan dlm beberapa bulan ini. Lakukan setiap sesi pengepaman untuk setiap 2-3 jam sekali. Lakukan perahan selama 20-30 minit setiap breast.


3. A quality breastpump with double pumping


Double pumping telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran susu. Di mana, level prolaktin didalam darah adalah tinggi bila breast dirangsangkan(diperah) serentak. Dapat kan pam yang berkualiti adalah sangat penting dalam usaha ini, dimana pam yang tidak sesuai (menyakitkan, memenatkan, etc) akan membantutkan usaha pengepaman esklusif anda. Saya mula meng-express dengan menggunakan manual-single pump dimana saya hanya dapat purata 10 oz satu hari ditambah dengan sesi pengepaman yang sedikit sekitar 4-5 kali sehari. Sehinggalah saya bertukar ke electric double pumping dimana saya dapat mengumpul lebih 30 oz sehari dengan masa yang lebih jimat. (Note: ianya perlukan kesabaran dan tidak datang dlm sekelip mata).

4. Schedule & record pumping session


Cuba buat satu jadual waktu-waktu pengepaman supaya anda tidak terlepas sesi pengepaman. Setelah itu catatkan waktu dan jumlah hasil tenusu anda supaya anda tahu berapa kuantiti susu yang badan anda produce untuk satu hari. Itulah yang saya lakukan supaya saya sentiasa alert dengan perubahan kuantiti susu badan yang dikeluarkan hari. Saya juga merekodkan kuantiti EBM yang diminum oleh anak saya, supaya saya tahu (what to expect) berapa yang sy perlukan pada waktu mengepam. Selain dari itu, ianya boleh dijadikann sebagai pembakar semangat untuk terus mengepam apabila anda melihat rekod tenusu yang dihasilkan semakin lama semakin bertambah!.


5. Galactagogues


Juga dikenali sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan bekalan susu. Berbagai jenis penyediaan herba yang boleh diambil sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan pengeluaran susu sebagai contoh Fenugreek, blessed thistle, pil ASI, oats, soya, jantung pisang dan bermacam-macam lagi. Jika pengambilan herba tidak juga dapat meningkatkan pengeluaran susu, pengambilan ubat-ubat seperti Domperidone (Motilium), Maxolon dan sebagainya boleh dipertimbangkan tetapi hendaklah diambil atas nasihat doktor. Apa yang menjadi amalan seharian saya untuk ketika adalah pengambilan susu untuk ibu menyusu (setelah mencuba pelbagai rasa, Anmum Lacta adalah yang paling sedap bagi saya) sebanyak 2x sehari bersama oats berselang-seli dengan soya, air longan dan kurma, horliks serta sebagainya. Disamping saya juga mengambil Fenugreek pada kadar 3 biji satu hari bersama-sama vitamin B complex & Vitamin C. Selebihnya adalah minum air masak pada kadar yang banyak sekali.


6. Multi-tasking while expressing


Semasa anda mengepam, isilah masa-masa tersebut dengan membaca, melayari internet dan sebagainya bagi mengelakkan tumpuan hanya pada proses mengepam sahaja. Ini kerana, anda akan lebih mudah boring, hilang sabar kerana kerap melihat jumlah yang dipam. Bagi mereka-mereka yang hanya mengepam kerap seperti saya akan merasa proses ini amatkah memenatkan kerana ianya acapkali dan akan berterusan untuk jangka masa yang agak panjang. Oleh kerana itu, jadikan sesi-sesi pengepaman anda lebih seronok dan mengujakan.


Ini sahajalah yang dapat ku kongsikan untuk setakat ini. Ku suka kiranya, mereka-mereka diluar sana yang ingin berkongsi tips atau menambahbaikan pada artikel ku ini.

6 thoughts on “Tips untuk ‘Exclusive pumping’

  1. SHIMA says:

    This comment has been removed by the author.

  2. SHIMA says:

    salam perkenalan.

    thanx kak kongsi ilmu mcm ni…boleh diikut n dikongsi bersama rakan3 lain…

    minta izin yer nk copy post akak diblog shima..utk meramaikan lg bf mom…sungguh teruja…TQ byk3

  3. norhafiza says:

    tq god for this blog!me new mother wif bb 2 months old dh yesterdy..heheh, after 3 wks of tears (both mum n bb) sbb bb dh develop nip confusion,saya mengepam forever smpi la skang..rupe2nye dlm bahasa melayu dipanggil pengepam tegar..eheheh..sonok bace akak nye blog entries,sgt2 menyemarakkan semangat saya nk cont bg BM kat bb..saya baru tau kene pump tiap 3 jam..now ni saya pump dlm 4 jam skali!adeh berdebar kerana this thursday dah start keje balik,hrp supply x berkurang, malah bertambah..akak mmg jadik saya punya idol lah boleh bg EP smpi 17 bulan!

  4. Hayatie says:

    norhafiza: continue pump dgn konsisten, at same time everyday at least 8x..insyallah anda boleh melakukanya. Keep on pumping!

  5. shaida says:

    salam kak..salam perkenalan.saya ingat saya je yang mengalami masalah sebegitu..baby confuse puting so terus tak nak derect dengan saya..saya rasa hilang nikmat sebagai ibu sebab tak dapat rasa hisapan dari baby lagi..saya mengepam sampai la sekarang, ibarat pengepam dan saya tidak dapat dipisahkan semata-mata untuk baby..tak nak baby minum susu lain kecuali susu saya sendiri..penat memang penat tapi saya tolak tepi demi baby..lepas baca blog akak nie saya lagi bersemangat..terima kasih ye..saya pun nk jd macam akak jadi pengepam tegar.

  6. si putih says:

    Salam..sis, sy skarang da jd pengepam tegar ni..guna pam manual avent. bila baca akak dpt 30 oz sehari guna pam double, jd bersmangat smula. actually, this week, da mula topup ngan FM.sedey2…nk tanya, akak guna pam jenama apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: