Gempak ‘selebriti’ SusuIbu.com


(Huhu..dimanakah saya,,…)
Ehsan (cilok) dari kak Fid, http://www.yuitsumuni.com

Wahh..sesuwaii denga namanya untuk gathering Susu Ibu pada sekian kalinya untuk tahun 2009. Syabas ku ucapkan kepada yang terlibat dan bersusah payah menyediakan menu masing-masing untuk dijamu di acara tersebut (termasuklah diriku,ehehe). Tidak lupa juga, sekalung tahniah kepada penganjur (peneraju) acara ini, iaitu puan zatul. Nak buat ucapan kah aku ni?. Gathering yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi, lebih kurang 4 jam ni bertempat di Taman Tasik Shah Alam. Walaupun ketibaan ku agak lewat, rupa2nya ada lagi yang lewat. Itulah, janji/kata melayu..’tidak melayu hilang didunia’..ehh..kata je pukul 8.00, termasuklah diriku ini (ketuk kepala sket).

(acik kontrol je dr jauh tu..dlm hati..’nyiumm2)
Ehsan (cilok) dari kak Fid, http://www.yuitsumuni.com

Walaupun ketibaan yang pertamaku di lain tasik (berdekatan wet world),itu bukan tasiknya! Aku tak tahu yang adanya satu lagi tasik yang berkaitan..sungguh kaya dengan tasik shah alam ni! Aku semakin berdebar-debar!Bagaimanakah nanti perjumpaan dengan rakan-rakan s.i yang selama ini tidak pernah bersua, perhubungan yang selama ini hanyalah melalui tinta (keyboard). Aku malu. Bersama ini, aku membawa juadah yang telah ku war-warkan didalam forum tu, iaitu satay ku. Itupun atas hasil pertolongan emak ku yang dengan rela untuk menaja skali juadah pada hari tu. Terima kasih mak!

(Juadah satay ku…700 cucuk kesemuanya,tu pun emak top up lagi,tQ mak!)
Ehsan (cilok) dari kak yus , http://www.yusrinahata.com

Persiapan juadah satay itu tidaklah serumit seperti yag disangka oleh sebilangan rakan2 si ku. Kerana kami telah biasa. Aku membesar dengan hasil satay inilah. Walaupun tidak se-gelamor satay Hj. Samuri tapi cukup untuk menampung keperluan keluarga kami. Oleh kerana emak masih lagi berniaga kecil-kecilan, seminggu sekali ( boring katanya), jadi stok satay memang sentiasa ada tersimpan didalam deep freezer kami yang besar keranda tu (dalam tu jugaklah aku mencuri2 ruang utk menyimpan stock ebm ku sekali.) Besarnya freezer itu boleh menampung kapasiti sehingga 700 liter. Bayangkan lah bagai!


(khusyuk konon..dr talk Dr shiha)
Ehsan (cilok) dari kak Fid, http://www.yuitsumuni.com

Hari ini, aku bangkit pada pukul 5 pagi, keluar2 dari bilik, bau satay telah semerbak memecah kedinginan subuh. Rupanya emakku bangkit lagi awal. Mujurlah!. Semuanya telah siap, aku cuma sempat memotong timun dan nasi himpit yang aku bikin tadi malam bersama hubbyku!Tempat kol 8.30 pagi, baru kami bertolak. Mujurlah aku tidak terlewat. Di sana telah kelihatan beberapa rakan-rakan si yang sudah tiba dengan pakaian yang berwarna hijau,mengikut tema. Dari tempat letak kereta lagi aku telah men-spot beberapa orang yang sedang membawa juadah. Sempat ku berbisik dalam hati, mungkin ini adalah diantara rakan-rakan si ku. Tapi masih malu untuk mengungkapkan kata.

Akhirnya, perasaan tersebut hilang bila semuanya bersua, bersama, berkata bagai telah mengenali lama. Itulah magissnya! (ceh). Semuanya bagai ada chemistry dlm diri masing2 yang membuatkan kami cepat mesra. Apakah agaknya itu? Mungkinkah our passion in breastfeeding that bring us close?…itulah magisnya!..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: