BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag

Jari jemariku lancar menghayun tetikus seperti biasa mengisi masa dengan membaca coretan-coretan hati para ‘bloggers’ yang kadangkala menjadi inspirasi ku. Tersinggah ke satu blog baby ibu membuatku tertarik dengan satu perenggan yang berbunyi ‘BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag’.Hatiku berkata ‘wah!, baik sungguh orang ini‘. Setiap patah ku amati kerana ku jugak tidak mahu ketinggalan sekali. Tatkala mendengar nama Gin & Jacqie, hati ku bagai terdetik lagi sekali ‘ini adalah salah satu lagi designer-designer brand diluar negara’. Terlebih dahulu ku melihat koleksinya sahaja, sudah cukup ku membayang kan nama-nama besar seperti Gucci, Valentino & Yves Saint Lauren. Terdetik untuk ku klik di ruangan ‘about us’ untuk melihat siapakan disebalik nama Gin & Jacqie ini. Tidak pernah ku duga ianya adalah buatan Malaysia!. Ya, orang Malaysia!. Tidak ku sangka ideanya sungguh setanding seperti yang berjenama. Melihat koleksinya yang lebih praktikal, dengan fesyen yang begitu ‘trendy’ pada harga yang agak berpatutan. Ku tersenyum sendiri membayangkan kemampuan rakyat kita yang mampu mencetuskan idea yang setanding didunia!.

‘Practical & Persuasive’ satu ungkapan yang mampu kuberikan tatkala melihat semua koleksinya yang tersusun rapi. Sungguh mengasyikkan dengan membayangkan diri bergaya megah dengan koleksi yang tidak kurang hebatnya itu. Melusuri setiap inci koleksi Gin & Jacqie bagai mahu memiliki kesemuanya. Yang pasti, hatiku bagai terpaut pada Stylish Elaine baby bag . Ku suka gayanya sederhana bagai bukan seperti menyandang beg bayi! Ibu mana yang tidak mahukan beg seperti itu!

Ianya tidak canggung beraksi seperti yang diperkatakan.. ‘praktikal’!. Merangkumi segala ciri yang diingin oleh semua ibu termasuk diriku: ringkas tapi padat, sederhana tapi bergaya. Dahulu, beg sendiri ku ketepikan dek kerana yang utama bagi diri ku adalah beg kelengkapan untuk babyku yang sudah pastinya tidak ada pilihan dan kadang-kala membosankan. Kini ku fahami apa yang dirasa oleh babyIbu. Dengan gin & Jackie Ku kini boleh bergaya lagi walaupun dengan hanya membawa beg kelengkapan baby ku.
Sekalung tahniah buat babyibu kerana mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rekaan & ciptaan Malaysia, gin & Jacqie ini kepada semua. Tidak lupa juga pada gin & Jacqie kerana sudi menaja hadiah untuk peraduan ‘BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: