PRU13: Balik Mengundi?

Sebagaimana yang kita tahu hari ini telah diumumkan tarikh mengundi untuk PRU 13 yang jatuh pada 5 Mei 2013 iaitu pada hari ahad. Lima tahun lepas saya mengundi ditempat saya dibesarkan iaitu di Salak Selatan, KL.Walaupun kami dah berpindah ke Kajang tapi masih tak buat pertukaran tempat mengundi pun, huhu!
Semak daftar pemilih disini: http://daftarj.spr.gov.my/
Saya dan mak saya akan mengundi di Salak Selatan
Encik Husby di Batu Pahat.

Mengundi kali ini dilema sebab encik husby mengundi di Batu Pahat, saya dan mak saya mengundi di Kuala Lumpur. Hmmmm mana nak rushing balik mengundi ni, adeh! Sama ada balik KL the day before, kitorang  ke Salak Selatan belah pagi tu, hantar mak balik kajang dan terus balik BP, sampai lebih kurang  lepas zuhur terus ke tempat mengundi encik husby pula…

atau kalau tak bley juga, jawabnya……..paham-paham sendiri lah….hahaha!😀

Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

Ahad lepas buat pertama kalinya saya ke Butik Sugarscarf. Memang dah aimed nak sambar 2-3 shawl yang saya usha kat FB tapi takut2 nak beli online sebab nanti tak masuk plak corak tu dengan muka akak ni..huhu. Senang je lokasinya rupanya (set GPS senang la) encik husby la tukang bawa..hehe!

Yang deretan kanan tu shawls Ayami dan deretan kiri tu shawls Jazreen. Best sebab dapat fitting terus. Saya memang jatuh chenta dengan Sugarscarf sejak beli 1st shawl dulu. Harga pun affordable la. Bukan berkira tapi saya memang tak minat kalau harga dengan barang tu macam tak berapa nak kena..huhu.

Azri escort saya, abah duduk dalam kereta jaga izzet yang tidur. Oh lagi satu, susah parking area tu. Hari minggu meriah dengan orang2 yang datang nak shopping kain tudung bagai. Mentang2 lah semua kedai dekat2, Jakel, Fareeda, Pearl Haya dan macam2 lagi lah butik.

Fitting punya fitting, 3 corak ni yang saya sambar. Corak tribal tu tak berapa nak suka tapi sebab nak ikut trend la konon dan alang2 dah sampai sini, sambar je lah sekali.Yang kiri kanan tu memang suka giler. Tapi kalau corak2 yang hot tu awal2 dah sold out, orang sambar online. Macam corak tribal yang saya beli dulu tu pun takda lagi kat butik. Nasib baik dah sambar online je.

Hasil tangkapan hari itu, hihi. Corak Splash Paint Orange tu Jazreen (chiffon). Ada orang tak suka chiffon sebab licin. Saya suka sebab ringan, tak panas, kalau basuh cepat kering. Kalau pakai dengan inner cotton takda masalah, terletak je. Corak tribal dengan black heart tu Ayami (Cotton silky), cotton tapi licin macam satin skit.

Hari nak balik BP tu teruslah melaram, apa lagi, hihi! 

Welcome back Mr Asus

Akhirnya setelah 6 bulan notebook kesayangan ni tersadai kerana keyboardnya rosak. Yang tercabut-tercabut gara2 dikopes oleh izzet. Ada banyak button yang jammed. Button Enter pun jam juga. Sah2 asyik kena tepuk je dengan izzet, huhu!
Masa cuti sekolah ritu hantar gi encik husby bawa repair kat Lowyat. Kena tukar keyboard baru terus RM130. Weekend ni baru je collet notebook ni. Excited menunggu Encik Asus ni pulang ke gagang. Banyak dah jasa dah kenangan notebook ni telah memberi khidmat selama hampir 2 tahun.
Asus Eee PC Seashell Series
Yeayyy, dah revamp!! Dah belikan baju baru gak yang matchy-matchy untuk encik notebook ni..baru lah semangat! Tenkiu too encik husby tolong hantar repair. Siapa lagi kan…huhu!
#Pertama kalinya compose entri dari encik notebook, puas dapat menaip dikeyboard baru yang sedap dan ‘garing’ je rasanya, haha!

Opak-opak


On the way balik ke Kajang kami berhenti solat kat RnR Seremban. Saya nampak ada jual opak2 ni terus saya beli. Saya bukan tak pernah makan ni, tapi lebih kepada nak memperkenalkan keropok2 tradisional ni kat anak2 terutama azri.


Azri memang tak pernah jumpa lagi keropok ni. Tapi dia memang kaki keropok. Apa2 yang ranggup dan garing memang menjadi kesukaan dia. Benda pertama yang dia cakap masa tengok keropok ni, wahh besarnya keropok ni macam roda la! …huhu

posted from Bloggeroid

Cuti-cuti: Tasik Kenyir

Di penghujung Cuti sekolah seminggu yang lepas akhir kami bercuti ke Tasik Kenyir, Terengganu. Kami bertolak hari jumaat dari KL.



Kami tiba di Pengkalan Gawi selepas asar.
Bersiap2 nak bot untuk ke Kenyir lake Resort. Jumaat malam sabtu kami bermalam di resort je.



Lama dah tak naik bot, rasa gayat skit..



Sekejap je sampai ke resort lebih kurang 5minit perjalanan je.


Malam pertama tu takda aktiviti sangat pun..kaum bapa sume gi memancing la karok la. Kitorg mak2 ni lepak2 borak2 sambil tengok anak2 bermain.


Sementara nak menunggu boat house. Malam sebelum encik boss kata sabtu kita akan bermalam atas bot pula. Dalam kepala saya dah terbayang kapal ala2 cruise tu haha.



Rupa2nya…inilah dia..tongkang ‘cruisse’ hehe. Terus saya teringat cerita Ananconda tentang sekumpulan saintis yg pergi ke pedalaman vietnam guna tongkang ala2 gini lah..hahah..


Ginilah bilik2 yg ada..ada 4 bilik kecik ditingkat atas. 2 tingkat tau bot ni hehe.


Ruang tengah diatas..ala2 mcm family hall la..


Ini ruang yang bertutup di tingkat bawah. Ada pintu, boleh tutup so budak2 leh lepak dalam ni masa bot tengah berjalan.


Ini bot2 lain yang seangkatan la. Ada macam2 jenis rupanya boat house ni..dari yang murah sampai la ke mahal..mcm kitorg punya kira murah kot RM800 semalam..ada yg rm2-3k sampai lah rm6ribu semalam. Tapi construction botnya lagi cantik. Ada yang siap aircond bagai..info n pakej bot house ni rasanya kalian leh dapat dekat jeti pengkalan Gawi..




Sepanjang2 perjalanan kita akan menyusuri hutan hujan tropika yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara. Hutan ini adalah diantara salah satu hujan tropika yang tertua didunia. Tasik Kenyir ni juga adalah tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Ianya melewati 3 buah negeri iaitu pahang, Terengganu dan Kelantan.


Destinasi selepas check out dari resort dan menaiki bot ni pula adalah ke Air Terjun. Air terjun apa saya tak pasti Lasir ke tah tapi yang pasti jauh. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini. Rupanya ada 14 buah air terjun yang ada di seluruh tasik kenyir ini. Tak dapat nak snap gambar byk2 sebab hp tam bawak la kami dah nak berendam dlm air terjun.

Yang bestnya kawasan air terjun ni takda orang. So sangatlah bersih. Kenapa takda orang sebab takda jalan darat untuk masuk ke sini..kena masuk ikut tasik sahaja iaitu menaiki bot. Kalau dari darat kena menempuh hutan tebal tu gamaknya. So hari tu memang kitorang je kat situ.





Bot kami bermalam dikawasan air terjun hari tu. Malam tu bermula lah aktiviti BBq..




Keadaan tasik di awal pagi sangat segar. Pagi ahad semua pun bersiap2 nak balik ke pengkalan gawi semula.



On the way nak balik..sebelum tu kami singgah ke empangan tasik kenyir. Dulu asyik baca dalam buku sekolah je kan. Tinggi betul batu3 empangan tu. Tapi tak snap gambar..sbb sibuk nak jaga izzet..huhu





Lastly..Gambo geli2 yer. Tukang snap si cilik tak lain tak bukan..azri ler..huhu

Rasa penat sebab nak mengawasi anak2 sepanjang masa tapi thrill juga. Pukul 12pm kami bertolak pulang dari tasik kenyir..sampai Batu Pahat pukul 10pm..

posted from Bloggeroid

For Sale: New Samsung Galaxy Note II Pink Leopard Flip Case


For Samsung Galaxy Note II
Leopard Prints
Available in 3 color (Pink, brown & white leopard)
Outer velvet
RM35 each (add RM6 Poslaju)

Email me at hayatiehashim@yahoo.com if interested😉

posted from Bloggeroid

To Letgo: New Samsung Galaxy Note Pink Flip Cover


New Samsung Galaxy Note (Note1) Pink
Flip Cover Casing
2 Cars slot inside
Magnetic strap
Color: Pink
Price: RM30 (add RM6 for Poslaju Shipping)

Email me at hayatiehashim@yahoo.com if interested😉

posted from Bloggeroid

Kuasa Doa

Firman Allah S.W.T, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan” (Surah Al-Ghafir, ayat 60)

“Oleh sebab itulah doa orang2 yang yg dalam
kesusahan, teraniaya dan dihimpit musibah

biasanya lebih berpeluang diterima doa-doa mereka.
Kerana pada tersebut doanya lebih kusyuk dan
harapannya menggunung tinggi”. (Syahirul.com)

Saya tetap yakin bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang2 yg sabar dan Dia juga sentiasa akan melorongkan petunjuk kepada hambannya dalam pelbagai bentuk. Dan kuasa doa itu seiring lebih2 lagi doa dari orang2 yang teraniaya.

Kerana telah diriwayatkan bahawa doa dari orang yang dizalimi & teraniaya adalah diantara 3 golongan manusia yang doannya tidak ditolak.

“Sabda Nabi S.A.w: Tiga golongan manusia yang doanya
tidak ditolak, ketua/pemimpin yang adil, orang yang
berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang
teraniaya”. (Riwayat Tarmizi)

“Dan sabda Nabi S.A.W: Takutlah kamu akan doa
orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tiada
dinding yang memisah diantara orang yang dizalimi
dengan Allah S.W..T”. (Riwayat Tarmizi)

#Syukur Alhamdulillah, Amin2 yarabbal ‘alamin!

posted from Bloggeroid

Gajet lagi: Note II Pink

Wohoo apa kes baru beli henpon 2 bulan lepas dah sambar lagi satu…huhu.


Encik boss nampak ni kat paper terus tunjuk saya. Aloo apesal masa kita beli dulu tak keluar limited edition ni..grrrr. Encik boss terus offer lagi nak belikan. Aisey akak terus tutup muka malu2..kih kih. Mekasih miah2 kat encik boss, lurve u ketat2. :p


Before gi holiday tuhari terus encik boss sambar kat Low yatt.


So secara rasmi En Note 2 grey ni encik boss pakai. Oklah ala2 maskulin gitu..hihi.


Saya lak..baru matchy-matchy dengan henbeg Bonia pastel pink limited edition (sume limited edition gak..hahaha) kesayangan nih…I loike

#Ura2 Note III bakal di lancarkan dalam 2nd quarter of this year..uii parahhh..hihi

posted from Bloggeroid

Cuti2: Tasik Kenyir

Tiga hari dua malam ‘bercoti2’ di atas bot menjelajah tasik kenyir. Sepanjang itu terputus hubungan sebab takda coverage atas tasik keliling hutan hujan tropika tu..huhu..tak keruan takdpt bersharing di laman sosial..kih kih


Sneak peak gambo2 dulu..hehe. Ada banyak lagi. Entri laporan penuh bergambar menyusul later. As usual lah akak kan suka buat esei kat blog, haha.

#tak sempat ke Legoland maka boleh la buang itu kupon..kih kih.

posted from Bloggeroid