Pam..ohh..Pam..!(Al-kisah)

Sedar tak sedar..sudah 3 bulan,1 minggu aku jadi pengepam ‘tegar’ (sendiri lantik lagi),dan selama ini lah juga anak ku tak di-direct breastfeedingkan (once in a while je, tu pun di buat ku punya b****T ni sbg soothers die untuk tido je,huhu). Huh! panjang lagi perjalanan aku ni. Adakalanya terdetik dihatiku ini…..‘aahh..malasnya aku!penatnye…tensinyaa!’..tapi bile ku pandang wajah Azriku yg sedang lena tidur kekenyangan tuh, ku gagahi juga tanggungjawab ku ini. Takpela, ku rela.. Bila ku lihat stock tenusu yang bersusun-susun dalam deep freezer ku yang besar bagai tu, hilang segala perasaan-perasaan tu, datanglah pulak semangat yang masih belum pudar ni..(ceh)

Hari-hari, hampir setiap jam aku ‘berdating’ dengan spectra3 kesayangan ku itu. Hanya itulah pam yang ku termampu untuk setakat ni. Kadang-kadang aku ‘berdating’ dengan ‘pakwe’ lama ku, pam avent isis manual ku itu (kalau takde electricityla).,sekarang aku dah ada pakwe baru (spectra 3), tapi ku tahu, avent ku mengerti dan tidak mencemburuinya. Ku imbas kembali,zaman-zaman ku mengepam dahulu (dulu tak dulu sangatlah,beberapa bulan yg lepas je), bermula dengan pam avent isis tu jer (itu pon dah menyumpah seranah..hishh, tak baik punyaaaa taww!). Ku masih terngiang-ngiang lagi keadaan ku mengepam bagai..hasilnya cukup lah mengecewakanku. Adalah 1-2 oz untuk sekali ku pam sahaja. Mana mungkin aku dapat menepati demand anak ku yang cukup tinggi masa tu. Keadaan ku ketika itu boleh lah digambarkan seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pam pagi minum pagi, pam petang minum petang’. Dengan keaadaan anak ku yang tak mahu di-direct feedingkan,lagilah membuatkan aku cukup tertekan.Tapi,ku tak salahkannya..aku yang tidak cukup ilmu didada. Ditambah lagi dengan kata-kata ‘mereka-mereka’ yang menakutkan ku..’kalau baby tak direct..means tak ada lah susu nanti!’...Walaupun begitu, tekadku untuk memberikan susu badan ku masih menebal. Lagi tebal dari duit yang aku spare kan untuk membeli Formula Milk (FM). Aku masih lagi bersabar, dan mencari-cari lagi jalan yang benar untuk aku merealisasikan ke’tekad’ an aku itu. Aku amat yakin, setelah mendapat maklumat-maklumat dari pembacaanku dan testimoni-testimoni dari mereka-mereka yang telah berjaya melaluinya,malah ada yang sehingga tiga tahun!Aku yakin, ianya tidak mustahil untuk dilakukan kerana ada yang telah melakukannya, dan terbukti tidak semua pandangan mereka itu tepat!

Rutin ku kini mulai berubah. Semakin lama, aku semakin serasi dengan rutin baha-ru ku ini. Seawal subuh, bunyi spectra ku sudah memecah keheningan subuh hari (ayat je tu, takde mananya bunyi spectra tu cengitu). Kadang-kadang pukul 6, kadang pukul 7 lebih pon ade, bergantung pada tahap ‘kemengantukan’ aku tu. Tak kiralah dari pukul berapa aku bemula, janji aku akan menyukupkan jumlah pengepaman ku sekuranng-kurangnya sebanyak 7-8 kali sehari..kalau ade rezeki (masa) lebih, ku cukupkan 9-10 kali. Aku bernasib baik, dengan title ku sebagai ‘profesional’ housewife (sendiri lantik) menambahkan bonus untuk diriku untuk meneruskan tekad ku itu. Ku akui, ianya bukanlah semudah yang kusangka kan (seperti yang ku baca di dalam forum Susuibu tu). Diriku begitu kekok untuk meng-adjust dengan keadaan yang baru ini, apetah lagi kalau ku ingin berjalan-jalan keluar (ditaman). Ku terpaksa mengusung spectra3 ku itu..cooler bag lagi. Kerana aku tidak mahu menjadi alasan untuk aku tidak mengepam kalau aku keluar. Nasib ku ade ‘power inverter’ untuk spectra ku (hadiah dari hubby ku..huhu), jadi bolehla ku mengepam didalam kereta juga.

Jadi bolehla aku menjolokkan jadual pengepaman ku ini dengan jolokan...’tak kira masa, dimana jua’...(macam pernah kudengar, tapi dimana ya). Rutin ku sebagai pengepam tegar ini, tidak memudahkan ku untuk bergerak dengan bebas kemana jua, tanpa ada gadjet2 yang perlu ku angkut skali. Bagi mereka yang tidak ada masalah untuk mendirectkan BF kan anak dimana jua, tidak perlu membawa segala bagai beg seperti diri ku(sehingga beg sendiri pun diketepikan) hanya perlu bawa diri mereka dan keluarga mereka sehaja!. Tapi, ini tidak pernah berlaku bagi diri (tapi ku tak pernah mengeluh), segala bagai beg yang perlu aku bawa (cooler bag,diaper beg yang ada termos,mug,dan botol susu, beg pamku yang mengandungi 2 jenis pam kesayanganku itu spectra 3 dan avent isis [klu dah keluar kereta, ku tinggal kan shj spectra ku itu, ku bawa avent shj masuk dlm cooler bag) untuk keperluan penyusuan anakku ketika berada diluar. Tapi aku bangga (kembang hidung),di sebalik segala kepayahan itu, anakku meneguk air susu ibunya sendiri walaupun didalam botol!.

Mungkin ada ‘kata-kata’ mereka diluar itu, mengapakah aku tidak berusaha untuk mendirect BF kan anakku seperti mana aku berusaha untuk mengepam sepenuhnya. Jawapannya adalah, ya, aku telah mencuba dan masih terus mencoba (cuma mungkin aku tak secekal orang lain dalam bab mendirect BF kan anakku yang tak mahu di direct BF ini, kerana aku tidak tegar melihat anak ku yang amuk sakan bila aku menyuakan b****t dimulutnya). Namun disebalik kegagalan ku untuk mendirect BFkan anakku sepenuhnya,masih terselit juga seciput kejayaan ku dalam usaha ku untuk mendirect BFkan dia kerana sekarang, tidur ku kini tidak lagi terganggu dek kerana ku perlu bangkit 2-3 kali untuk me-warmkan susu ku apabila dia menangis, sekarang ku hanya perlu menyumbatkan sahaja b****t ku ini setiap kali die merengek di waktu tengah malam. Mungkin kerana teramatlah mamai, maka dia menerima sahaja dengan rela hati segala puting yang disumbatkan (okla tu).

Jadi, aku menyeru mereka-mereka yang diluar sana (sedikit bakat politikku) yang senasib dengan diri ku, sama-samalah kita berganding bahu dan tangan bersama-sama memotivasikan diri kita ke arah penyusuan esklusif yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG!

3 thoughts on “Pam..ohh..Pam..!(Al-kisah)

  1. NuRuL DhiA says:

    salam,kagum nye saya ngan kecekalan awk bf bb.kerja keras pam sampai 10kali sehari (ku hanya 3kali jek sbb bb direct bf).tahniah!!mudah2an perjlnan bf awk dipermudahkn.cuba usaha bg bb direct, bb pun br 3 bln, cuma kena usaha lebih.Tahniah!!!

  2. Hayatie says:

    Salam Nurul Dhia..Thanks a lot.. ya sy masih mencuba utk bg bb direct. Hopefully sy lebih kuat kali ini…

  3. izzahazfar says:

    salam kak…

    masalah kita sama…baby raziq tak mo hisap b…dah usaha…tapi takkan putus asa…

    zah alhamdulillah…kalau dari kul 8.00 sampai kul6.00 ptg zah mampu bawa balik 20-25 oz susu…kalau kat umah…boleh simpan dlm dari kul 8.00 mlm sampai 12 leh dapat 10-15 oz..dan tengah mlm..kekadang terjaga…dapat ler 5-10 oz…

    alhamdulillah…23 ni cukup 3 bulan raziq menyusu susu ibu…short term 6 bulan…harap sampai dia umo 2 tahun…hehehe

    klu bab makan…mcm2 zah amik bg byk susu…susu anmum,longan kering,sawi…minum air byk…alhamdulillah…frezzer dah penuh ngan stok susu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: