The Day When Ahmad Azri Azzuri Was Born

Its 23rd October 2008. The date was unplanned, the expected due date was on 4rd November. The story begin like this, as usual, the day before (22nd october) aku ada check-up dengan Klinik Kesihatan Sg. Sekamat. It was my 38 week of pregnancy. Everything was just fine, bila tiba giliran aku untuk diperiksa, aku pun bagitahu lah Dr yg bertugas aritu (nama tak ingat dah) yang baby aku kurang gerak. Biasala, kita kan kena tanda 10 pergerakan baby dalam buku merah tu. Kadang-kadang aku tak kira sangat pun..sebab aku dah bleh agak lebih dari 10 punya lah🙂 . Nak dijadikan cerita, 2-3 hari sebelum hari yang aku check up pun, aku dah rasa macam kureng je pergerakan baby ni. Aku ada jugak tanya member2, ada yang kata biasalah, baby dah besar, so takde space die nak bergerak, tu yang kurang bergerak tu. So aku pun tak amik port pasal tu, cuma saje je nak tanya dr. masa check up tu nanti. Lepas aku cakap pasal tu, dr tu pun punya concern n trus refer aku ke HUKM (memang planned nak deliver situ dan aku pun ade regular check-up gak kat situ. Lagipun dah ada history aku kat situ,sbb dulu pernah buat Suction curretage kat situ, masa gugur early 2006 at 14 weeks of my pregnancy, sob sob, takpelah takde rejeki).

Selepas je dapat surat dari Dr klinik sekamat tu, kitorang pun teruslah menuju ke HUKM, sebelum pegi tu dah tergerak nak bawak beg sume, tp fikir2,takpelah, takkan nak bersalin nak kot aritu. Sampai je PAC HUKM (tempat emergency bersalin diorang) trus diorang buat CTG (aku pun tak tau akronim tu stand for ape) tapi yang mcm mesin graf tu la, nanti ada kertas graf2 keluar panjang2 dari mesin tu. Diorang letak mcm ‘detector’ kat perut pastu leh dengar jantung baby skali. Masa buat ctg tu adalah dlm setengah jam. Dr yg bertugas tu pun tengok and dia kata, ‘takde pape pun puan, baby awak aktif je..so everything its normal la..die pun kasi aku balik. Tapi sebelum aku nak balik tu, Dr. tu mintak untuk check ‘bawah’. To his surprise, seluk2 dah bukak 3cm, die pun trus tahan aku. Yang aku plak blur2 je sbb first time kan. Aku pun tanye kat Dr tu..’am i going to deliver today?..then Dr. tu pun kata..’yes, you taknak bersalin ker?. Manelah aku tahu, i was expecting to get some sign macam yang orang2 lain selalu cakap tu, sakit perut lah, air ketuban turun lah, atau darah ke.

Pukul 1 tengahari aku pun admitted ke wad, dengan tak bawak beg sume (dalam hati, nyesal betul tak bawak beg tadi). Every 4 hours diorang perform ‘seluk2’ tu..hmm, tuhan je la yang tahu. At first, memang aku rasa uncomfortable langsung. Selang kol 4 petang tu, cervix pun dah dilate to 4 cm. Pukul 6 dr. pecahkan ketuban & terus tolak aku ke labour room. Masa tu aku takde rasa ape2 pun, biasa je (dah start bangga2 sket pun ada, sebab ingat tak kena rasa sakit bersalin tu, hehe). Pukul 8pm tu, diorang masuk ubat induced melalui iv drip kat tangan aku tu, still okay lagi, pukul 10pm diorang seluk lagi still 6cm. Start dari sini lah, kesakitan aku bermula. Pada awal jam pertama selepas pukul 10 mlm tu, aku dah rasa sakit macam sengugut2 pun ada, tapi masih boleh kontrol, gelak2 dengan hubby aku lagi tuh, huhu. Start pukul 12am, contraction dah makin terasa, mula2 setengah jam sekali, perut aku jadi kejang sangat, pastu dah 5 minit sekali. Pergh!, masa tu tuhan je la yang tahu camana sakitnya. Habis suma katil2 tu aku tarik. Masa tu terfikir, yang 2nd nanti biarlah 3-4 tahun lagi ke. Tak sanggup rasanya. Kata orang sakit contraction tu macam sengugut. Hmm, hampeh! lagi teruk. Pukul 2-3 pagi aku dah tak tahan lagi, muka aku dah berpeluh2( walaupun dalam labour room tu ade aircond) entah apesal aku yang panas sangat, yang pelik kat kepala & muka je, habis basah la rambut (baby pun mengikut mak nya skang, cepat berpeluh kat kepala & muka). Hubby ku pun dah tak larat dah nak kipas muka aku dari pukul 12 lagi, last2 die suruh mak aku datang bawak kipas. Datang la mak aku, semata2 nak bawak kipas dari kajang pukul 2 pagi. Masa tu aku tak hingat ape dah, yang aku nak muka aku berangin je. Sampai aku dah meracau2 mintak kat midwife tu cancel bersalin normal, aku nak ceasar! Masa tu aku tak tahu la bila time diorang seluk suma, yang aku tahu SAKITNYA!!!.

Tepat pukul 4, aku siap tanya, bila lagi ni, aku dah tak tahan (memang aku rasa masa tu mcm nak pecah la bahagian bawah perut aku tu). Then diorang seluk kesekian kalinya, dah 8cm!diorang dah start prepare and instruct aku untuk teran bila ada gesa mcm nak keluar. Fuh lega gila aku dengar, masa tu, aku fikir memang nak terann je teruss!So, proses teran-meneran tu taklah sesakit mana pun lebih kuang setengah jam je (contraction tu lagi sakit rupanya!). Tepat jam 4.30 pagi, lahirlah buah hati kitorang ‘Ahmad Azri Azzuri’, dengan berat 3.6kg, alhamdulillah!. Leganya bila tengok dia dah keluar, nurse tengah jahit pun, aku dah tak rasa ape. Bila dah sampai wad balik, terasa macam tak sabar nak dapat yang second plak..hehe!

2 thoughts on “The Day When Ahmad Azri Azzuri Was Born

  1. mamaafzal says:

    please.ada masalah nak check up anak kat klinik sg sekamat sebab baru pindah.awak ada no phone and alamatnya tak??

  2. Hayatie says:

    slm mamaafzal…sy ada no telefon dia aje, tp tak sure la no. yang sama ke lagi ke dak, sebab pernah kol satu hari tu, tak berangkat… 03-87336312

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: